Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Baru-baru ni mencuba Roti Naik Pahang resepi Tok Mak Di Sini. Hari ni mood meroti sudah mari lagi walaupun cuaca agak mendung dari pagi. Tapi kali ni saya mencuba resepi dari Liza Othman pula, seorang pengusaha roti secara online yang terkenal di Johor Bharu. Izinkan saya kongsikan resepinya di sini pula. Semoga rezeki Liza bertambah dan perniagaan berkembang maju ya.
Roti
Naik Liza Othman
Bahan:
1 biji telur
campurkan dengan air sejuk,jadikan jumlahnya 265ml/gm
500gm tepung
roti (400gm tepung roti + 100gm tpng gandum pun boleh) - saya guna tepung gandum sahaja
40gm susu
tepung
100gm gula
kastor
11gm yis atau
sepeket yis
80gm
marjerin@butter
1 sudu kecil
bread softener
1 sudu kecil
bread improver
Cara-cara (Kaedah Breadmaker):
Masukkan semua bahan ke dalam
breadmaker mengikut urutan bahan basah kemudian bahan kering.
Pilih setting DOUGH dan biarkan menguli
sehingga siap. Biarkan doh naik kembang lebih kurang 1 1/2jam atau lebih
kemudian uli semula. Tumbuk-tumbukkan untuk mengeluarkan angin.
Bahagikan bulat2 kecil lebih kurang
50gm setiap satu kemudian susun ke dalam loyang yang telah digris dgn marjerin
dan tepung. Biarkan naik sekali ganda lagi. Gliss roti dngn susu tepung yg di
bancuh dngn sedikit air di permukaannya.
Jika suka taburkan gula kasar dan bakar
suhu 180 selama 25-30min atau sehingga masak.
Sejurus keluar dari oven, sapukan
permukaan roti dengan butter@marjerin dan sejukkan di atas redai.
Nota:
Saya campurkan semua bahan, uli sebentar dengan tangan dan kemudian uli dengan menggunakan mixer selama setengah jam atau sehingga doh elastik, perapkan selama 1 1/2 jam dan uli semula sebelum membentuk kepada saiz yang dikehendaki.
Dari resepi ni, saya buat Bun Manis Berkeju, Pizza saiz 9 inci, 4 biji Bun Berkeju dan 4 biji Cheesy HotDog Bun yang ada cream cheese
di dalamnya. Semuanya sedap-sedap belaka. Bun tu terlebih garing pulak
sebab giliran bakar yang paling akhir dan oven pun mungkin dah terlalu
panas agaknya.
Tak rugi mencuba resepi ni.
Selamat Mencuba!
tq share nampak best sgt ni !
ReplyDelete