Red Velvet Cake buat Mak

Thursday, May 30, 2013



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Alamak dah berabuk balik blog ni :) Cuaca panas ni memang cepat aje pegang habuk. Tambahan lagi sejak kemalasan nak berblog ni. Jadilah kan...seminggu sekali daripada tak ada langsung.

Sejak pertama kali mencuba RVC Di Sini, ini kali ke 4 sebenarnya saya buat kek ni. Kali kedua resepi dari Hana Memories dan yang ketiga resepi yang sama juga cuma saya letak white chocolate mousse filling dan cream cheese topping (tapi saya tak snap photonya).  Bukan apa anak dan my HB suka akan rasa dan tekstur. Rasanya keknya yang manis campur pulak rasa masam dari campuran keju jadi tak lah muak sangat makan walaupun kek ni bagi saya agak berat jugak.

Seminggu selepas PRU13 yang lepas, cik HB ajak balik kampung sebab nak hadiahkan mak kerusi roda yang baru. Kerusi roda yang lama tu dah rosak tayarnya dan tak boleh dibaiki dah.  Kebetulan pulak saya ada stok yang tersedia untuk buat RVC jadi saya cadang kat HB nak buat RVC buat mak. Tapi RVC kali ni saya buat tiga layer  dengan filling buttercream frosting. Luarnya saya salut dengan cream cheese topping.  Resepi kek nya pula saya ambil dari Facebook (tapi lupa nak copy link dia). Saya buat 2 adunan dari resepi ni jadi dapat 2 biji kek yang saya potong 2 tiap satu. Kepingan ke 4 tu saya buatkan serbuk untuk hiasan dan simpan bakinya yang kemudiannya saya buat Cake in a Cup pulak:).


Red Velvet Cake
 ( Print Resepi )


Bahan A:
240 ml susu cair
2 sudu teh cuka
3 sudu teh pewarna merah

Bahan B:
250 gram tepung kek
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar serbuk koko

Bahan C:
2 sudu teh cuka
1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan D:
150 gram mentega *
280 gram gula castor *
1 sudu teh esen vanilla *
3 biji telur gred C

Cara:
Satukan semua bahan A, ketepikan.
 Satukan semua bahan B, kemudian ayak dan ketepikan.
Campur kesemua bahan D yang bertanda (*), pukul sehingga
kembang.
  Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga kembang.
Masukkan bahan B ke dalam bancuhan kemudian selang
selikan dengan bahan A. Pukul sehingga sebati kesemua

bahan.
 Di dalam mangkuk yang lain, satukan bahan C dan tunggu
sehingga bunyi berdesing hilang. masukkan bahan C ke dalam
bancuhan kemudian pukul sehingga sebati.
Bakar di dalam suhu 160C menggunakan api atas bawah
dalam 20 minit atau sehingga masak.

Butter Cream Frosting
Sumber: Savory Sweet Life


Ingredients:
1 cup unsalted butter (2 sticks or ½ pound), softened (but not melted!) Ideal texture should be like ice cream.
3-4 cups confectioners (powdered) sugar, SIFTED
¼ teaspoon table salt
1 tablespoon vanilla extract
up to 4 tablespoons milk or heavy cream
Instructions:
Beat butter for a few minutes with a mixer with the paddle attachment on medium speed. Add 3 cups of powdered sugar and turn your mixer on the lowest speed (so the sugar doesn’t blow everywhere) until the sugar has been incorporated with the butter. Increase mixer speed to medium and add vanilla extract, salt, and 2 tablespoons of milk/cream and beat for 3 minutes. If your frosting needs a more stiff consistency, add remaining sugar. If your frosting needs to be thinned out, add remaining milk 1 tablespoons at a time.

Cream Cheese Topping

Bahan:
300 ml non diary whipping cream
250 gram Philepdalphia Cream Cheese - saya guna Tatura
250 gram Mascarpone (jika tiada, abaikan) - saya tak letak
50 gram Mentega
1 cawan gula aising (saya kurangkan kepada 1/2 cawan)

Cara:
Putar whipping cream sehingga 'soft peak' (kental).
Maksudnya, bila anda tunggangkan whipping cream tersebut,
ianya tidak jatuh dari mangkuk.

 Di dalam mangkuk yang berlainan, putar cream cheese,
mascarpone cheese, mentega dan gula sehingga kembang.

  Campurkan kedua-dua bahan dan putar sehingga sebati. Sedia
untuk disapu di atas kek.


Happy betul mak dapat kerusi roda yang baru sampai menangis teresak-esak. Lepas tu kami main suap-suap kek pulak. Kek ni pun tak panjang usianya...petang tu habis semuanya kena bedal sampai ada yang nak order pulak untuk birthday anak dia nanti:)
Alhamdulillah...

Wassalam...

13 comments:

  1. terasa sebak membacanya.berbaktilah pada mak selagi hayat masih ada.sedapnya RVC tu.tau makan tapi tatau nak buat .

    ReplyDelete
  2. sayang maaak.. sedap kek tuuu :)

    ReplyDelete
  3. Woweee... sedapnya kek....

    ReplyDelete
  4. Terharu mori tengok gambar tu.. Marsita...

    ReplyDelete
  5. assalam Mar
    selamat kembali
    alhamdulillah mesti mak gembira
    ahad lepas kita pun wat RV cup cake
    sedap kek ni kan

    ReplyDelete
  6. salam kakmar,
    mesti mak happy, senyum sampai ke telinga. kek pun sedap tu.

    ReplyDelete
  7. salam..

    rvc kek memang sedap dan sangat sesuai diberikan pada orang2 yang tersayang..

    ReplyDelete
  8. saya pun tercuit lagi nak buat rvc dari pelbagai resepi..tunggu masa je...selagi ibu masih ada,mudah2an kita dapat berbakti dengannya..

    ReplyDelete
  9. Mak mesti suka kek tu kan?

    ReplyDelete
  10. Assalam marsita,
    waduh red velvet cake ita tu nampak sungguh sedap..
    dah lama tak buat since the last time kita buat untuk
    my girl tapi ditukarkan ke rainbow velvet cake..my mum
    pun suka kek ni sebab ada masam2 manisnya tu..kalau
    cake2 yang lain jangan ler harap tak sentuh ler
    kalau coklat baru dia makan..hehehe

    ReplyDelete
  11. HWAAA... KAK MAR TINGAT MAK SAYA BILA TENGOK GAMBAR2 KAT ATAS TU... SAYA PUN NAK TUMPANG GAK LE.... SAYANG MAK KETAT-KETAT...

    ReplyDelete
  12. suka jugak dengan red valvet cake..tp lately malas sangat nak ke dapur

    ReplyDelete
  13. mesti mak akak terharu dan hppy..teringat kat mak QH tika ni..huhu

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS