Rice Pudding @ Roz Bil Haleeb

Wednesday, October 08, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Rice Pudding ini merupakan pemanis mulut yang terkenal di Timur Tengah terutamanya di bulan puasa. Resepi perkongsian dari Lydia Honey ini bukan saja sedap tapi sangat mudah disediakan serta sangat ekonomik. Saya pun tidak ketinggalan mencuba untuk berbuka kami semasa berpuasa sunat Arafah baru-baru ini. Memang sedap, lemak berkrim disukai ramai😁.

Saya kongsikan resepinya di sini, tapi ada sedikit yang saya ubah mengikut bahan yang ada. Saya gunakan susu full cream@susu kotak menggantikan susu tepung dan saya abaikan penggunaan air panas. Tapi menurut Lydia kalau nak lagi lemak boleh gunakan heavy cream.


Rice Pudding (Res/Roz Bil Haleeb)

Bahan A

5 cawan air
3/4 cawan Egyptian rice( if tk de, guna je beras wangi Thailand)

Bahan B


1 cmt orange blossom water - saya ganti dgn essen vanilla
3/4 cawan susu tepung* - saya guna susu full cream , panaskan sebentar jangan sampai mendidih cukup untuk melarutkan gula
1 cawan air panas*- dibancuh bersama - saya skip
1/2 cawan gula pasir

Bahan C (garnishing)


Pistachios/ almond flakes/ kelapa kering (ikut suka) - saya letak walnut & biji bunga matahari

Dalam periuk, masak Bahan A hingga hancur seperti buat bubur nasi dengan api yang perlahan selama lebih kurang 1 jam.
Selepas nasi dah jadi seperti bubur masukan Bahan B dan gterus masak lagi hingga pekat denagn api yang paling perlahan selama 30 minit.
Sendukkan ke dalam manggkuk kecil- kecil/ hidangan.
Sedia untuk dihidangkan suam atau sejuk dengan taburan Bahan C.


Selamat Mencuba!

1 comment:

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS