Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Sejak
dua tiga minggu ni kerap juga Meru ni berbau tumisan rempah sop. Semerbak satu
rumah…bak kata Giada@Home..”Emm...,you can really smell the herbs, so
good…”, hi hi… Susah juga nak senyum sorang-sorang masa memasak macam Giada tu.
Tapi yang sebenarnya memang lah kalau kita memasak dengan senyuman yang manis
disertai dengan keikhlasan hati dan rasa penuh kasih sayang, rasanya
akan terbit dalam masakan yang kita masak. Nak-nak pulak kalau disertai dengan
zikir. Bertambah berkatlah masakan yang kita sediakan. Apatah lagi makanan tu
nak dijamu kepada keluarga tersayang. Kalau tak boleh nak berzikir dengan mulut
takut tersalah sukatan atau tersalah letak bahan, zikir dalam hati pun okay…
Malam ni suami balik lewat lagi sebab ada
kes barang hilang kat tempat kerja. Banyak juga jumlah yang hilang tu. Semalam pun balik dekat 2 pagi. Sibuklah sikit
sementara nak selesaikan kes. Emm, kerja bahagian sekuriti ni kalau ada kes
memang panas punggung dibuatnya. Nasib baik masak sop ekor, jadi boleh lah “reheat”
aje bila dia balik malam nanti.
Resepi sop ni sama dengan yang pernah saya
sediakan baru-baru ni Di Sini iaitu dari
“My Resepi oleh Kak Fida”. Tapi untuk kali ini saya akhirkan dengan perahan jus
limau untuk menambah kesegaran. Bak kata Giada lagi, “If you cook something for
so long, its good to finish it up with some fresh garnishing so that the food can be bring to live”. Lagipun sop yang ada masam-masam sikit memang
digemari kami anak-beranak. Tak adalah rasa bersalah sangat sebab kolestrol
dari lemak daging tu boleh tahan jugak kan.
Sayurnya pula Goreng Kailan campur Lobak
Asin. Saya tak tahu kalau ada yang pernah cuba goreng kalian seperti ini tapi
sedap juga rasanya. Ramuannya bawang putih 2 bj, bawang merah 2 bj, ikan bilis
secukupnya, cili merah 2 bj semua bahan ditumbuk dan satu sudu lobak asin (yang
halus). Tumis aje ramuannya dan masukkan sayur Kailan. Perasakan dengan garam
kalau perlu.
No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas komen yang segar