Strawberry-Orange Snow Cheese - yummy ke? Memang lah yummy...

Tuesday, September 24, 2013


 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Memang mencabar betul nak meluangkan masa mengup-date di sini. Tapi kalau tak diluangkan masa, alamat bersawang lah kan. Ngee, nak cakap bebanyak pun tak leh sangat...nun kat office tu banyak lagi tugasan menanti. Kalau boleh petik jari semua siap kan syiokkk.


Resepi yang nak di kongsi kali ni Strawberry-Orange Snow Cheese Cake tapi nama glamer dia kat pasaran yang saya berikan Strawberry-Orange Cheezy Wheezy. Ianya gabungan kek span strawberry dan kek orange moist & gebu dan dilapisi dengan cream cheese  yang lebih creamy lepas tu dihujani dengan parutan cheddar cheese, wallahhh...Oops lupa lak, ada gak sedikit strawberry dan orange fillings. Barulah....walawei...Kalau dapat makan memang tak hengat...:)


Untuk resepi kek span strawberry saya perolehi dari Myresepi sumbangan Rahel. Izinkan saya share disini pulak ya. Untuk kek orange, saya menggunakan resepi dari koleksi buku nota  saya tapi kurang pasti sumbernya.

Kek Span Strawberi 

Sumber: Rahel

Print Recipe 

Bahan-bahan ( untuk 6 orang )

120g tepung supefine (tpg kek pun boleh)
90g gula pasir
55ml minyak jagung
50ml santan pekat
3 biji telur L
1/2 sb ovallet
1/2 st baking powder
1 st emulco strawberi

Cara-cara

panaskan oven 160'c,griskan acuan dg mentega,alas dasar acuan dg baking paper,tabur sedikit tepung di tepi acuan.
satukan gula,ovallet,tepung superfine,telur,santan dalam mangkuk,pukul sehingga pekat dan gebu selama 5 minit.
perlahankan mixer,masukkan emulco strawberi,pukul rata sebentar.
masukkan minyak,gaul rata.
tuang ke dlm acuan,bakar selama 45 minit.
pesan:klu nak warna kek terang boleh beri sedikit pewarna merah jambu.


Orange Cake
Bahan:-
1 biji buah oren
1 cwn minyak
2 cwn gula halus
3 biji telur
2 cwn tepung gandum*(diayak)
1 sudu besar baking powder*(diayak)

Cara:-
Oren dipotong,buang biji dan urat2 putih ditengah2...
Potong oren kecil.
Masukkan dalam blender bersama minyak,gula dan telur..
Kisar sehingga halus..
Tuangkan bahan2 kisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan kacau sebati..
Tuangkan kedalam loyang yg sudah dilengser dgn minyak
Bakar pada suhu 170'c selama 40 minit hingga 1 jam atau hingga masak..bergantng pada oven masing2.
Untuk lapisan Cream Cheese
500 grm whipping cream
250 grm cream Cheese - brand Phillidephia
½ cwn susu pekat manis
¼ cawan susu penuh krim/susu cair

Pukul whip cream hingga kental. Ketepikan.
Dalam mangkuk lain, pukul cream cheese hingga berkrim, campurkan susu pekat dan susu cair, pukul lagi hingga likat.
Satukan campuran susu & krim keju dan whip krim dan gaul hingga sebati atau gaul menggunakan mixer dgn kelajuan perlahan.

Strawberry Filling & Orange fillings tu saya beli yang siap aje dari bakery.

Cara nak melapis mudah aje, letak orange kek untuk lapisan pertama, sapukan orange fillings, sudukan cream cheese secukupnya. Letak pula lapisan kek strawberi, sapukan pula strawberry fillings diikuti cream cheese. Akhir sekali parutkan cheddar cheese. Sejukkan dulu baru sedap dinikmati.
  

Wassalam...


6 comments:

  1. perhhh..mabelessss abisssss nengoknya...tergodaaaaa

    ReplyDelete
  2. nmpk mcm sedap..hehe
    terliur lak

    ReplyDelete
  3. ohlala ... yummy ni. makan sejuk-sejuk!

    ReplyDelete
  4. meleleh kak sy tengok...uiii sedapnye

    ReplyDelete
  5. Wow! mamamia.... yummy! yummy! mabelesss....

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS