Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Apa khabar...bertemu sekali lagi di hari Isnin. Kita semakin menghampiri penghujung tahun 2012. Rasanya waktu ni ramai ibu-bapa yang mengambil peluang menghabiskan masa hujung minggu untuk membeli-belah kelengkapan dan keperluan sekolah anak-anak. Anak-anaklah yang paling seronok; dari baju sekolah, kasut, beg, perkakas tulis hinggalah ke bekas air dan makan pun nak yang baru. Tambahan yang ada gambar kartun kegemaran. Bila tengok gelagat ibu-bapa melayan kerenah anak-anak di pasaraya, saya turut tersenyum gelihati.
Okay, sebenarnya oven yang sudah membantu saya di dapur sejak tahun 1998 dah tak boleh berfungsi dengan sempurna sejak 2 minggu lepas. Nak buat kek pun kena buat yang kukus-kukus :). Memang ada niat nak beli yang baru...agaknya sebab tu oven lama tu meragam kot :).
Survey punya survey, saya berkenan dengan oven dari brand Trio ni. Model 482. Harga berpatutan. Saya berkenan dengan design dan juga fungsi nya yang mudah. Ruangnya pun luas dengan muatan tray 13 inci x 10 inci serta boleh memuatkan 3 tray. Wire rack nya ada satu tapi boleh order lagi kat kedai tu kalau nak. Muatan loyangnya pulak kalau loyang 7 inci x 7 inci boleh muat 2 loyang.
Gambar ikhsan Google |
Saya pun dah lama "ushar" heavy duty stand mixer, tapi belum berpeluang untuk membeli. Cik Suami perasan kot saya selalu tengok stand mixer kalau kami gi shopping, so dia tanya nak beli ke...hai bagai orang mengantuk disorongkan bantal lah jawabnya. Jadi bila beli oven kami beli jugak stand mixer dari brand yang sama.
Jadi semalam, saya sangat teruja nak merasmikan kedua-dua KA (Kitchen Assistant) saya ni. Saya memilih untuk buat Pineapple Orange Cake ilham dari siri masakan yang saya gemari, Giada At Home. Tapi kek yang Kak Giada buat dalam siri tu Orange Cake yang dicampur dengan daun pudina. Saya ingat resepinya dalam kepala sebab selalu tengok rancangan ni...dah minat tengok banyak kali pun tak jemu:). Tapi saya ubah-suaikan resepinya sebabnya saya nak habiskan stok nenas yang berbaki dari buat Upsidedown Pineapple Cake tempoh hari. Maka jadilah ia Pineapple Orange Cake. Menjadi jugak keknya...gebu dan sedap serta tak terlalu manis. Cuma keknya turun sikit mungkin sebab saya terlewat keluarkan dari loyang selepas dibakar.
Pineapple Orange Cake
Ilham dari: Giada de Laurentis
Olahan: mymintroom
Bahan A:
4 bj kuning telur gred A
Zest dari sebiji oren
1/2 cwn jus buah oren
1/2 cawan jus nenas dalam tin
2-3 keping nenas dalam tin di cincang halus.
Bahan B:
4 bj putih telur gred A
1 cwn gula - kalau nak manis tambah lagi 1/2 cwn.
1 st essen vanilla
Bahan C: * Hendaklah diayak bersama
2 cwn tepung *
3 st baking powder *
1/2 st salt *
1/2 cwn minyak jagung (minyak masak @ butter cair pun boleh)
Cara:
Panaskan 350° F (180° C). Griskan loyang pembakar saiz 8x8 inci.
Panaskan 350° F (180° C). Griskan loyang pembakar saiz 8x8 inci.
Dalam bekas lain yang bersih dan kering, pukul putih telur hingga berbuih. Tambahkan gula sedikit-sedikit dan terus putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi kental dan bertanduk ( meringue). Bila dah kental masukkan essen vanilla dan pukul sebentar saja.
Masukkan 1/3 bahagian adunan putih telur ( meringue) ke dalam adunan A tadi dan gunakan kaup balik dengan spatula hingga rata.
Masukkan semua baki adunan putih telur dan ratakan secara kaedah kaup balik juga sehingga adunan bergaul rata dan sempurna.
Masukkan semua baki adunan putih telur dan ratakan secara kaedah kaup balik juga sehingga adunan bergaul rata dan sempurna.
Masukkan pula tepung yang telah diayak dan kaup balik adunan hingga rata. Akhir sekali masukkan butter cair dan kaup balik semula hingga semua adunan bergaul sebati. (Bila mengaup balik adunan jangan terlalu kuat supaya kek gebu dan tidak turun bila dah masak nanti).
Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau sehingga lidi yang dicucuk dalam keadaan kering.
Keluarkan kek dari loyang selepas 10 minit dan letakkan di atas redai.
Keluarkan kek dari loyang selepas 10 minit dan letakkan di atas redai.
Wassalam...
Menarik juga nie...bestnya ada gadget bru kat dpor....nak mmbking pun smngt je kan kak....oven tu mcm bsar gak ye....
ReplyDeleteSyifa, mmg teruja nak baking ni...besar jugak Syifa oven tu..puas hati.
ReplyDeleteBestnya ada toys baru. Nanti bolehlah keluar menu yg terangkat ye....
ReplyDeleteHi hi Hazila...cuba yang terbaik aje...
ReplyDeletewah bestnya KA dia...memang naik cantik sungguh kek itu hehe...
ReplyDeletetq share, ingat new KA apa lah tadi
ReplyDeleteSEDAPNYER MAR.. TAK SABAR NAK CUBA.. SBB SAYA MMG SUKA KEK BERASASKAN OREN ATAU NENAS..
ReplyDeleteuik! ada gadget baru ...
ReplyDeletemayang, mmg sedap kek ni...kejap dah selesai tapi tak leh makan selalu nanti gemuk hi hi
ReplyDeleteSalam Mala, kena beli gak Mala sebab yg lama dah rosak.
ReplyDeleteMas, KA TQ.
ReplyDeleteKA, dah agak dah mesti KA ingat apa erk?
wahh.. bestnya ada oven baru! nampak besar juga tu kan... oven akak jenama morgan.. boleh muat loyang 12 inci je rasanya.. lebarnya tu lebih dari 12" tp lebar satu lagi ngam2 je muat 12" kalau lebih nanti takleh tutup plak pintu oven.. hehehe... tp oklah setakat nak buat kek mkn sendiri tu...
ReplyDeleteSalam Kak Madiha, Alhamdulillah,boleh lah nak buat utk keluarga. Lebarnya dalam 16 inci. Besar2 sgt nanti sarat lak dapur hi hi.
ReplyDeletemixer trio ni masih ok ke sampai sekarang? tahan lasak dan berbaloi tak?
ReplyDelete