Banana Bread...(guna santan)

Tuesday, November 06, 2012



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Harap rakan-rakan semua sihat hendaknya. Terimakasih kerana tak jemu-jemu berkunjung ke teratak saya yang tak seberapa ini. Terimakasih juga atas titipan komen-komen yang positif. Buat pengunjung yang singgah santai tanpa meninggalkan sepatah katapun...terimakasih saya ucapkan. Kunjungan anda amat saya hargai.

Ini satu lagi projek menghabiskan stok pisang yang masih berbaki dalam freezer. Yang saya suka kerana resepi roti ni tak menggunakan telur. Cuma 6 bahan saja diperlukan termasuk penggunaan santan. Mudah kan? Teman-teman pernah ke buat kek/roti pisang menggunakan santan? Saya tak pernah. Pertama kali mencuba dan Alhamdulillah rasanya sedap dan kena dengan selera kami.

Resepi saya perolehi dari blog seorang pengamal vegan iaitu Madison.  Vegan ni maksudnya orang yang bukan saja tak makan daging tapi apa-apa saja produk yang berasaskan binatang seperti susu, telur, madu dsbnya. Beza Vegan dengan Vegetarian, pengamal vegetarian masih menggunakan produk hasil tenusu dan telur. Dalam erti kata lain vegan ni amalannya lagi ketat dari vegetarian. Bagi veganisme yang tersangat tegar...bukan saja bab makan, bab pakaian dan apa saja produk yang mereka gunapun tak boleh yang berasaskan binatang kerana falsafah mereka binatang tak seharusnya dieksploitasikan oleh manusia. Heh!heh...kita belajar sikit pasal vegetarian hari ni ya.

 
Banana Bread 
Source: Madison

Ingredients:

2 cups self raising flour
1/4 cup vegan margarine, melted ( vegetarian margerine)
1 cup brown sugar
1 cup coconut milk *
1 cup mashed banana or 2 bananas
1/2 teaspoon vanilla essence (optional)

Method:

Preheat oven to 180 degrees celcius (fan-forced) and oil a cake tin.  Add all ingredients into a bowl and stir vigorously until very smooth. Pour banana bread mixture into the oiled tin. Bake for 1 hour or so until top has browned and a skewer poked in the centre of the loaf comes out clean. Serve warm. Spread with vegan butter and eat eat eat!
Note:
I use canned full-fat coconut milk *. Purée the banana if you want the banana taste to be equal throughout the bread. Or if you would rather chunky bits, just mash the banana.
 

Kalau tak ada tepung naik sendiri, boleh guna tepung biasa dicampur baking powder dan garam dalam nisbah berikut; tambah  1 1/2 tsp. baking powder dan 1/2 tsp. garam untuk setiap 1 cwn tepung gandum. Kalau tak ada vegan margarine pulak, tak payah susah hati nak cari sebab kita bukan pengamal vegan :), guna aje butter atau margerine biasa.

Banana Bread 
Sumber: Madison

Bahan:

2 cwn tepung naik sendiri
1/4 cup vegan margarine, cairkan ( vegetarian margerine)
1 cwn gula perang
1 cwn santan *
1 cwn pisang yang dilecek
1/2 tsp essen vanilla (optional)

Cara:

Panaskan oven pada 180 Celcius bersama acuan roti. (saya guna suhu 140 Celcius). Campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati. Tuang adunan ke dalam acua roti. Bakar selama sejam sehingga bahagian atas roti keperangan atau apabila jarum yang dicucuk kedalam roti kelihatan licin apabila dikeluarkan. Sedap dihidangkan semasa panas. Boleh disapu mentega sebelum dihidang.

Note:
Saya guna santan pekat.* Campurkan pisang dengan santan dahulu jika mahu rasanya sekata atau jika suka cuma lecekkan saja pisang tersebut untuk ada rasa gigitan pisang.


 Wassalam..

14 comments:

  1. Jadi Vegan pada kek pisang aje pun jadilah kan Mar hihi... Tapi nampak macam guna telur juga ye - still gebu dan mengancam:)

    ReplyDelete
  2. pagi2 singgah sini..terasa lapar...nya

    ReplyDelete
  3. akk... sedapnya... kebetulan rumah mas ada pisang...blh try ni :)

    ReplyDelete
  4. sedapnya... tapi rasa dia mesti ala2 banana kek juga kan.. :)

    ReplyDelete
  5. apapun yg dimasak semuanyer menjadi & nampak sedap ye

    ReplyDelete
  6. sedapnya ni Mar kalau dpt sepotong pasti kenyang lah pagi ni dah bekfes tadi tpi nak jugak sepotong ni..heee

    ReplyDelete
  7. Kak Zakie, guna santan pun sedap jugak Kak..

    Thanks Mrs Eady

    ReplyDelete
  8. Knor, nak ke...ada lagi sikit tu :).

    Mas,
    cuba jgn tak cuba

    ReplyDelete
  9. Ya Jass, rasa macam banana kak jugak

    TQ KA.

    ReplyDelete
  10. Kak Noor, ndak ada lsgi septg tu.

    Thanks Mayang.

    ReplyDelete
  11. slm Kak Mar..
    mesti sedap rasanya kek pisang ni...sbb buh santan dlm tu..berlemak berkrim gitu..

    ReplyDelete
  12. Salam Qasey, emm ye la kot. Cik Suami pun kata moist dan lemak2 gitu...

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS