Murtabak Maggi Special

Saturday, October 04, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Saya ada dua bungkus maggi Big Kari serta secawan pasta penne lebihan buat
 Pasta Frittata tempoh hari. Dah lama si bujang minta dibuat murtabak maggi. "Nantilah mak buat", kata saya. Saya ada pasta ni yang tak tahu nak buat apa...maggi pulak dua bungkus aje, kalau buat murtabak maggi aje mesti tak cukup ni nanti. Sudahnya saya tanya pada si bujang kalau campur pasta dalam murtabak maggi boleh ke? Bila dia kata okay, saya terus buat untuk
sarapan kami Ahad lepas.

Tak sangka banyak jugak dapatnya. Penuh kuali. Rasa pun boleh tahan, sampai berulang-ulang dia makan.


Murtabak Maggi Special
Print Recipe 

Bahan:

2 bungkus maggi Big Kari - simpan perasanya
1 cwn pasta penne
7 biji telur gred A
4-5 batang crab stick - hiris
Sedikit bell pepper - hiris
2 bj cili api - hiris ( optional )
2 tangkai daun thyme - hiris kasar
2 tangkai daun Oregano - hiris kasar

Cara:

Didihkan air dalam periuk dan masukkan garam dan sedikit minyak. Rebus pasta hingga separuh empuk dalam 5 minit. Masukkan pula maggi dan teruskan rebus hingga kedua-duanya empuk selama lagi 3 minit. Toskan dan simpan sedikit air rebusan. Biarkan sejuk.

Dalam mangkuk, satukan telur dan dua sudu besar air rebusan tadi, kacau sehingga sebati sahaja.
Masukkan campuran maggi dan pasta serta semua bahan termasuk perasa maggi, kecuali minyak zaitun. Perasakan dengan garam.

Panaskan minyak dalam kuali leper bersaiz 10 inci dengan api sederhana. Tuangkan campuran maggi dan pasta tadi, dan masak selama 7-8 minit sehingga tepinya kekuningan.
Alihkan kuali dari api dan dengan menggunakan spatula, alihkan murtabak ke dalam pinggan yang bersaiz sama. Terbalikkan ke dalam kuali semula dan teruskan masak selama 5-6 minit pada permukaan yang lagi satu.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS