Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Kali pertama tengok resepi ni di FB yang dipaparkan oleh Yani. Dan ramai pulak rakan-rakan blogger seperti Mori, Melly, Kak Madihaa, Mas, Amie dan Kak Yatie yang mencuba dan memberi komen-komen yang positif menyebabkan saya turut ingin untuk mencuba. Terimakasih kepada tuanpunya asal resepi iaitu Kak Maria Hakem dan
rakan-rakan yang telah berkongsi hasilan masing-masing. Izinkan saya kongsikan hasilan dari saya pula di sini ya...ahaksss.
Sepert juga Melly, saya gantikan daging dengan ayam dan gunakan kerisik untuk menggantikan santan. TQ Melly untuk tips dan idea :) Dan oleh kerana ayamnya cuma setengah ekor, saya kurangkan ramuannya sesuai dengan saiz ayam.
Daging Palembang
( Print resepi )
Bahan:
Bahan:
700
gram daging - potong lebar dan nipis - saya gantikan
dengan 500g @ ½ ekor ayam
2
batang serai -dititik
500
ml santan pekat - ( boleh gantikan dengan kerisik ) – saya
bubuh kerisik
1
cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang ( Habhals )
Minyak
untuk menumis
Bahan Kisar:
1
labu bawang besar
5
biji bawang merah
3
ulas bawang putih
2
cm halia
3
cm lengkuas
15
biji cili kering
Rempah Penumis:
3
cm kulit kayu manis
2
kuntum bunga lawang
2
kuntum bunga cengkih
3
biji buah pelaga
Cara:
Panaskan
minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
Masukkan daging
dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air
daging dan biarkan seketika.
Masukkan kicap
dan diikuti dengan santan (kerisik). Biarkan masak hingga daging mula empuk.
Kacau
sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat.
Memang sedap masakan ni. Boleh dimakan bersama nasi atau pulut/lemang. Bahan-bahannya pulak selalunya ada tersedia di dapur. Mudah sahaja nak menyediakannya. Cuma kalau guna daging beku tu lamalah sikit nak tunggu dagingnya empuk.
Rasa-rasanya Ayam Palembang ni dengan Nasi Bolognese mengancam tak kalau diganding bersama? Kalau nak tahu kena cuba la ya. Tapi memang masuk bebeno lah Ayam Palembang ngan Nasi Bolognese...elok lah...tergeliat lidah makan kejap nak cakap Indon kejap nak cakap Italian kik! kik!kik!
Inspirasi dari Ibundo (macamana lah Bundo boleh terfikir nak guba perencah Bolognese ni untuk masak nasi, kreatifkan?). Tapi nasi ni memang sedap. Enak dimakan begitu saja. Resepinya
boleh print Di Sini atau terus ke blog Ibundo.
Saya cuma buat separuh dari resepi ni. Baki nasi tu saya buat sarapan pagi dimakan bersama telor mata lembu di hari esoknya. Emm sedap...Alhamdulillah...
Nasi ni juga saya gandingkan bersama salad epal & timun.
Kedua-dua resepi diinspirasikan oleh:
Inspirasi dari Ibundo (macamana lah Bundo boleh terfikir nak guba perencah Bolognese ni untuk masak nasi, kreatifkan?). Tapi nasi ni memang sedap. Enak dimakan begitu saja. Resepinya
boleh print Di Sini atau terus ke blog Ibundo.
Saya cuma buat separuh dari resepi ni. Baki nasi tu saya buat sarapan pagi dimakan bersama telor mata lembu di hari esoknya. Emm sedap...Alhamdulillah...
Nasi ni juga saya gandingkan bersama salad epal & timun.
Kedua-dua resepi diinspirasikan oleh:
Terimakasih sekali lagi:)
Wassalam...
Wassalam...
Tengok pun dah tau sedap, tu la...hari tu nmpk kat fb, telan air lior tengok.
ReplyDeleteMemang sedap...mula tertarik tgk kat FB jugak
Deletebtul la...tgk ramai gak yg dah cuba resepi ni...sy je lum kak....hehe....M besar tu masih ada lgi....
ReplyDeletehi hi Syifa...cuba pasti tak nyesal.
Deleteagagagaga..terliur..
ReplyDeleteTQ Mrs Eady
Deletesalam kak ... mengacamnya lauk ayam tu. nasi pun sempoi!
ReplyDeleteSalam Mala, lama tak sembang...:)
DeleteMar.. bundo teringin gak nak buat masak palembang tu tapi asek sibuk je ni. Blog pun tak berhapdet kihkih. Amacam nasik bolognese tu. Boleh tahan kan?
ReplyDeleteSalam Bundo...emm sedap Nasinya tak yah lauk pun ok dah...saya jumpa perencah tu masa gi shopping kat Mydin...terus teringat kat Bundo & nasi ni.
DeleteMy God! I must really cook this ayam palembang and the nasi bolognese. Looks fantastic!
ReplyDeleteYou will never regret it Phong. The chicken gravy I keep it for the next day and make it as a gravy for my fried fish heh heh cost saving and even taste better the next day :)
DeleteMar,nampaknya resepi kita sama lah hari ni Palembang ni dah dimana2 ya, tapi Mar punya lebih hitem akak punya lebih merah hahah sbb ngak suka hitem2 gitu dong
ReplyDeleteSalam Kak...tak ape kak janji sedap di tekak masing-masing :)
DeleteAssalam Marsita.. akak singgah ni.. lapar laa.. ada lg tak ayam masak palembang ni.. :)
ReplyDeleteSalam kak Shiela, alamak tinggal kuah lah kak kih kih.
Deletetq share this, mmg x pernah buat !
ReplyDeletesame-same KA:)
Deleteas-salam
ReplyDeletewahhh!!Ayam Palembang..mesti sedap..
memang sodap....!
DeleteInsya Allah,nnnt nak cuba
ReplyDeletecuba kak jgn idak...
Delete