Kek Aiskrim Coklat

Friday, May 23, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Banyak juga rupanya entri tertunggak saya. Ada masa dan kesempatan barulah boleh up-date satu-satu dan cuma setkan publish datenya. Ini salah satu kek yang lama ingin dicuba. Terjumpa resepi dan cara penyediaannya yang agak mudah di FB, tapi bila saya cari balik linknya dah tak jumpa..huaaa. Saya cuma ingat cara nak assemble saja dan cara nak simpan kek tersebut supaya tak cair. Nampaknya kena taip sendirilah resepinya. Kek yang saya gunakan ialah kek span coklat. Aiskrimnya pula aiskrim Choc Toffee Bliss.

Kek Aiskrim
Olahan: Marsita
Bahan:

Sebiji kek span Coklat saiz 8 inci.
110g tepung superfine *
40g serbuk koko *
1sk baking powder * diayak
150g gula kastor (saya guna gula halus)
5 biji telur A
1sb ovalete
80ml air / susu cair (saya guna air)
80ml mentega cair / minyak masak (saya guna minyak masak)

Pukul telur + gula + ovalete + campuran tepung hingga kembang dan gebu
Masukkan air - pukul hingga adunan betul-betul ringan
Masukkan minyak,kaup balik dgn senduk hingga sebati
  Tuang adunan dlm loyang 8 yangg telah dilapik kertas
Bakar guna api bawah saja, selama 45 minit pada suhu 175C
Bila dah masak, keluarkan dari oven dan terbalikkan atas redai kek dlm 5 minit. Lepas itu keluarkan kek dan terlentangkan,biar hingga sejuk.

Bahan untuk melapis kek: 

250 Non UHT whip cream - pukul hingga kental
Sekotak Choc Toffee Bliss Icecream atau apa saja aiskrim yang digemari
Biskut Oreo secukupnya - dihancurkan - optional
Ganache coklat - optional

Cara melapis kek:-

Sediakan loyang 8 inci samaada loyang springform atau loosebase. Kalau tak ada, loyang biasa pun boleh tapi alas dengan plastik di bawahnya.  Bahagikan/potong kek kepada 3 lapisan. Letakkan lapisan pertama ke dalam loyang. Sapukan aiskrim di atasnya. Taburkan biskut oreo yang telah dihancurkan tadi. Letakkan lapisan kedua, ulangi proses di atas. Letakkan lapisan kek yang ketiga. (Lapisan atas sekali mesti lapisan kek ya). Masukkan kek ke dalam peti sejuk beku semalaman atau hingga aiskrim tersebut keras. Keluarkan kek dari loyang dengan mengikis sedikit dengan pisau.
Lepakan keseluruhan kek dengan whip cream, dan hiaskan mengikut kegemaran anda. Boleh juga tuang dengan coklat ganache di atasnya.

Kek harus disimpan dalam freezer dan keluarkan sebentar bila ingin dinikmati.

Selamat Mencuba!

3 comments:

  1. sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaa... ^_^

    ReplyDelete
  2. wow nampak sgt enak...klu ada demonya sekali alangkah bagusnya..

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS