Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Selamat Pagi semua.....boleh katakan lama jugak tak buat agar-agar. Kebetulan ada santan lebihan buat Gulai Pisang Muda. Lagi pun ada sebungkus lagi serbuk agar-agar dalam pantri. Jadi saya buat sajalah Agar-agar Santan Pandan yang mudah dan cepat untuk disediakan ini. Dapat jugak menyejukkan anak tekak di cuaca panas sekarang, dan juga menghilangkan rasa pedas selepas makan:)
Bahan:
8 gm serbuk agar-agar
1 cawan gula pasir
4 cawan air
200 ml santan kotak+ 50 ml air
1 biji telur dipukul dengan santan tadi
Secubit garam
2 helai daun pandan
Pewarna hijau dan pandan emulco
Cara:
Masak air dengan gula pasir dan daun pandan.
Bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
Kecilkan api. Masukkan pewarna hijau dan pandan emulco.
Kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih.Guna api sederhana dan sentiasa di kacau supaya tak pecah minyak dan berketul.
Bila dah siap, tutup api dan bolehlah di tuang ke dalam acuan kegemaran.
Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Wassalam...
salam Mar, aduh sejuk dan cantik je nampak si hijo tu mesti sedap ni makan time tenghari ni huh nak kena buat lah mi
ReplyDeletewahhhh!!
ReplyDeletebau santan campur ngan bau daun pandan.. sure satu umah wangi masa masak nih.. warna hijau tu mengancam la..
ReplyDeletemmg feveret saya ni...
ReplyDeleteMar, suka betul blog ni, besar baktinya pada akak
ReplyDeleteMar, suka betul blog ni, besar baktinya pada akak
ReplyDeletesalam syg kak mar
ReplyDeletewahh hijau yg menawan tue kak..zila dh lama nk buat agar2 santan tu lakan..tp asik brtangguh jew..h ehhe
Salam kak Noor, Nrs Eady & Tun, terimakasih...
ReplyDeleteTerimakasih Mak War, blog akak pun apa kurangnya, banyak memberi kesedaran & perangsang.
ReplyDeleteZila...jgn tangguh buat cepat pas tu bagi akak sikit hi hi
ReplyDeletewahh bestnya kalau dapat makan..mesti sejuk je kt tekak...cantik agar2 santan tu..berkilat!
ReplyDeletemmg selalu bikin ni
ReplyDeletesalam kak..nape agar2 saya xjd 2 lapis...huhuhu
ReplyDelete