Famous Amos Chocholate Chip Cookies

Monday, February 03, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,  

Apa khabar semua, dah pun masuk bulan ke dua 2014. Pantas betul jarum jam berputar.
 Hari ni nak kongsi resepi kukis yang rangup dan enak ini yang resepinya saya ambil daripada Allrecipes. Saya kongsikan di sini untuk rujukan. Untuk resepi dari barat ini seperti biasa saya akan kurangkan sedikit gula, tapi terpulang pada citarasa masing-masing kalau sukakan yang manis.


Famous Amos Chocholate Chip Cookies
Sumber : AllRecipes
Bahan:

1 cawan gula ( saya kurangkan setengah)
 1 cawan gula perang
1 cawan butter @ 225 g
1 cawan minyak sayuran @ minyak masak
1 bj telur (A)
1 sb susu segar/susu penuh krim
4 cawan tepung gandum * ayak bersama
1 sdt garam *
1 sdt cream of tartar *
1 sdt baking soda *
1 sdt vanilla essen
1/2 cawan kacang walnut (panggang sekejap & cincang kasar)
2 cawan choc chips (saya letak 1 cwn)
1 cawan quaker oat - panggang sekejap (saya tambah)

Cara:

Pukul menggunakan mixer, gula, butter, minyak, telur dan essen vanilla hingga kembang
Masukkan bahan bertanda *, kaup balik hingga sebati sahaja. Masukkan pula kacang, coklat chip & quaker oat dan gaul sebati.
Sudukan (sesudu kecil) ke atas pan (jangan di griskan). Bakar selama 8-12 minit pada suhu 170 Celcius (bergantung pada oven masing-masing), saya bakar selama 20 minit pada 170 C.


 

Selamat Mencuba!

4 comments:

  1. Lama x mengukis n baking2...huhuhu...

    ReplyDelete
  2. wah tercium bau wangi kukis lah Mar heheee minta sekeping dua peneman kopi bujang ni heee

    ReplyDelete
  3. Menarik sangat...nice sharing. InsyaAllah nak try juga nanti. :)

    ReplyDelete
  4. aaa yg ni mmg best giler !

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS