Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Kejap dah jumpa Jumaat balik kan dan lagi sekali Jumaat je lagi kita akan berjumpa di Jumaat pertama 2013, Insyaallah....
Semalam Cik Suami ambil cuti sekerat hari sebab ada urusan yang nak dilangsaikan di bank. Balik dari urusan tu mesti perut berkeroncong punya kan. Tapi dia jarangggg...makan nasi waktu tengahari. Dia lebih suka makan yang ringan-ringan macam salad atau buah-buahan. Jaga kesihatanlah kata kau macam bak kata pepatah omputih..."Eat like a king at breakfast, eat like a beggar at lunch and eat like a queen at dinner".
Masa gi shopping untuk groceries hari Rabu hari tu, saya ternampak Wantan Pastry kat bahagian yang jual fishball, tauhu dsbnya. Saya teringat dalam salah satu siri Giada @ Home, dia buat Fish Taco guna pastry yang sama. Jadi saya teruja nak mencubanya dalam salah-satu hari pada minggu ini. Jadi oleh kerana Cik Suami balik awal semalam, saya cuba buat 12 ketul untuk snack tengahari. Tapi saya tak guna ikan, cuma guna ketulan bahagian dada ayam aje.
Mudah aje nak menyediakannya. Tak sampai setengah jam. Ikuti resepi sepenuhnya...Tengok pada resepi nampak macam banyak kerja tapi sebenarnya tak...
Chicken Taco ala Asian
Olahan : mymintroom
Bahan: Untuk 12 biji taco
Untuk Kulit Taco:
Panaskan oven pada 200 C. Griskan muffin tin. Letakkan kepingan wantan pastry dalam acuan muffin tin. Bakar selama 5-7 minit atau sehingga sedikit kekuningan (bergantung kepada oven masing-masing). Sejukkan di atas redai.
Bahan untuk Inti:
1 ketul dada ayam potong dadu - gaul dengan secubit garam dan serbuk lada hitam. Panaskan 1 sb minyak dan goreng hingga kekuningan. Tak perlu garing sangat.
2-3 helai daun salad - potong
1 biji tomato - potong dadu
1/2 biji timun Jepun - potong dadu
Untuk vinaigrate:
Jus dari sebiji lemon
1 SB madu
1 sk gula merah
Secubit garam
Secubit serbuk lada hitam
Kacau semua bahan untuk vinaigrate. Tuangkan ke atas sayur dan gaul hingga sebati.
Untuk sos topping:
Mayonnaise secukupnya
Secubit garam
Cili flakes - ikut suka
Kacau bahan sos topping hingga sebati.
Untuk menyiapkan Taco, ambil satu pastry yang dah dibakar. Sudukan salad campuran. Letakkan beberapa ketul kecil ayam. Sudukan sos topping. Sedia untuk dimakan.
Memang sesuai untuk pembuka selera atau sebagai snack juga. Sos topping tu kalau nak lagi pekat, yummy dan terletak elok kat atas Taco tu, bolehlah campur dengan cream cheese. Rasa tak cukup lak buat 12 ketoi aje...tapi tak apa pastry tu banyak lagi...boleh buat lagi.
Wassalam...
Wassalam...
salam Mar..
ReplyDeletehari akak pelawat pertama ni sbb tak tahan tengok chicken tako tu macam sedap je, anak2 akak pasti suka ni best jugak sesekali layan snack macam ni kan tklah berat sangat..
Salam Kak Noor, memang sedap...ada rasa masam,manis..membuka selera.
ReplyDeletesalam kak mar
ReplyDeletenampak special jew nie..zila suka yg pelik2 sikit..h ehhe mula lah nk godeh2 nie..:)
salam kak...
ReplyDeletesgt sedap buat kudap-kudap sambil borak2 kan...
glup!
ReplyDeletesalam kak, geramnya tgk snack ni...cumel2..sedap je nampaknya
ReplyDeleteAssalam kak, kulit taco tu mna nk dpat ya?? Sy cri kt tesco xde pn. :(
ReplyDeleteAssalam kak, kulit taco tu mna nk dpat ya?? Sy cri kt tesco xde pn. :(
ReplyDeleteSalam, tu kulit wantan, akk beli kat Mydin. Tesco pun mesti ada selalu Ada kat tpt fishball, fishcake.
Delete