Kek Lapis Pandan aka Pandan Layer Cake

Tuesday, April 01, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kali pertama mencuba kek lapis pandan ni. Buat separuh adunan saja. Tak ada masalah walaupun kali pertama mencuba sebab dah biasa buat Banana Choc Mousse Cake dan Mango Mousse Cake yang menggunakan teknik melapis yang lebih kurang sama.

Suka si bujang dengan kek ni sebab dia memang suka kek atau dessert yang ada kastad. HB pun suka sebab rasanya tak terlalu manis, sedang-sedang aje.  Resepi saya ambil dari blog Kak Nor. Saya kongsikan pula di sini.

Pandan Layer Cake
KEK SPAN PANDAN:
(saya buat separuh adunan dan bakar dalam loyang 7 inci)

Bahan-bahan:
 
150 gm tepung gandum- ayak
1 tsp baking powder- ayak
5 biji telur gred B
100 gm gula kastor
1 tsp ovallete
50 ml susu segar/ susu cair
1 tsp esen vanilla
Perisa pandan dan pewarna hijau
50 ml minyak masak

Cara-cara:
 
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali minyak masak.
Pukul dengan maksimum speed selama 15 minit atau hingga adunan berkrim.
Masukkan minyak masak dan kaup balik dengan spatula hingga sebati.
Gris dan alas loyang di dasar sahaja. Tuang adunan.
Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit dengan api atas dan bawah.
Setelah masak, sisipkan pisau atau spatula di tepi-tepi kek dan terbalikkan ke atas redai. Biar sejuk.


KASTAD PANDAN
(saya buat 3/4 adunan sebab bila melapis saya guna loyang 8 inci)

Bahan-bahan:


1200 ml santan atau susu cair (Naz selalu guna santan kotak)
1 cawan gula kastor
10 gm serbuk agar-agar
100 gm tepung Hoen Kwe warna putih/ warna hijau
Secubit garam
Perisa pandan dan pewarna hijau(kalau dah guna tepung Hoen Kwe yang bewarna hijau, pewarna hijau ni tak perlu)

Cara-cara:
 
Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat. Kacau guna whisk jer.
Bila dah likat, tutup api. Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek.
** Kalau guna santan, santan tu tak perlu likat sangat. Santan biasa jer.


CARA MELAPIS KEK KASTAD
 
Sedikan loyang. Lapik dasar loyang dengan plastik. Kalau tak nak lapik pun boleh juga.
Tuang sedikit kastad dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi.
Kemudian tuang sedikit kastad lagi dan ratakan. Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping bag. Pancitkan je kastad tu biar penuh di bahagian tepi-tepi kek.
Buat hingga habis kesemua lapisan kek dan kastad digunakan dengan bahagian atas sekali adalah lapisan kastad.
Kemudian hentak-hentak manja sikit loyang tu biar padat kastad tu. Then biar kastad keras.
Bila dah keras, tarik sikit kastad dari tepi-tepi loyang. Nanti nampak kastad akan meregang dari tepi-tepi loyang. Terbalikkan dan keluarkan loyang dari kek kastad.
Hias ikut suka. Naz selalu sapu kek dengan fresh cream (yang telah kental) atau sapu dengan pipping gel dan taburkan kelapa parut kering.
Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk.

Selamat Mencuba!

2 comments:

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS