Showing posts with label sayuran. Show all posts
Showing posts with label sayuran. Show all posts

Quick and Easy Mixed Salad

Wednesday, October 01, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Saya ni memang penggemar tegar apa juga jenis salad sayuran, kerabu dan apa juga resepi berasaskan sayuran yang seangkatan dengannya yang ada rasa 3M di dalamnya iaitu masam, manis, masin serta sedikit pedas. Kalau makan, tak sedar habis semangkuk. Nak-nak kalau yang pedas lagilah makan tak ingat. Akhir-akhir ni saya teruja mencuba pelbagai jenis resepi salad ala-ala Melayu dan Cina seperti Yong Tau Fu, Sotong KangkungPecal serta Kerabu Mangga . 
Puas betul hati bila buat sendiri, dah tu kena pulak dengan selera. Memang tak payah nak cari kedai dah kalau nak makan. Mix salad ni memang selalulah buat terutamanya di hujung-hujung minggu sebab kami jarang makan nasi waktu tengahari. Nasi selalunya di malam hari aje, tu pun sebelum pukul 6.30 petang. Jadi salad adalah di antara yang kerap dijamah. Selalunya salad yang dicampur dengan grilled chicken macam Di Sini. Kadang-kadang yang letak mayo macam Di Sini. Apa-apa stail pun semuanya kami suka, cuma sejak akhir-akhir ni saya lebih suka buat dressing yang ringan yang guna EVOO (Extra Virgin Olive Oil) tanpa mayo.

Dalam perancangan selepas ni nak mencuba salad India iaitu Pasembor pulak...memang renyah sikit nak buat tapi In Sha Allah kalau ada kerajinan akan dicuba jugak. Faktor yang menentukan kesedapan salad ni bergantung kepada kuah atau dressing nya. Jadi tak kiralah apa saja jenis salad samada yang ala-ala Cina, Melayu atau India waima Barat sekali pun yang penting dressing atau kuahnya.

Okaylah membebel aje kan, terus aje ke resepi Quick and Easy Mixed Salad saya ni.

Quick & Easy Mixed Salad
Print Recipe

Bahan untuk Salad:

6-7 helai salad - koyak-koyakkan
1 bj tomato- - hiris ikut suka
3-4 kuntum brokolli - rebus dan toskan, potong kecil
1/4 cwn kacang walnut atau apa saja kacang yang disukai - panggang dan cincang kasar
Sedikit kismis
4-5 bj buah zaitun jeruk - belah 2
1 bj bwh merah - hiris
1 bj cili padi - cincang (optional)

Campurkan semua bahan kecuali kacang dalam mangkuk salad. Ketepikan

Bahan untuk dressing:

4 sdb minyak zaitun (Extra Virgin Olive Oil)
2 sdb jus lemon
2 sdb jus epal cider
2 sd madu
Secubit garam
1/2 sdt serbuk lada hitam

Campurkan semua bahan dan kacau menggunakan whisk hingga sebati. Seimbangkan rasa, rasanya perlu ada masam, masin dan sedikit manis. Tuang ke dalam salad tadi dan gaulkan. Taburkan kekacang. Sedia dihidang. Sesuai dimakan begitu saja atau sebagai side dish.

Selamat mencuba!

Pecal Jawa

Monday, September 29, 2014

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pecal merupakan makanan tradisi masyarakat Jawa. Rasanya seakan sama seperti Gado-gado. Antara perbezaan Pecal dengan Gado-gado adalah dari penyediaan kuahnya. Kuah Gado-gado menggunakan santan dan perlu dimasak tapi pecal tidak. Variasi bahan yang boleh dicampur untuk Gado-gado juga lebih banyak antaranya ketupat, keropok, telur rebus, ubi kentang dsbnya. Manakala Pecal lebih kepada sayur-sayuran. Apa-apapun kedua-duanya saya suka tetapi kalau diberi pilihan, saya lebih suka Pecal sebab kuahnya tak bersantan.  Kesedapan Pecal bergantung kepada kuahnya. Sedap kuahnya, sedaplah pecalnya kan.


Pecal ni antara juadah lazim saya sekeluarga semasa bulan puasa. Anak saya yang tak makan sayur pun boleh makan kalau dibuat Pecal. Sebelum ni memang kuahnya saya beli saja. Sepeket kecil tu bolehlah untuk sekali makan. Bulan puasa kami sekeluarga memang tak makan nasi sewaktu berbuka. Cuma makan yang berat selain nasi seperti mee, rojak dsbnya. Nasi cuma untuk sahur.  Semangkuk Pecal dan kuih-muih memang dah mencukupi. Dah terbiasa begitu sebab tak mahu kekenyangan sangat sewaktu tarawih.


Agak lama jugak tergerak nak buat sendiri kuah pecal ni. Tapi baru-baru ni aje saya tergerak nak menggugel resepinya. Banyak yang saya selongkar resepinya hampir serupa. Antara bahan yang perlu ada ialah ubi cekur yang saya rasa fungsinya untuk mewangikan kuah pecal tersebut.
Ubi cekur juga banyak mengandungi khasiatnya yang tersendiri seperti melegakan batuk, melegakan kembung perut dan perut yang memulas, membuang angin disamping khasiat-khasiat lain. Saya tak ada ubi cekur jadi saya abaikan saja. Alhamdulillah, masih sedap kuah pecal ni walaupun tanpa ubi cekur. Berbaloi dan tak rugi mencuba. Resepi di bawah ni boleh dapat untuk 3-4 kali makan bergantung kepada kuantiti sayuran. Kalau nak buat sikit bolehlah dikurangkan separuh dari resepinya. Okay, jom kita semak resepinya.

Pecal Jawa

Bahan (agak-agak lah banyak mana nak buat):

Jantung pisang – rebus, potong kasar, toskan airnya
Kangkung – potong, celur dan toskan
Kacang panjang – patah-patahkan 1 inci dan celur sekejap, toskan
Timun -  hiris batang mancis
Sengkuang-  hiris batang mancis
Tauhu - goreng dan potong kecil
Taugeh - Celur sekejap, toskan
Telur rebus – belah 4 (opt-saya letak sebab nak tarik minat anak makan)

Bahan untuk kuah :
 
300 g kacang tanah – saya guna kacang yang skinless
20 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci belacan, dibakar
3-4 inci isi cekur – goreng,  saya tak letak
3 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
15-20 tangkai cili kering, kerat dan cuci, toskan
Jus asam jawa – saya bancuh secawan air dengan 2 ketul sebesar syiling 50 sen asam jawa.
6-7 sdb gula melaka yang di cincang kasar
Garam dan gula secukup rasa

Cara:

Untuk kuah:

1) Kacang tanah digoreng dengan sedikit minyak hingga garing dan rangup, buang kulit dan kisar hingga betul-betul hancur. Ketepikan.
2)Udang kering digoreng hingga garing, angkat dan toskan. Bawang merah dan bawang putih, digoreng sehingga garing, angkat dan toskan. Goreng juga cili kering hingga garing, angkat dan toskan. Kemudian kisar semua bahan yang digoreng tadi dengan air asam dan gula melaka. Satukan bahan yang dikisar ke dalam kacang tanah yang telah dikisar tadi dan gaul sebati. Seimbangkan rasa. Kalau masih kurang manis, tambah gula pasir. Kalau terlalu pekat, tambah air. Kuah perlu sederhana cair dan perlu ada rasa pedas, masam, masin dan manis (manis kena lebih sikit). Kacau rata dan ketepikan.

Cara penyediaan:

Susun semua bahan-bahan sayur untuk pecal dalam bekas, tuang kuah secukupnya dan gaul rata. Sedia di hidang.
 

Kuah Pecal yang readymade selalunya amat manis bagi saya. Kalau buat sendiri kita boleh mengawal kandungan gula di dalamnya. Alhamdulillah, anak dan suami pun berpuas-hati dan suka dengan rasa Pecal homemade ni. Sedang elok saja rasa masam, masin, manis dan pedasnya. Lepas ni boleh lah buat sendiri saja kan?

Selamat Mencuba!

Mixed Salad

Monday, August 25, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Bosan makan nasi, apa kata kita bertukar dengan salad campuran ni. Bukan saja ada sayur tapi lengkap dengan kandungan protin dengan campuran kekacang didalamnya.

Jom terus semak resepinya.

Salad Campuran (Mixed Salad)
Olahan: Marsita Mymintroom
Print Recipe

Bahan untuk salad:

1 batang timun - potong mancis
Broccoli secukupnya - rebus hingga 3/4 suku empuk
Kobis bunga secukupnya - rebus hingga 3/4 suku empuk
1/4 cawan  kacang badam - panggang sebentar dan cincang kasar
1/4 cawan kismis sultana - rendam sebentar
1 sdb buah zaitun  dalam tin - belah dua

Masukkan kesemua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk salad. Ketepikan.

Bahan untuk Dressing:

1/4 cwn  mayonaisse *
1/4 cwn extra virgin olive oil
Garam secukup rasa *
1 sb madu *
1 sdt  cuka epal* atau jus lemon
1/2 sdt serbuk lada hitam*

Campurkan bahan bertanda * didalam mangkuk.  Kacau sebentar dengan whisk. Tuang olive oil perlahan-lahan sambil terus mengacau dengan whisk hingga dressing likat dan sebati.  Tuang ke dalam mangkuk salad tadi. Kacau rata dengan spatula. Sedia di hidang.

Selamat Mencuba!

Kerabu Mangga & Daging Masak Kicap Blackpepper

Monday, May 19, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Ini entri yang dah lama tertunggak, maknanya hidangannya pun dah lama jadi sejarah.
Asalnya ke dapur memang nak masak menu lain untuk makan malam, alih-alih menu ini yang keluar. Apa-apapun memang sedap...licin kami bedal. Alhamdulillah...rezeki Allah.

Kerabu Mangga
Olahan : Marsita
Print Recipe 



Bahan:
 
2 - 3 biji mangga muda saiz sederhana
1 biji tomato, belah 4, buah bahagian tengahnya dan hiris - tak letak sbb tak ada
1 biji bawang besar, mayang halus
1 genggam kacang tanah - goreng tanpa minyak, buang kulitnya dan tumbuk kasar
1 genggam  udang kering -  rendam, cuci dan toskan, tumbuk kasar.
4 biji cili padi, hiris halus
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 1/2 camca besar sos ikan
2 camca besar penuh gula perang @ secukup rasa - kalau tak ada gula biasa pun ok
Secubit garam
1 biji limau nipis, perah jusnya
3-4 tangkai daun ketumbar - cincang kasar

Cara:

Kupas mangga muda, basuh dan racik halus. Masukkan ke dalam mangkuk bersama bawang, daun ketumbar dan tomato yang telah dihiris tadi. Gaul rata. Ketepikan.
Satukan sos ikan, garam, gula, bawang putih, cili padi dan jus limau nipis dalam mangkuk, kacau rata dan curah dalam mangkuk berisi mangga hiris dan bahan yang lain. Gaul rata. Tambah kacang tanah dan udang kering, gaul lagi dan sesuaikan rasa.
Sedia untuk dihidangkan.

 


Daging Masak Kicap BlackPepper
Olahan: Marsita

Bahan:
600 g daging kiub - basuh dan masak dalam pressure cooker - toskan air rebusan dan ketepikan
*5 ulas bawang merah - hiris
*3 ulas bawang putih - tumbuk kasar
*1 inci halia - tumbuk kasar
*Rempah 4 sekawan - bunga cengkih 3, kayu manis 1 btg kecil, buah pelaga 4 biji, 1 kuntum bunga lawang
 1 labu bawang besar - hiris bulat
1 sb lada hitam - kisar halus
Kicap pekat manis dan masin secukupnya
Minyak utk menumis

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan bertanda * hingga naik bau. Masukkan daging tadi. Kacau rata. Masukkan kicap dan lada hitam, biarkan didih dan sentiasa kacau. Bila dah cukup mesra, masukkan bawang besar yang dihiris bulat, balik-balikkan sebentar hingga bawang layu sedikit. Angkat. Sedia utk dihidang.
Kalau tak guna pressure cooker tapi daging tu jenis yang liat, kena masak lama sedikit ye...


Selamat Mencuba!

Ayam Palembang & Nasi Bolognese

Tuesday, March 19, 2013



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Kali pertama tengok resepi ni di FB yang dipaparkan oleh Yani. Dan ramai pulak rakan-rakan blogger  seperti Mori, Melly, Kak MadihaaMasAmie  dan Kak Yatie yang mencuba dan memberi komen-komen yang positif menyebabkan saya turut ingin untuk mencuba.  Terimakasih kepada tuanpunya asal resepi iaitu Kak Maria Hakem dan
rakan-rakan yang telah berkongsi hasilan masing-masing. Izinkan saya kongsikan hasilan dari saya pula di sini ya...ahaksss.


Sepert juga Melly, saya gantikan daging dengan ayam dan gunakan kerisik untuk menggantikan santan. TQ Melly untuk tips dan idea :) Dan oleh kerana ayamnya cuma setengah ekor, saya kurangkan ramuannya sesuai dengan saiz ayam.

Daging Palembang
 ( Print resepi ) 

Bahan:

700 gram daging - potong lebar dan nipis - saya gantikan dengan 500g @ ½ ekor ayam
2 batang serai -dititik
500 ml santan pekat - ( boleh gantikan dengan kerisik ) – saya bubuh kerisik
1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang ( Habhals )
Minyak untuk menumis 

Bahan Kisar:

1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering

Rempah Penumis:

3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara: 

Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
Masukkan kicap dan diikuti dengan santan (kerisik). Biarkan masak hingga daging mula empuk.
Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat.


Memang sedap masakan ni. Boleh dimakan bersama nasi atau pulut/lemang. Bahan-bahannya pulak selalunya ada tersedia di dapur. Mudah sahaja nak menyediakannya. Cuma kalau guna daging beku tu lamalah sikit nak tunggu dagingnya empuk.
 

Rasa-rasanya Ayam Palembang ni dengan Nasi Bolognese  mengancam tak kalau diganding bersama?  Kalau nak tahu kena cuba la ya. Tapi memang masuk bebeno lah Ayam Palembang ngan Nasi Bolognese...elok lah...tergeliat lidah makan kejap nak cakap Indon kejap nak cakap Italian kik! kik!kik!


Inspirasi dari Ibundo (macamana lah Bundo boleh terfikir nak guba perencah Bolognese ni untuk masak nasi, kreatifkan?). Tapi nasi ni memang sedap. Enak dimakan begitu saja. Resepinya 
boleh print Di Sini atau terus ke blog Ibundo.

Saya  cuma buat separuh dari resepi ni. Baki nasi tu saya buat sarapan pagi dimakan bersama telor mata lembu di hari esoknya. Emm sedap...Alhamdulillah...


Nasi ni juga saya gandingkan bersama salad epal & timun.


Kedua-dua resepi diinspirasikan oleh:


Terimakasih sekali lagi:)

Wassalam...
 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS