Kek Gula Hangus aka Sarang Semut

Tuesday, June 24, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Bukan penggemar kek Gula Hangus aka kek Sarang Semut ni sebenarnya gara-gara setiap kali berpeluang merasa kek ni selalunya dapat yang terlalu manis. Sebab tu jugalah agaknya tak pernah pun mencuba nak buat kek ini. Tapi kali ini terpanggil untuk mencuba bila beberapa kali melihat rakan-rakan FB menayang kek ini di wall mereka. Komen-komen yang diberi pulak mengatakan rasanya tak terlalu manis, terpanggil rasanya untuk mencuba sendiri. Bahan-bahan yang diperlukan pun mudah dan sudah tersedia di dapur. Apa lagi...jom cuba.


Resepinya saya C & P dari blog Dapur Mas, resepi asal dari Cida de Nuanza. Saya kongsikan di sini pula ya. Kalau ikutkan resepinya, adunan ini tidak perlu di perap dan masih boleh dapatkan bentuk sarang semut yang berlubang-lubang tu. Tetapi kebetulan saya tak sempat nak bakar sebaik sahaja siap diadun kerana terpaksa bergegas untuk membeli barang-barang dapur bersama En HB, jadi saya hanya bakar selepas diperap selama 2 jam.  Alhamdulillah, sangat puas hati dengan kejadiannya dan rasanya pun manis-manis buah saja.

Kek Gula Hangus @ Kek Sarang Semut
Sumber : Dapur Mas 
Print Recipe

Bahan:
 
Ni utk buat gula hangus- buat yg ni dulu sblm bancuh adunan

2 cawan gula pasir
2 cawan air mendidih
3 sudu besar (penuh) mentega

Cara:
 
masukkan gula dlm kuali atau periuk
bukak api sederhana kecil...
sentiasa kacau2 gula sampai larut
sampai warna jadi keemasan macam madu..
kalau jadi kearangan, buang je la...konpem x jadik
nanti kek tu akan jadi pahit kalo gula tu hangit

pastu, dgn langkah kuda2..masukkan air panas dlm gula td...
AWAS!! sedikit kemalangan akan berlaku kalau x berhati2
sbb gula tu mcm meletup2 skit nanti...
pastu gula td akan jd cam ketul2 skit bila masuk air...
cairkan semula...
bila dh cair semua, masukkan mentega..biarkan larut...
tutup api dan sejukkan

Bahan lain:
 
7 biji telur saiz A
2 cawan tepung gandum
1/2 tin susu pekat manis disukai ramai
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
 
Cara:
 
Pukul telur sampai kembang
(blend pun boleh..guna mixer pun boleh- aku guna blender je, saya guna mixer)
Selepas tu masukkan susu pekat
Blend lagi sampai sebati
masukkan pulak esen vanila

Selepas tu ayak tpg gandum + soda + baking powder
masukkan dlm adunan..teruskan blend
  Akhir sekali, masukkan gula hangus yg dh sejuk tadi...
blend lagi!

bakar selama 1- 1 1/4 jam guna api bawah n suhu cam biasa la..antara 160-180 darjah celcius
5-10 mnt terakhir, guna api atas dan bawah
kalo kek lom masak, tambah 5 mnt lg
biarkan sejuk sblm potong
(saya bakar pada julat suhu dan masa yang sama)

(utk dapatkan potongan yg cantik dan berlubang, belah kek di tgh, kemudian tgk arah urat kek..potong kek secara melintang garisan tersebut)
 

Selamat Mencuba dan saya juga sedia mengambil tempahan untuk kek ini.
Hubungi 019-4400205 untuk tempahan.

1 comment:

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS