Showing posts with label MEE. Show all posts
Showing posts with label MEE. Show all posts

Asam Laksa

Wednesday, May 14, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Selalu buat Asam Laksa ni, makanan kegemaran yang kalau ada, memang lupa makan nasi dibuatnya. Buat ni pun kerana kebetulan hari tu ada tetamu bertandang ke rumah. Senang kerja sebab bahannya memang dah ada cuma nak tambah mee laksa serta daun kesum. Itupun sebab pokok daun kesum yang ditanam dekat belakang rumah pun dah kurang daunnya, macam tak cukup pulak. Kirim aje kat En. Suami yang ketika itu keluar ke tempat cuci kereta. Selain laksa, sempat juga saya  menyediakan kek coklat lembap untuk tetamu bawa balik.

Asam Laksa
Print Recipe 


Bahan: ( lebih 6-8 orang )
 
1 kg laksa basah - rendam sebentar dalam air panas mendidih ( boleh campur dgn sesudu minyak/minyak zaitun utk mengelak laksa dari melekat selepas di tos, laksa pun nampak lebih cantik dan berkilat )
1kg ikan kembung/ikan sardin @ dalam 10 ekor - saya selalu guna ikan sardin
(bukan yg dlm tin ya) 
2 liter atau lebih air
3 biji bawang besar
Belacan sebesar ibu jari
5-6 sb cili kering kisar (lebihkan kalau nak pedas)
4 atau > keping asam keping
2 bunga kantan dibelah dua
1 ikat daun kesum
Garam secukupnya

Bahan dimakan bersama:
Ulam: Hirisan timun, bawang besar, cili merah, telur, fish cake, salad, daun pudina, paste otak udang dsbnya

Cara:
 
Rebuskan ikan dengan 2liter air.
Kisar bawang besar bersama belacan. Ketepikan.
Asingkan isi ikan dan kisarkan bersama sedikit air rebusan yg ditapis. Kisarkan tulangnya sekali dan tapis airnya.
Rebus dulu bawang yg dikisar bersama belacan tadi serta cili kisar hingga hilang bau maungnya. Tambah sedikit air kalau perlu.
Masukkan ikan yang dikisar tadi bersama airnya rebusannya sekali.
Masukkan bunga kantan, daun kesum dan asam keping. Perasakan dengan garam..kecilkan api dan biarkan masak hingga kepekatan kuah yang disukai.
Setelah masak, hidangkan bersama laksa yg telah direbus bersama bahan dimakan bersama yang lain. (kadang2 saya suka letak kicap kalau tak ada otak udang tapi saya tak berapa suka letak telur)


Selamat Mencuba!

Mee Ladna

Thursday, February 07, 2013


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,  

Kabare? Waras? Wes mangan opo odong? Itu ajelah yang saya tahu. Buat Mee Ladna ni sebab teringin dan tengahari tu dah makan nasi jadi kami makan mee aje untuk malamnya.

Ada macam-macam cara buat Mee Ladna. Ikut selera masing-masing. Sayur apa nak letak pun ikut suka. Tapi yang saya buat ni ikut apa yang ada di dapur dan ikut selera si anak bujang tu lah.


Mee Ladna
( Print resepi )

Bahan:

1 bungkus mee kuning (500 gram)
100 gm udang - dibuangkan kulit
2 bawang putih
5 biji cili api – diketuk
1 kiub ayam – saya omit sebab guna air rebusan udang
100 gm isi ayam – dipotong kecil
2 helai kobis panjang secukupnya - dihiris
1 bj tomato – belah enam
Tahu sponge secukupnya- dipotong kecil
3 tangkai sawi - dipotong
Air secukupnya – saya rebus kepala & kulit udang dan kisar untuk airnya
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
2 sudu besar kicap
2 sudu kecil tepung jagung – bancuh dengan sedikit air.
Minyak untuk menumis

Cara:

Celurkan mee dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Masukkan bawang putih dan cili api. 
Tumis  sampai wangi.
Masukkan ayam. Goreng lagi hingga ayam empuk.
Masukkan sos tiram, kicap, dan sos ikan. Masukkan air rebusan udang.
Bila mendidih masukkan tomato, kobis, sawi, tahu sponge dan udang. Masukkan pula bancuhan tepung jagung. Didihkan lagi  hingga kuah agak pekat.

Rasa dahulu sebelum tambah garam.  Letakkan secukup mee ke dalam pinggan. Tuangkan kuah ke atas mee dan sedia untuk dihidang.

Wassalam...

Mee Kari lagiii...

Tuesday, October 23, 2012




Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Banyak kali dah buat mee kari. Salah satunya Di Sini. Memang feveret. Tak suka yang lemak dan yang pekat, jadi selalunya saya guna satu cawan santan pekat sahaja. Buat hari Jumaat lepas..sempat menjamu kakak ipar dan keluarganya yang datang bermalam di rumah sebab suaminya akan menjalani pembedahan kecil di mata.

Mee Kari

Bahan untuk Kuah :

400 g rangka ayam - potong kecil, basuh dan toskan
1 cawan santan pekat
2 keping fish cake – hiris ikut suka
1 peket fishball – potong dua setiap satu
Sedikit tauhu pok @ tauhu sponge
1.5 liter air (anggaran ) - tambah jika perlu
2 sudu besar jus asam jawa 
Garam secukup rasa
2 sudu kecil gula perang

Bahan tumis:

1 kuntum bunga lawang *
1 batang kulit kayu manis *
3 biji buah pelaga *
2 biji bunga cengkih *
6 ulas bawang merah – kisar *
4 ulas bawang putih  - kisar *
1 inci halia  - kisar *
3 sudu besar udang kering - basuh dan kisar *
1 tangkai daun kari
2 sudu makan cili - kisar
3 sudu rempah kari daging

Bahan dimakan bersama:
  
Sedikit puchok goring / fish cake yang digoreng - dicelur
Sawi - dicelur
Taugeh  - dicelur
Telur rebus – potong 2
Cili merah/hijau - hiris
1 peket mee kuning – dicelur

Cara:

Panaskan minyak, tumis bahan tumis yang bertanda * hingga naik  bau.

Masukkan cili kisar, serbuk kari dan daun kari. Tumis hingga rempah garing & pecah minyak.

Masukkan rangka ayam dan gaul sebati, biarkan seketika (anggaran 10-15 minit). Kacau selalu supaya rempah tak hangus atau melekat pada dasar periuk . Masukkan air. Bila dah didih, masukkan santan pekat, air asam jawa dan air hingga mendapat kepekatan yang dikehendaki.

Perasakan dengan garam dan gula. Setelah kuah mendidih, masukkan fish ball, fish cake dan tauhu pok.

Biarkan kuah mereneh seketika sebelum dimatikan api dapur.

Masukkan mee kuning dan bahan-bahan yang dimakan bersama ke dalam mangkuk. Tuang kuah kari ke dalamnya. Sedia dinikmati semasa panas.


Wassalam...

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS