Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Ermm, hampir sebulan gak tak up-date blog ni. Ke..M. S..an melanda :). Buka FB pagi ni, tergoda dek Tart Kentang dalam blog Zila ni. Apatah lagi segala bahan-bahan yang diperlukan ada tersedia. Apa lagi kita layan pulak resepi ni. Tart ni sesuai untuk "snack" atau bak kata Zila kalau dah jemu makan nasi boleh juga diganti dengan tart ni sebab ianya agak mengenyangkan juga.
Sumber dari Ayu (lama gak tak jengah blog Ayu), saya kongsi di sini pula.
Tart Kentang
Sumber: Ayu Curlybabe's
Rujukan: Zila Forever
Bahan:
5 biji kentang - dikupas, basuh bersih dan diparut halus
1 biji karot di kupas dibasuh dan diparut halus
1/2 biji bawang besar juga diparut
Sedikit potongan daun bawang
2 batang crab stick dipotong kecil
1/4 cawan susu segar
3 biji telur
1 packet mozzarella cheese
garam dan serbuk ladaputih secukup rasa
2 sudu besar tepung jagung
Cara:
Campurkan parutan kentang ,carrot dan bawang besar dalam
satu bekas. Perah keluar airnya sebanyak yang boleh.
Susu dipukul bersama telur dan tuangkan kedalam campuran
kentang tadi. Kacau rata. Masukkan daun bawang isi ketam dan segenggam penuh
cheese dan gaul sebati..
Sapukan butter atau minyak masak sekeliling muffin pan.
Masukkan sesudu besar adunan (atau hampir penuh) ke dalam acuan dan letakkan
sedikit cheese diatasnya.
Bakar dgn kepanasan 190C selama lebih kurang 20 minit
atau sampai cheese bertukar keperangan.
Sedap dihidang bersama sos pilihan atau makan begitu
sahaja.
Selamat Mencuba!
Assalam
ReplyDeleteTart kentang Td nmpk di blog zila
Sedappp nenyoknya, kena try ni
wow.. sedap sangat kentang wat camni.. siap tabur cheese atas tu lagi best.. pergh.. terliur aihhh..
ReplyDeleteOh... samalah dgn N3 Zila. Kakak juga yg jadi tukang tengok tart kentang org buat.
ReplyDeleteSendiri punya entah bilalah agaknya nak jadi macam ini.
Mar, akak pun teruja pagi tadi tapi sbb banyak kerja tak sempat nak buat, esuk lusa pasti nak makan gak macam ni hahaha cepat sungguh kan
ReplyDelete