Peach Cake , kini kembali.....

Wednesday, May 22, 2013


 
Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Bacakkkk....! Bertemu kembali setelah hampir 2 bulan berehat dari berblogging. Bukan rehat dari masak atau baking tau...malah sejak berehat ni makin banyak lak buat kek tapi kek yang kebanyakannya dah biasa dibuatlah. Rindunya kat teman semua. Apa khabar?  Semuga sihat hendaknya ya dan sentiasa berada di dalam keberkatanNya, In Sha Allah....

Ingatkan nak cuti panjang lagi hingga lepas raya...tapi rasanya dah rindu benar ngan blog ni. Lagi pun lagi lama dibiar lagi banyak sawangnya lagi penat lak nak mencucinya:). Lagipun anak sedara yang tinggal di Penang datang baru-baru ni bertanya kenapa  saya lama tak up-date blog.  Dia suka tengok blog ni rupanya. Katanya lagi, nanti dia dah kawin boleh rujuk resepi dari blog saya. Oooh, terharu rasanya. Tapi lepas tu hampir saya terus tak up-date sebab blog ni ada masalah tak boleh nak log in. Rupanya kena remove "cookies" puas jugak tanya makcik Google cara nak remove "cookies" tu akhirnya setelah 3x mencuba baru boleh. Nak komen blog kawan2 pun komen kat FB aje masa tu. Sekarang semua ok dah...lega...


Oops, kek ni dah lebih 2 minggu usianya...sebelum PRU13 lagi saya buat. Jadi dah arwahlah ya. Ada juga teman2 yang dah tengok kat FB saya. Kami sekeluarga memang suka kek ni dan saya dah 3x buat sebenarnya. Kek ni kalau dimakan dengan sugar syrup memang sedap & yummy. Resepi asalnya guna buah peach tapi sebab susah nak dapat saya guna "can peach" aje. Saya ubah-suai sikit dari resepi asalnya.

Peach Cake

Ingredients:

4 eggs
2 cups granulated sugar
1 cup vegetable oil
3 cups all-purpose flour
1 teaspoon salt
1 tablespoon baking powder
1/4 cup orange juice - saya guna peach juice
2 teaspoons vanilla extract
2 cups sliced fresh or frozen peaches
1/2 cup chopped pecans, optional - saya tak letak
1/4 cup granulated sugar
2 teaspoons cinnamon - saya tak letak
powdered sugar - saya letak sugar syrup ( didihkan 1 C air + 1 C gula sampai pekat sikit + daun pudina & jus lemon )

Preparation:

Preheat oven to 350°. Beat eggs well; add 2 cups sugar and the oil, beating until well blended. Combine flour, salt, and baking powder; beat into egg and oil mixture alternating with orange juice. Blend in the vanilla extract. In a separate bowl, toss the sliced peaches (and pecans, if using) with 1/4 cup sugar and the cinnamon. Pour about one-third of the batter into a greased, and floured tube pan. Layer one-half peach mixture over it. Cover with another one-third of batter and the remaining peach mixture. Spread remaining batter over the last layer. Bake at 350° for 60 minutes, or until a wooden pick or cake tester inserted in center comes out clean. Cool cake 10 minutes in pan; turn out onto a wire rack. Sprinkle with powdered sugar.



Okay... sampai sini dulu...mungkin n3 pun tak segalak dulu tapi tetap akan up-date walaupun sebulan sekali...

Wassalam...
 

21 comments:

  1. Hi Mas! Welcome back! Dah puas rehat? Ke tak cukup lagi? :) Bestlah peach cake ni. I suka canned peach dengan vanilla ice-cream. Kalau kek ni pekena dengan ice-cream pun best juge. Tapi I dah kena start diet lah. Badan dah kembang nih hik..hik...hik...(nangis) :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi maam, tak cukup lagilah rehat tapi rindu punya pasal...kuteruskan juga:)

      Delete
  2. Hi Marsita, good to see you back in action. Your peach cake look really good, very nice texture. Well done. Thanks for sharing the delicious recipe.

    Have a nice day.

    ReplyDelete
  3. Wow! kat rumah ada stok buah peach 1 tin... boleh try ni... mengancam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. traii kak G sedap...makan ngan aiskrim pun okay gak:)

      Delete
  4. menguda je kek tu,x pernah buat lagi ke cam gini..nnti lh terai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi hi sedap Sury...traii..mmg tak rugi:)

      Delete
  5. salam kak..sedapnya tgk peach cake akak ni...naper kak x bloging...malas nak taip ka....=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Fizah...terimakasih..bukan taknak blogging...cuma nak rehat sementara aje..:)

      Delete
  6. salam kak.... peach kek ni nampak sangat sedap...

    ReplyDelete
  7. salam kak..mmg terasa lama akak menyepi, 2 bulan jugak rupanya kan....kek ni nampak moist sesangat, mesti sedap mamam..

    ReplyDelete
  8. hi hi kjp jer 2 bulan kan...yup kek ni mmg sedap..berkali2 dah akk buat.

    ReplyDelete
  9. Salam mar...wahhhh sedapnya peach cake..kat umah ni ada setin buah pic yg belum terusik..melihat cake mar ni buat mieza terliurrrr....nnt nak try test resepi ni...mintak izin kopipes resepi ye mar..
    Mar..mieza sebenarnya terlepas mhi tu...tak tegk pon..terpaksa tgk kat tonton.com je...alhamdulillah...rezeki dari Allah...

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS