Kek Durian Gebu

Wednesday, June 11, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Pagi semalam, menggodak-godak freezer. Puasa dah nak dekatkan. Jadi nak clearkan mana-mana bahan yang boleh di clear kan. Godak punya godak, jumpa, sebungkus durian yang saya frozenkan dari tahun lepas rasanya. Bila dah defroze dan diasingkan dari bijinya serta dilenyek dapatlah dalam anggaran secawan lebih sikit. Apa pulak nak dibuat dengan isi durian lecek ni. Sudah....garu kepala kejap..
Dalam freezer ada jugak sebungkus lagi pisang lenyek. Boleh buat Kek Pisang Gebu. Maka timbul idea untuk durian lenyek tadi. Apakata kalau diolah resepi Kek Pisang Gebu menjadi Kek Durian Gebu? Mesti bolehkan?
Apalagi...saya pun memulakan projek di pagi hari semalam, terhasil lah dua biji kek...Kek Pisang Gebu dan Kek Durian Gebu yang resepinya saya adaptasi dan olah dari resepi Kek Pisang Gebu juga.


Resepi Kek Pisang Gebu boleh rujuk di SINI.

Kek Durian Gebu
Olahan : Marsita
Print Recipe 

Bahan:

2 cwn tepung kek @ tepung gandum - saya guna tepung kek
1 sdt baking powder
1 sdt baking soda
1 sdt ovelette
1 sdt pewarna kuning - opt
1sdt essen durian - opt
3/4 cawan gula castor
*1 cawan isi durian yang telah di lenyek
*1/4 cwn susu penuh krim (susu kotak)
120 ml minyak masak @ setengah cwn
2 biji telur gred A

Badam flakes & green pumpkin seeds - utk hiasan (optional)

Cara:
 
Oleskan acuan kek dengan mentega/butter. Panaskan oven 160 Celcius.
Campurkan bahan bertanda * dan gaul sebati. Ketepikan.
Ayak tepung gandum,soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan.
Masukkan semua bahan-bahan termasuk campuran tepung & campuran susu dan durian tadi ke dalam blender atau food processor.
Putar sehingga adunan gebu dan likat, Selepas itu masukkan dalam acuan kek dan taburkan green pumpkin seeds serta kepingan badam. Bakar pada suhu 160 darjah selama 50 minit hingga atasnya keperangan (ikut oven masing-masing ye).

Setelah siap dibakar, biarkan di atas redai sebentar, keluarkan dari acuan. Sedia untuk dihidangkan.



Alhamdulillah, elok kejadiannya, bukan sahaja gebu tapi sangat moist dan rasanya pun sedap. Manisnya sedang-sedang aje. Bau durian pun taklah kuat sangat. Anak bujang saya pun suka. Kejap aje dah habis dimakannya.Tak sempat simpan esok.

Selamat Mencuba!!

4 comments:

  1. memang nampak gebu sangat tu... saya simpan dulu resepinya ye... TQ kongsi idea... memang betul kalau kita kreatif.. dari rsepi lain boleh kita olah jadikan resepi dari bahan yg lain. saya pun pernah olah resepi lain dengan gantikan avocado dlam resepi tu... kita yg buat dia kan.. hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap kek durian gebu ni Madihaa, anak saya yang banyak perabih...suka sgt dia. Kek Pisang yg selalunya dia suka dia tak makan sangat kali ni. Hubby saya kurang gemar kuih/kek yang berasaskan durian. Durian mentah atau pengat serta kuah durian aje yang dia kena ngan selera dia.

      Delete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS