Set Roti Canai Sempoi!

Monday, May 26, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Ini kali ke dua mencuba roti canai from scratch sekali dengan kawan-kawannya Kuah Dhal dan sambal tomeh macam yang kita makan kat kodai mamak tu. Kali pertama buat roti canai saya menggunakan resepi yang lain. Tapi tak berapa memuaskan hati, bukan salah resepi tu tapi salah cara menguli. Kali kedua ni saya gunakan resepi yang lebih kurang sama tapi teknik menguli yang berbeza. Kalau nak tahu terus aje ke resepinya di bawah sana.


 
Roti Canai
Sumber : Joayee Myresepi

Print Recipe


Bahan:
550 gm tepung gandum
*250 gm air
*1 egg-50gm
*3 Tbsp susu pekat manis-60gm
*1 tsp garam-6gm
*1 tsp butter/margerin-15gm
1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli

Cara:


Masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati
masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.
uli hingga jadi doh
rehatkan doh selama 10min
uli lagi selama 5min
**ulang step 4&5 sebanyak 3 kali.** Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)
advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine.
bentuk bulat2. produce 12-16 biji depending on the size. Sapu dgn majerin perap selama 3jam atau lebih. (saya perap dalam sedikit minyak masak) Dan boleh di kibar atau di tarik2.
*nb:jika tak habis kebar, bole simpan dalam fridge up to 2 day
*tips: terlebih uli, dought akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that's why process uli , rest, di ulang 3 kali.



Resepi kuah Dal ni pun resepi yang saya suka sebab bukan saja sedap bahkan mudah saja nak menyediakannya. Selalunya kalau cuma kami bertiga saja, saya buat separuh saja dari resepi di bawah. Terimakasih Irni atas resepinya, saya kongsikan di sini pula ya.
 
Kuah Dal Simple
Sumber : Irni Maizura:
(saya buat separuh dari resepi ini)
 
BAHAN UTAMA
1 MANGKUK KACANG DAL DIRENDAM SEMALAM..KEESOKAN HARINYA DICUCI N DITOS..
REBUS KACANG DAL SEHINGGA EMPOK

BAHAN2 A
2 BIJI BAWANG BESAR
4 BIJI BAWANG PUTIH
2 SUDU UDANG KERING
BAHAN2 DIATAS HARUSLAH DIKISAR HALUS

BAHAN B
5 BIJI LADA KERING DI KERAT 4 (DICUCI DAHULU)
1-2 TANGKAI DAUN KARI
1-2 SUDU BIJI SAWI
1SUDU JINTAN HALUS
GARAM SECUKUP RASA
GULA SEDIKIT
1-2 SUDU KECIL SERBUK KUNYIT. (IKUT KEKUNINGAN PANDAILAH AGAK2 OK)

BAHAN C
SEDIKIT KACANG PANJANG..(KALAU SUKA BOLEH LETAK) DIPOTONG SDANG2
CARA MEMBUATNYA
TUMIS BAHAN A SEHINGGA AGAK2 GARING SEDIKIT.PADAM KAN API MASUKAN
DAUN KARI

MASUKAN BAHAN2 TUMISAN KEDALAM PERIUK DAL YG DIREBUS TADI.
BILA KUAH SUDAH KERING MASUKAN AIR LAGI AIR..AGAK..JGN PEKAT2 DAL TU

MASUKAN LADA KERING, BIJI SAWI, SERBUK KUNYIT, GARAM SECUKUP RASA, SEDIKIT
GULA, JINTAN HALUS..MASAKAN SEHINGGA KUAH DAL TU SEDAP N SEMUA
CUKUP RASA.

LAST SEKALI MASUKAN KACANG PANJANG, HASIL KUAH TU MESTILAH CAIR2
SEDIKIT, JGN PEKAT2 SANGAT..
KUAH DAL TU MAKAN MESTI BERSAMA2 SAMBAL TUMIS BARU SODAP!!!
CECAH ROTI CANAI..KOMPOM ABANG SUKA..CAM KEDAI RASANYA..



  Ini pula resepi sambal tumis yang sejak saya cuba, terus terpikat. Bukan saja sedap malah mudah saja nak menyediakannya. Agaknya sebab itulah tuanpunya resepinya menamakannya Sambal Tumis Koboi.


Sambal Tomeh Koboi
Sumber : Zalina Yahaya
 
Bahan:A
3 ulas bawang besaq (lebih pun tak pa)
5 ulas bawang putih (lebih pun tak pa)

Bahan B:
3 sudu besaq cili bo (saya tak kosa nak rebuih cabai kering pastu nak mesin plak..tak kosa)
Tips:
saya guna cili bo cap Maz (bukan sebab senior vice presiden saya nama kak Mas yea..tapi sebab saya TERDENGAR perbualan tokey-tokey kedai nasik lemak masa saya tengah beli barang runcit. Depa kata cili bo cap Maz ni merah dia cantik. Maka saya pun beli.

Bahan C:
Asam jawa (sebesar teloq kuning gred A - rendam angan ayaq)

BahanD:
1 camca besar gula
1 camca teh garam
(tak cukup tambah laa)

Bahan E :
Ikan bilis

Cara:

1. Hiris bawang. Tak yah nak buat rajin nak guna blender.
2. Tomih bawang. Minyak banyak sket pun tak pa. Biaq layu sket
3. Boh cili bo
4. Tutup kuali. Kacau sekali sekali sampai bawang hancur. Api slow. Memang lama sket...klu boring, sila layan FB
5. Bila bawang dah hancoq, boh la ayaq asam. Kacau lagi sampai pecah minyak
6. Boh perasa. Boh ikan bilis. Siappppp

Emm, ketiga-tiga menu ni kalau digandingkan memang sedap...tapi tak boleh makan selalu ye..

Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS