Kepala Panah?

Saturday, January 12, 2013


Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Baru-baru ni saya ke Mydin untuk membeli barang, sedang ronda-ronda ternampak selonggok besar buah yang mulanya saya ingatkan sengkuang Cina tapi labelnya tertera perkataan Arrowhead. Dalam hati dok fikir apa ke bendalah Arrowhead ni dan rasanya macam pernah tengok di rancangan masakan AFC kegemaran saya tu.

Lepas tu saya terus beredar. Tak terfikir pun nak beli sebab tak tahu nak masak macam mana. Hari ni saya ternampak lagi Arrowhead dalam blog Wendy (Table for 2).
Ooo...macam tu rupanya salah-satu cara nak masak Arrowhead ni.


Arrowhead ni adalah dari gene Sagittaria dari spesis tumbuhan air dan terdapat di Selatan, Tengah dan juga Utara Amerika. Ia juga terdapat di Asia dan juga Eropah. Tapi harganya agak mahal di negara China dan Jepun. Selalunya banyak terdapat  di pasaran hanya ketika tahun baru. Patutlah ada banyak kat Mydin hari tu tapi datang dari Cameron Highlands. Bentuknya macam Sengkuang Cina dan ada "arrow" kat atas dia.

Dipanggil Arrowhead sebab daunnya berbentuk seperti panah.   Ubinya agak berkanji dan sangat berkhasiat dengan kandungan protein dan potassium yang tinggi. Rasanya nyaman dan sedikit manis, tapi agak pahit kalau tidak dimasak sempurna. Cara masak selalunya samada direbus hingga empuk  dan dilecek, dipotong dadu atau dihiris sebelum di goreng. 
 (Sumber: Google)

Tak tahulah kalau jumpa lagi Arrowhead lepas ni...tapi kalau teragak nak makan...tahu dah macam mana:)
 
Wassalam...

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Mar..mieza pun tak tahu apo kebenda lah arrowhead ni...kalau jumpa mau mieza buat dek je sebab tak eprnah makan..nampak macam akar teratai kan..mesti sedap..

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS