Daging Api-api yang berapi

Wednesday, January 16, 2013


Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

 Kata orang Nogori.., "Ubek podeh tolan gulo" (ubat pedas telan gula)...emm...macam tu lah kami sekeluarga lepas makan nasi berlaukan Daging Api-api dari Resepi Chef yang tidak asing lagi iaitu Chef Ismail ni. Memang pedas dan panas berapi..bagi yang tak berapa tahan pedaslah kan..Cik Suami makan rileks aje...sebab memang kaki makan pedas. Yang tak tahan Si Bujang tu lah..."Sedap tapi pedaslah mak", katanya.

Kesian dia...tapi nasib baik saya buat pemanis mulut. Lepas makan hilang pedas bila makan dessert:).
Dessert nya saya share kemudian ya.


Azlita (Masam Manis) pun ada buat lauk berapi ni baru-baru ni Di Sini.  Memandangkan saya ada stok daging dalam freezer dan tak ada idea nak masak apa, saya cubalah resepi ni pulak. Memang tak rugi mencuba sebab rasanya memang sedap cukup masin, manis di hujung-hujung, masam  dan yang penting pedasnya.

Bahan-bahan yang diperlukan semuanya yang biasa terdapat di pantri jadi tak susahlah kan. Saya masak untuk 500g daging sahaja, jadi bahan-bahannya saya kurangkan separuh dan 350ml air tu saya gunakan air dari rebusan daging.


Daging Api-api
( Klik!  untuk print resepi)
Rujukan: Azlita Masam Manis
Resepi Asal : Chef Ismail (Kuisin Warisan Melayu)

Bahan:

125 ml minyak masak
2 sudu besar gula
1 kg daging ~ di potong, cuci bersih dan rebus hingga empuk
350 ml air - saya guna air dari rebusan daging
2 sudu besar air asam Jawa
3 sudu besar kicap pekat lemak manis
Garam secukup rasa
Sedikit lada hitam tumbuk kasar ~ untuk ditabur

Bahan Kisar:

30 tangkai cili kering ~ direbus hingga lembut
15 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam

Cara:

Letakkan minyak masak dalam periuk dan panaskan atas dapur
Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau
Kacau dan kecikan api
Tambahkan gula dan kacau sehingga berkaramel dan kelihatan berkliat
Masukkan daging yang sudah direbus, balik-balikkan dan tambahkan air, air asam Jawa, kicap dan garam secukup rasa.
Masak sehingga kuah pekat.
Angkat setelah masak dan taburkan lada hitam.

Saya tak masak sayur cuma sediakan ulam Terung  dan Peria Katak bersama Sambal Tempoyak. Boleh katakan hari-hari saya makan ulam dengan sambal tempoyak ni tapi tak jemu sebab saya memang peminat tegar sambal tempoyak dan sambal-sambal yang sewaktu dengannya.

Tapi sambal yang saya buat kali ni saya tambah ikan bilis dan jus limau untuk sedikit kelainan. Okay jugak rasanya.


Sambal Tempoyak
( Klik! untuk print resepi ) 

Bahan:

10 biji cili api kampung
Segenggam ikan bilis @ dalam 15 ekor
2 SB  tempoyak.
Garam secukup rasa
Jus  dari sebiji limau kasturi  

Cara: 

Tumbuk cili dengan garam hingga hancur, masukkan ikan bilis, tumbuk lagi hingga separuh hancur.  Gaulkan dengan tempoyak hingga sebati. Masukkan jus limau. Gaul lagi. Sesuaikan rasanya. Siap untuk dimakan dengan apa saja ulaman yang digemari.
Sesuai dimakan dengan sayuran @ ulaman seperti timun,kacang panjang,kobis rangup, pegaga, ulam raja, petai, terong, bendi dll.

Wassalam...

15 comments:

  1. macam berapi2 pulak nak try resepi ni (kalau x malas lah...hehe)

    ReplyDelete
  2. Ada daging dalam freezer. Boleh cuba resepi berapi ni nanti.

    ReplyDelete
  3. akak sangat teruja tengok daging ni mesti kena cuba ni mesti berpeluhhhh

    ReplyDelete
  4. Salam Mia, Zila & Kak Noor,
    tak rugi cuba mmg sedap...kuahnya pun habis saya bedal:)

    ReplyDelete
  5. Yg pedas2 mmg power kan... bestttt!!!

    ReplyDelete
  6. tgk nama pun dh terasa pedas dia.. hihi... tun mkn pedas, tp kalau pedas2 sgt mmg xtahan jugak.

    ReplyDelete
  7. kalau setakat 30 biji cili kering, bundo boleh relek lagi makan tu haha..

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. menyengat ni kak...gear 5 terus...hehe

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS