Snow Cheese Cake

Wednesday, September 18, 2013




Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Agak lama gak rasanya tak up-date resepi kat cni. Bukan tak berminat nak mencuba resepi baru untuk ditayangkan di ruang kesayangan hamba ni tapi setiap kali nak mencuba resepi baru ada je halangannya.  

Tapi petang ni memang niat nak curi masa sikit untuk bersantai di sini sementara menunggu waktu nak masak untuk santapan malam sebentar lagi.

Resepi kali ini boleh dikatakan dah "basi" dah...cuma saya aje baru nak mencubanya. Biasalah, kalau mencuba resepi baru, mesti ada halangan dan rintangan...ada juga kadang-kadang  hasilannya tak menjadi dan terpaksa di lontarkan ke tempat pelupusan he he. Kali pertama mencuba memang tak menepati tapi masih boleh dimamam. Alhamdulillah..berkat rajin bertanya dengan rakan blogger, syukur cubaan kali ke dua berjaya. Dan kini kek ini menjadi salah satu produk jualan on9 di Mintroom di sekitar Ipoh.

Saya ingin merakamkan jutaan terimakasih pada Mas rakan alamaya yang tak pernah lokek dengan tips dan perkongsian setiap kali saya ada sebarang kemusykilan. Walau sesibuk manapun dia, tetap melayan pertanyaan yang bertalu-talu dari saya. Semoga rezeki Mas bertambah dan lebih maju dalam peniagaan. Luv u Mas...muahhh. Izinkan  akak share resepi nya di sini ya.


Snow Cheesecake

Bahan


Sumber: Mas


6 biji telur ayam ( buang 2 putih telurnya )
100 gram gula halus @ ½ cwn
100 gram @ 2/3 cwn tepung hong kong ( blue key superfine boleh juga ) - saya guna self raising flour
60 gram tepung jagung  ( maizena ) @ ½ cwn
50 gram air sejuk  ( dari peti ais )
1 sudu teh baking powder -  saya ommit
2 sudu makan ovelette
75 gram mentega  ( dicairkan ) @ 5 TBS @ 1/3 cwn
1 sdt esen vanilla
  
Untuk Krim
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis - letak sekadar manis pada selera

** ( satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul )

Untuk Topping
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)

** Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan

Cara:

Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.
Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150°C. ( * izah  bakar kek menggunakan kaedah waterbath ).
** Diana pula bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan bakar menggunakan api atas dan bawah.
Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian. ( * izah potong kek  menggunakan benang ).
Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
Masukkan dalam peti ais dalam 1 - 2 jam. Lepas tu baru potong.


Walawei..., kek ni memang sempoi dan superb...tapi awas, jangan makan berlebihan nanti bertambah lagi lemak yang dah sedia berkepal-kepal kat sekeliling pinggang tu :).

Okay...hingga jumpa lagi...

Untuk tempahan sila hubungi 019-4400205 Marsita.

Wassalam...


5 comments:

  1. Alhamdulillah....
    Bertambah produk akak.
    Moga terus maju jaya yerk kak..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah....
    Bertambah produk akak.
    Moga terus maju jaya yerk kak..

    ReplyDelete
  3. rajinnyer membaking, nampak sedap sgt tu !

    ReplyDelete
  4. dah lama tak makan kek yg sdap ni..kak,harap biz terus berkembang...

    ReplyDelete
  5. menarik dan nnpk sedap..
    mesti kalau mkn tak cukup sepotong tuu..

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS