Assalamualaikum & Salam Sejahtera, .
Kali ke tiga buat cream puff baru dapat bentuk dan rasa yang diidamkan.
Terimakasih Mas atas perkongsian tips dan resepinya. Lama dah bertanyakan pada Mas untuk tips nya, tapi hari ni baru mencuba. Memang akak ikut bulat-bulat resepinya. Tak ubah langsung. Cuma akak tambah sikit pewarna kuning pada custard fillings tu sebab warnanya pucat sangat. Alhamdulillah, puff nya menjadi, custard filling pun sedap, suami dan anak suka sangat. Tak sedar makan lepas sebiji, sebiji habis.
Izinkan akak kongsikan resepinya di sini pulak ya.
Cream Puff
Sumber: Mas Dapur Mas
Resepi Asal : Anna Qawina
Bahan
:
125 grm
butter
1 cawan air
(250ml) *boleh dicampur dengan susu segar jika mahu.
150 grm
tepung gandum *diayak bersama
1 sudu kecil
baking powder - Mas tambah
*diayak
bersama
1 sudu besar
gula kastor - Mas tambah
*diayak
bersama
secubit
garam
*diayak
bersama
4 biji telur
1 sdk esen
vanila
Cara
:
Satukan air
dan butter dalam periuk, panaskan sehingga mendidih
Masukkan
bahan2 kering yang di ayak.
Kacau cepat2
sehingga adunan tepung tak melekat didasar & sekeliling periuk.
Tutup api
dan masukkan ke dalam mixer.
Putar adunan
tepung tadi dengan kelajuan sederhana, sehingga adunan menjadi suam.
Masukkan
telur satu persatu, pecahkan telur, kocok2 dengan garfu kemudian masukkan ke
dalam mixer, dah sebati baru pecahkan sebiji lagi telur dan teruskan sehinggan
4 biji telur.
Masukkan
juga esen vanila.
Pukul adunan
dari speed medium kepada high speed, sehingga daunan kelihatan berkilat dan
pekat.
Alas loyang
dengan butter @ paper @ alum.foil, paipkan atau sudukan adunan puff tadi
mengikut saiz dan bentuk yang anda ingikan.
Buat
sehingga habis, spray @ sapu atau renjis2kan puff dengan air supaya puff naik
dengan cantik.
Bakar
didalam oven dengan suhu 200'C selama 20 - 25 minit api atas bawah (bergantung
kpd jenis oven anda dan juga saiz puff) (makin kecil puff makin pendek masa
membakar)
"On"
kipas oven jika ada.
Puff yang
menjadi akan ringan dan berongga didalam, ketepikan untuk diisi dengan inti
pilihan.
Resepi
Filling Kastard
Sumber
: Kak Ida & Tun Telani
Bahan2:
(
Mas buat 2 1/2 adunan filling kastard tuk 1 adunan cream puff tu )
2 camca
besar tepung kastard
2 camca
besar gula kastor
1 1/3 cawan
susu segar
30 gram
mentega (kurang lebih 2 camca teh)
2 camca teh
esen vanilla
Cara:
Satukan
semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla.
Kacau rata
dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat.
Padam api,
tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
*Kami suka
resepi ni kalau untuk makan-makan kat rumah, lembut dan manis sedang2 aje.
Cara
menyediakan Cream Puff
Gunting atau
potong sedikit jangan putus puff tu.
paipkan inti
kastard yang dah sejuk kedalam rongga puff
Tabur snow
powder diatasnya.
Jemput
makaaannn..
Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas komen yang segar