Showing posts with label BAZAAR RAMADAN. Show all posts
Showing posts with label BAZAAR RAMADAN. Show all posts

Bazaar Ramadan 24 - Fasa ke 3 & terakhir dah....

Tuesday, August 14, 2012


Rumah arwah Atuk

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
 
Semoga sihat wal afiat semuanya dan semoga selamat tiba ke garisan penamat bulan Ramadan kali ini. Derasnya masa berlalu bagai nak sama derasnya kelajuan Usain Bolt di setiap trek yang di taklukinya. Dan pastinya kebanyakan suri rumah sudah hampir siap dengan segala keperluan dan kelengkapan yang perlu buat keluarga dan diri sendiri untuk menyambut lebaran. Kalau masih adapun cuma saki-baki yang belum selesai.

Balik beraya ke mana tahun ni? Jangan sampai ada yang kena lempar buah dadu pulak ya...sebab masing-masing tak mahu beralah nak beraya di kampung sendiri. Buat saya, sudah beberapa kali kami balik beraya di NS dahulu dan akan pulang ke Perak pada lewat petang raya pertama. Walaupun kedua ibu-bapa dah lama pergi meninggalkan kami tapi Alhamdulillah, masih rasa seronok beraya di NS.  Kami lapan beradik masih ada. Jadi pulang beraya ke kampung masih menjadi tradisi walaupun kadang-kala tak cukup korum sebab ada hal yang perlu diutamakan. Pakcik & makcik masih ada. Mereka sebagai pengganti arwah ayah & ibu dan pastinya rumah mereka merupakan sasaran utama kami pada raya pertama. Bukan apa selain mengeratkan silaturrahim, anak-anak juga perlu di didik untuk mengenali keluarga & asal usul mereka, dan hari raya merupakan hari yang paling sesuai kerana semua keluarga berkumpul.

Jadi tahun ini kami akan kembali beraya ke NS seperti tahun lepas. Kalau di NS, hari masak sehari sebelum Syawal juga di kenali sebagai hari mantai. Kami akan berkumpul dan masak bersama-sama juadah untuk 1 Syawal. Selalunya menu yang menjadi kegemaran kami ialah rendang daging, sop tulang, ketupat, kuah kacang dan lontong. Lemang selalunya samada kami order dari jiran-jiran di kampung atau berkongsi buat dengan mereka. Maklumlah diantara kami tiada yang pakar dalam melemang ni. Tahun lepas kami juga ada buat barbequeue ikan dan ayam pada malam raya. Tahun ni, menunya pun tak banyak berubah cuma mungkin tak ada barbequeue sebab korum tak cukup..jadi nak buat pun tak berapa seronok. Apa-apapun tak tahu lah lagi apa plan abang yang sulung nanti.

Beraya di Perak pun tak banyak bezanya dengan beraya di NS. Aktivitinya lebih kurang sama saja. Keluarga di sini pun suka aktiviti barbequeue ni. Sudah menjadi kelaziman kami akan berkumpul, masak sambil berbual kadang-kala hingga 2-3 jam nak subuh baru tidur. Bangun subuh nanti, barulah masing-masing mata tu kelat dan merah semacam. Lepas tu pakat-pakat ambil nombor untuk mandi sebab bilik air cuma dua. Mana yang biasa mandi lama tu, ha jaga lah, sakit telinga kena sound kalau guna "extra time" masa raya  ni. Itu tak apa lagi, kat NS bilik airnya cuma satu..mana yang bawah 12 tahun tu alamat kena mandi kat paip "open air" kat luar rumah lah jawabnya. Kesian budak-budak tu, menggigil kesejukan. Dah lah sejuk, kena mandi kat luar, lagilah sejuk. Tapi raya punya pasal, sejuk pun sejuklah. Apa-apapun bila dah lawa pakai baju raya, lepas salam-salam dapat duit raya yeh yeh. Sejuk pun hilang. Senyum memanjang...
 
Kalau cerita pasal raya ni memang takkan habis. Tapi rasanya saya stop sini dululah celoteh pasal raya.

Kuih raya yang saya plan nak buat sebenarnya masih berbaki dua jenis lagi. Tapi semalam tak sempat mengukis sebab ada aktiviti lain yang lebih penting yang perlu di selesaikan semalam jugak. Jadi saya hanya postkan juadah iftar semalam saja lah.


Mee Kolok ni pertama kali kami makan semasa melawat ke Sarawak dua tahun lepas. Pertama kali makan terus Kiki suka dengan mee ni. Mungkin sebab mee nya ala-ala maggi cam tu kan. Dia dah request beberapa kali dah minggu lepas. Baru semalam berkesempatan buat. Resepinya saya perolehi dari Dayangjack.



Mee Kolok

Sumber: Dayangjack

 

Bahan: ( 2-3 orang )

3-4 gulung mee sanggul / non-fried noodles
1 sdm perencah sup
100 g daging lembu
air secukupnya
sedikit garam
5 ulas bawang putih (dicincang)
8 biji cili api
1 sdt serbuk lada hitam
4 sudu makan minyak masak
5 sb kicap manis
1 sb kicap pekat
2 biji limau kasturi (ambil jusnya)
daun bawang dan daun sup (dihiris)
1 sdt sos ikan / sos soya
1 sdt cuka

Cara:

UNTUK SUP : Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis2. Ketepikan kuah/supnya (boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan).
UNTUK MEE : Rebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat @ ikut jenis mee yang digunakan). Keluarkan dan toskan.
Panaskan 2 sdm minyak masak dlm kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan. Masukkan pula mi yg tlh ditoskan ke dlm kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang td. Perasakan dgn cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.
Di dlm kuali yg sama, panaskan 2 sdm minyak masak dan goreng daging yang tlh dihiris td. Masukkan kicap pekat, 1/2 sb kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam. Keluarkan.
UNTUK SAMBAL : Tumbuk/kisar cili api dgn 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi. (kalau xde kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula)
Cara Menghidang : Sediakan pinggan hidangan. Masukkan mi, tuangkan sambal kicap sedikit dan gaulkan. Kemudian taburkan daging, bawang putih yg tlh digoreng garing dan hiaskan dgn daun bawang. Sediakan juga semangkuk sup yg ditabur dgn daun sup sbg kuahnya jika suka.
****kalau nak meriahkan lg suasana mee ni, jika suka boleh juga dicampurkan dgn sawi/fishball/fishcake/crabstick/prawns/isi ayam dsb

Wassalam...

Bazaar Ramadan 21 - Jom Gi Ganu.....

Friday, August 10, 2012


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Nampaknya hari ni iftar dengan nasi lagi. Iftar semalam pun nasi jugak, tapi Nasi Goreng Cili Padi bertemankan Tomyam Putih tapi tak post sebab emm...penyakit "M" tu datang menyerang.  Hari ni pula iftar dengan nasi nun dari jauh..." Nasi Minyak Ganu " kito deh...Resepi Nasi Minyak Ganu ni saya dah lama C&P dari blog Azlita (masammanis) sejak dari awal Ramadan lagi tapi belum berkesempatan nak buat. Petang tadi mood tu datang lak lepas selesai mengukis kuih raya...jadi saya pun dengan semangatnya mulalah bersilat gayung kat dapur selepas beristirehat sebentar dari mengukis.


Emm, bau tumisan bahannya memang menusuk-nusuk ke hidung...satu rumah bau. Betul kata Azlita. Kiki yang dok mengadap komputer pun kejap-kejap tertoleh-toleh ke dapur. "What's cooking mom?", tanyanya.
Hi hi..., tak de lah, acah aje. Dia kalau dah mengadap cermin ajaib tu mana hairan dah apa yang kita buat kat dapur tu.
Memang sedap nasi ni..., terimakasih sekali lagi Ita kerana dengan post-post yang menarik berjaya menimbulkan minat akak untuk mencuba resepi ni. Akak akan sharekan pula di sini resepinya untuk kenangan...

NASI MINYAK GANU
Rujukan : Coretan Dari Dapur

Bahan: 

3 cawan beras basmathi
4 1/2 cawan air ~ jika guna beras lembut kurangkan air atau mengikut kesesuaian beras
1/2 cawan susu cair
1 sudu kecil garam
pewarna kuning
2 helai daun pandan ~ disimpul
 
Bahan Tumis:

1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar marjerin
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inc kulit kayu manis
1/2 inc halia ~ di mayang
3 ulas bawang merah ~ dimayang
1 ulas bawang putih ~ dimayang

Beras dicuci kemudian di toskan airnya. 
Panaskan minyak sapi dan marjerin dalam periuk.
Masukkan bahan tumis
Tumis hingga naik bau atau warna kekuningan
Masukkan beras dan daun pandan.
Kacau sekata
masukkan air dan susu
Tanak hingga nasi kering
Kemudian titikkan pewarna kuning
biarkan seketika.
Kemudian gembur nasi menggunakan garfu



 Dalam fridge tu cuma tinggal ayam dan daging kambing aje. Ayam...? Tak ada mood nak masak ayam. Yang sedap cuma masak kurma aje kat tekak ni kalau berbicara pasal daging kambing. So, buat teman Ganu kite..., kurma kambing lah jawabnya...yang pernah saya share Di Sini.


Ha, yang ini nak kata jelatah bukan, nak kata acar pun bukan, cuma disebabkan nasi dan kurma dua-duanya lemak, jadi saya cuma tambahkan timun, lobak & bawang yang di racik ni bersama cili merah dan hijau (juga diracik) dan diperasakan dengan cuka, garam & gula untuk rasa masam kat lidah ni. Kira macam appetizer lah kan. Sedap jugak walaupun tak letak udang kering. 


Wassalam...

Bazaar Ramadan 19 - Tortilla lagi...

Thursday, August 09, 2012




 Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Entah apa kena sejak dua tiga hari ni semua yang di buat macam serba tak kena. Buat roti Tortilla ni pun macam tak berapa menjadi. Terlebih marjerin kot, bila dah canai, lembut sangat sampai susah sangat nak lipat, nak pecah-pecah pulak rotinya. Akhirnya terpaksa potong dua, letak filling, lepas tu lekat dengan egg wash dan klimkan kelilingnya dengan garpu. Nasib baik roti tak keras dan masih boleh diselamatkan. Kalau tak kena cari alternatif lain buat iftar Kiki ngan abah dia. Saya terus jugak tanak nasi sebagai back up kalau-kalau depa tak suka Tortilla ni. Tapi alhamdullillah..., habis jugak. Alamak, nasi pulak berlebih...
Anyway, thanks Acik (Azizah), kakak saya yang kat US sebab share link untuk resepi nak buat roti Tortilla ni. Sebenarnya, dipping sauce from y'day's Tortillas ada balance lagi jadi daripada simpan dalam freeze tu lebih baik habiskan. Tu yang saya buat lagi Tortilla hari ni tapi letak filling instead of dipping sauce. Dipping sauce semalam tu saya tambah aje ayam & cendawan yang di goreng dengan bawang putih dan campur dengan cream cheese. Kalau dah tambah cheese, mesti lah sedap kan..tu yang Kiki suka sangat tu.
Di sini saya kongsikan resepinya yang saya dapat dari link tersebut iaitu dari AllRecipes by Ladonna.



Tortillas Flour 
Sumber: All Recipes 
 Dari :  Ladonna

Ingredients

4 cups all-purpose flour - saya buat dua cawan dapat 3 Tortilla 4 inci lebar
1 teaspoon salt
2 teaspoons baking powder
2 tablespoons butter/shortening/margerin - resepi asal guna "lard" tapi ini non-halal material jadi saya ganti dengan butter/shortening/margerin
1 1/2 cups water
 
Directions

Whisk the flour, salt, and baking powder together in a mixing bowl. Mix in the butter with your fingers until the flour resembles cornmeal. Add the water and mix until the dough comes together; place on a lightly floured surface and knead a few minutes until smooth and elastic. Divide the dough into 24 equal pieces and roll each piece into a ball.
Preheat a large skillet over medium-high heat. Use a well-floured rolling pin to roll a dough ball into a thin, round tortilla. Place into the hot skillet, and cook until bubbly and golden; flip and continue cooking until golden on the other side. Place the cooked tortilla in a tortilla warmer; continue rolling and cooking the remaining dough.   

Kepingan Tortilla mengikut resepi

Roti Tortilla yang saya buat tu bukan kepingan kecil macam dalam resepi ini tapi saya buat macam yang dalam foto yang saya  upload kat atas sekali tu... 

Saya buat 3 keping roti  pun masih ada balance filling...mungkin esok pizza lah kot dengan balance filing tu...hi hi..


Biasa lah sop mesti ada...tapi kali ni, sop lain sikit..ala-ala stew. Tapi Kiki ngan abah dia termasuk saya juga tak berapa suka lah sop jenis ni...bukan tak sedap tapi tak biasa makan sop cam ni. Saya skodeng resepi ni dari Mat Gebu yang sumbernya dari Chef Wan. " Sop Tulang Gaya Chef Wan "  namanya. Lain kali kalau buat lagi kena makan dengan Roti Benggali baru sesuai...

Sop Tulang Gaya Chef Wan
Sumber: Mat Gebu

Bahan:

500 gram ekor lembu - saya guna tulang sum-sum lembu, 900g
2 camca besar serbuk ketumbar
1 camca besar serbuk jintan putih
1 camca besar serbuk jintan manis
1 1/2 camca besar tomato puree
Air secukupnya
1 batang lobak merah, kupas dan dadu
1 biji kentang, kupas dan dadu
2 batang saderi, didadu
Garam secukup rasa (mat tambah sedikit gula)
Lada hitam yang baru dikisar secukupnya
Hirisan daun ketumbar (mat guna daun sup/daun bawang)
Bawang goreng

Bahan kisar halus:
 
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai, hiris
1 inci halia

Bahan tumis:
 
4 biji buah pelaga
2 batang kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Cara:

Tulang lembut dicuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, goreng tulang lembu tadi hingga perang, angkat dan toskan. Dalam minyak yang sama, masukkan rempah tumis dan bahan kisar halus, goreng hingga naik bau.

Tambah serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih, kacau 3 - 4 minit hingga harum. Tambah tomato puree. Masak sekejap dan masukkan tulang lembu tadi, gaul rata dan tuang air secukupnya.

Renih kan hingga daging pada tulang tadi empuk (kurang lebih 2 jam). Tambah kentang, lobak merak dan saderi, masak lagi hingga kentang empuk. Tambah garam secukup rasa, sedikit gula dan lada hitam, kacau dan masak 2 - 3 minit lagi.

Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur hirisan daun ketumbar dan bawang goreng. Sedap dimakan begitu sahaja atau bersama roti. Jika kelihatan minyak agak banyak, boleh ceduk keluar..


Ha, ini tak taulah kali ke berapa buat bulan puasa ni. Tapi kami memang suka sangat mak yang gulanya mencair Di Sini.

Wassalam...

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS