RVC aka Red Velvet Cake

Monday, February 25, 2013




Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Apa khabar teman semua? Sihat hendaknya. Saya pun Alhamdulillah sihat aje. Ha ha...orang dah lama buat RVC ni saya baru nak meneraaaiiii. Hebat sangat ke RVC ni sampai tersebar luas seantero dunia namanya dan menjadi hidangan di banyak restoren-restoren terkemuka. Kalau tengok resepinya biasa-biasa saja kan? Lalu saya tertarik untuk menyelongkar asal-usul RVC dan bagaimana ianya mula tersebar dengan sangat meluas. 

Menurut paparan makcik yang agak kamcing dengan saya iaitu tak lain tak bukan, the one and only Aunt Googley:), RVC memang dah ujud dalam jangkamasa yang agak lama iaitu sejak Perang Dunia ke-2 atau di zaman kemelesetan ekonomi dunia lagi. Wah lama dah rupanya. Pada masa itu kek ni menjadi hidangan buat para tentera. Tapi sebab zaman ekonomi meleset, waktu tu warna merah tu bukan guna coloring macam sekarang. Dia orang guna "beet root"@ ubi merah. Kek ini kemudian dibawa ke Amerika dan pertama kali diperkenalkan pada tahun 1972 di The Waldorf Astoria Hotel yang terletak di New York. Dari situ kek ini sangat terkenal dan menjadi makanan "trade mark" hotel itu sehingga kini. 

 

Pada tahun 1989, sebuah filem drama-komedi "Steel Magnolias" dari lakonan mantap  Sally Field, Shirley MacLaine, Olympia Dukakis, Dolly Parton, Daryl Hannah dan Julia Roberts mula ditayangkan. Dalam filem yang laris itu, dipaparkan pengantin lelaki mempersembahkan red velvet cake untuk pengantin wanita. Dari filem ini jugalah Red velvet cake telah dikatakan menjadi terkenal ke seluruh dunia.

Macam ni lah bentuk RVC dalam filem tu. Macam rupa sejenis haiwan.
Di Indonesia, red velvet mula popular di tahun 2011. Awalnya kek ini hanya dijual di kota besar. Tetapi, sekarang sudah ada di mana-mana. Rasanya kek ni mula terkenal di Malaysia dalam lingkungan tahun yang sama jugak kot. Ha, itulah dia cerita asal usul RVC.

Hebatkan penangan RVC ni walaupun resepinya bagi saya biasa-biasa saja. Ada yang mengatakan kehebatannya juga adalah dari warnanya yang merah garang tu dan juga dari rasa kek itu sendiri yang lembut seperti baldu serta namanya Velvet atau baldu yang selalunya melambangkan kelas yang tinggi.

Okay..., panjang celoteh saya pasal RVC. Nak cerita RVC yang saya buat ni agak momot sikit..Tu yang ada adegan cover line  yang saya tabur serbuk RVC keh! keh!.

Tentang resepi pulak...ni lagi satu...pening saya tengok Aunt Googlie punya list of recipe. Tak tahu mana satu nak pilih. Apa-apapun setelah diselongkar resepinya rumusannya, ia boleh dikategorikan kepada yang guna samaada butter atau minyak. Itu aje. Bahan lain tu semuanya sama. Frostingnya pulak samaada cream cheese atau pun buttercream frosting. Jadi tak payah fening-fening. Saya pun cuba dulu resepi yang tak guna butter dari Kak Martha Stewart ni.
Frosting nya pulak saya guna cream cheese frosting resepi dari Jamie.


RVC aka Red Velvet Cake
( Print resepi)

Ingredients:


Unsalted butter, for cake pans
2 1/2 cups cake flour, not self-rising
1 teaspoon salt
1/4 cup cocoa powder
1 1/2 cups sugar
1 1/2 cups canola oil
2 large eggs
1/4 cup red food coloring
1 teaspoon pure vanilla extract
1 cup buttermilk
1 1/2 teaspoons baking soda
2 teaspoons white vinegar 

Directions:

Heat oven to 350 degrees. Generously butter two 9-by-2-inch round cake pans. Sprinkle with flour, and tap out the excess; set aside. In a medium bowl, whisk cake flour, salt, and cocoa; set aside.
In the bowl of an electric mixer fitted with the paddle attachment, combine the sugar and oil, and beat on medium speed until well combined. Add eggs, one at a time, beating well after each addition. Add food coloring and vanilla, and beat until well combined. Add flour mixture, alternating with buttermilk, scraping the sides of the bowl with a rubber spatula as needed.
In a small bowl, mix baking soda and vinegar until combined. Add to batter, and beat for 10 seconds. Evenly divide batter between the prepared pans.
Bake until a cake tester inserted in the center of each cake comes out clean, 30 to 35 minutes. Transfer to a wire rack to cool in the pans for 5 minutes. Remove from the pans, and return to the rack to cool completely. 

Cook's Note:

If you want your cake to be even redder, increase the food coloring by one to three tablespoons. 


For the Cream Cheese Frosting 

8 ounces cream cheese, softened to room temperature
3 tablespoons butter, softened to room temperature
1 pound confectioners’ sugar (about 3 ¾ cups), sifted
2 teaspoons clear vanilla extract*

Directions:

In a the bowl of a stand mixer fitted with the paddle attachment, cream together cream cheese and butter until well combined.
With the mixer on low, gradually add the confectioners’ sugar until thoroughly incorporated and smooth. Add vanilla and mix to combine.


Antara yang paling di risaukan ialah kalau-kalau kek  tak cukup merah atau kalau merahnya tak sekata. Ada yang mencampurkan pewarna tu dengan serbuk koko untuk mendapatkan merah yang sekata. Emm, mungkin juga. Lain kali boleh cuba. Tapi RVC yang saya buat ni dah cukup merah rasanya yerk?

Okay jumpa lagi, Wassalam...

15 comments:

  1. Pnjng lebar asal usul rvc...bru sy tau....:-)

    Da ckup merahnya tu kak....garang warnanya....hehe...

    ReplyDelete
  2. gud info...baru tau asal usul nya..RVC nie..biasa google resepi jer...hahaha

    ReplyDelete
  3. Owww...begitu ceritanya yer...

    ReplyDelete
  4. tahu makan je...tak tahu ceritanya he heee....

    p/s: warna yang mar buat tu pun dah cantik tu....janji sedap je...

    ReplyDelete
  5. mmg mantap & sedap !

    ReplyDelete
  6. panjang cerita nya ye, baru akak tahu
    kek ni memang sedap. kena dgn cheese lemak2 tu bertambah sedap
    ada skali penah akak try memang anak2 pun suker

    ReplyDelete
  7. TQ Syifa...mmg akak suka cari cerita2 macam ni.

    ReplyDelete
  8. Thanks Mori, bila nak buat baru saya google resepi dan ceritanya.

    ReplyDelete
  9. Ya Kak G cam tu le lebih kurang critanya:)

    ReplyDelete
  10. RVC mmg tbaek..byk kali dh buat..ohhh simerah yg mnawan..mcm nk buat dikau lg aje ni..tq dgn info yg akak sharekn tu..bru tau kisah dsebalik RVC ni..

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS