Carrot Cake

Tuesday, April 15, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Selalu buat Kek Lobak Merah aka Carrot Cake untuk jualan saja yang menggunakan resepi yang lain. Kali ni mencuba pula resepi yang satu ini yang belum pernah dicuba sebelum ni sementalahan ada lobak berbaki 2 biji dan tak tahu apa nak buat dan kebetulan pula ada setin nenas yang saya beli belum digunakan kerana resepi ini menggunakan nenas. Selepas menyudahkan order saya pun terus buat kek ini untuk di frosting kan esok paginya. Untuk frostingnya pula saya menggunakan resepi cream cheese + whip cream yang biasa saya guna tu lah. Resepi keknya saya skodeng dari blog
Dari Dapur Nuanza kepunyaan Norshalieda yang sekarang ini tentunya sedang berdebar bercampur gembira  menanti kelahiran anak sulungnya tak lama lagi. Semoga dipermudahkan urusannya ya. Izinkan akak kongsikan resepinya disini pula.


Carrot Cake

Bahan:
200g carrot diparut (lebih kurang 2 batang carrot)
250g tepung gandum
200g gula perang (yg jenis lembut dan halus)
200g minyak jagung - saya guna butter cair
70 g wlnut - bakar dan cincang - saya letak almond cincang
 70 g kismis hitam - cincang kasar
4 bj telur gred A
150 g nenas dalam tin - cincang sehalus yg boleh
2 sdt baking powder
1 sdt soda bikarbonat
secubit serbuk kulit kayu manis - (opt) , saya letak 1 sdt

Cara:
Ayak tepung, baking powder,soda bikarbonat dan serbuk kulit kayu manis. Ketepikan. Pukul gula dan telur hingga kembang.
 Masukkan minyak jagung/butter cair, pukul lagi hingga sebati.
Perlahankan mixer dan masukkan campuran tepung tadi. Masukkan dan kaup balik lobak merah, nenas, kismis dan kacang kalau letak. Bakar pada suhu 180 C selama 50-60 minit atau hingga masak. (Saya bahagikan adunan kepada dua loyang dan bakar selamat 45 minit). Sejukkan kek atas redai sebelum dihias ikut citarasa.

Cream Cheese Frosting

Bahan : 
500 grm whipping cream
 250 grm cream Cheese
 60 grm gula icing
 110 grm butter
 2 titik lemon paste

Cara : 
Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim. Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan. Boleh digunakan untuk menghias kek anda.

Macamana rasa kek carrot yang ada nenas ni? Ha ha, saya pun tak pasti sebab yang saya buat ni telah saya jual ke customer hu hu...nampak gayanya kenalah buat lagi untuk rasa sendiri.

Selamat Mencuba!

1 comment:

  1. salam kak..

    em, sedapnya..teringin pula nak makan..dah lama x buat carrot cake ni..huhu..

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS