Mikroskopik Operation

Friday, November 26, 2010

Salam...

24th Nov - Tepat 9 pagi sampai kat office Dr. Suresh (Pakar Orthopedic). Terus nurse dia bawak register kat admittance office. Lama betul medical centre ni sebab alat2 office dia dah outdated. Tapi alat-alat medical dia up-to date.

9.30 pg - admit ke wad. Terus nurse bawak gi ambik darah. Lepas to masuk wad balik.
10.00pg - nurses datang bawak operation attire and buat preparation untuk surgery. Salin baju, shave kat area siku, letak antiseptik and balut ngan kain untuk protect dari kuman la tu.

9.30-2.00 pm - tunggu kat wad...boring tul..nak lena pun tak leh.

2.05 pm - nurse datang bawak katil dari operation..so it is time..
Sebelum di bawa ke operation theatre soalan2 ni di tanya:-
Akak pakai gigi palsu?
Ada gigi yang goyang?
Bra, seluar dalam dah buka?
Barang kemas, contact lens ada pakai?
Last sekali makan pukul berapa?
Dah tu terus ke operation theatre.
Sampai kat situ, nurse yang lain tanya lagi soalan yang sama. Mak ai...boring nya.
Masa sampai tu ada sorang lagi Chinese guy baru operation..ooi banyak nya darah luka dia..buat takut orang je. Lepas tu meracau mintak air ais...lawak tul..agaknya Acu pun nanti mamai cam tu gak lepas bedah.
Lepas tu doktor bius introduce diri dia kat Acu..dia tanya lagi soalan yang sama tapi ada lah lagi soalan tambahan.
D:Marsita...first time ke operation?
A:Yes doctor.
D:Sejuk ke..kalau sejuk nurse boleh tambah satu lagi kain.
A:Tak Doktor tak pe..
D:Tak pe ya tunggu sekejap lagi kita akan masuk..Kita akan bius U, lepas tu bagi U ubat tidur sampai habis operation ya...
A:Baik Doktor.

Lepas tu doktor Suresh lak datang.
S: Marsita, how are you?
Boleh dia tanya how are you..kita kat dalam ni punya lah suspen..
A: Fine doctor.
Doktor Suresh senyum...
S: Tak pe Marsita, kita bius penuh..u tak kan rasa sakit.Okay.
A: Ok doktor.

3 pm: Doktor bius tu bawak Acu masuk bilik bedah.. Dia tanya Marsita tidur ke tadi.
Acu jawab..mana boleh tidur doktor...dia pun senyum.

Acu perhati sekeliling bilik tu. Acu di transfer ke katil bedah.Dua2 tangan di depakan. Tangan kanan kena cucuk air apa ntah...bius lah tu. Tak lama lepas tu pandangan acu berpinar, lampu kat atas tu pun berpusing2 & acu pun tidur.

Dalam 4.30-5 pm rasanya selesai operation. Bila acu dibawa keluar dari bilik bedah ke tpt stabilise (acu pun tak tahu nak panggil tpt apa tapi acu tgk depa bawak patient ke tpt ni sampai patient tu da stabil), acu separa sedar dan meracau sambil jerit hoi...hoi...kelakar lak rasamya mungkin sebab acu rimas ngan keadaan separa sedar tu agaknya tu yang jerit hoi..hoi..
Lepas tu punya lah dahaga, mintak air kat adik nurse tu tapi dia tak leh bagi.
Acu meracau air..air..water..water..water sampai lah terlena balik.
5.50pm, Acu di bawa keluar, tgk ada bayang2 Khalid tunggu kat luar operation theatre tu. Masa on the way ke wad tu, Acu meracau lagi mintak air...air..Sampai wad baru Khalid sapu bibir ngan air sbb kering sangat. Doktor tak bagi minum/makan lagi sbb takut muntah. Perut kan kosong sbb acu kena puasa selepas kul 7...procedure biasa operation.
Kad wad pun dok mamai lagi..mata pun separuh tutup. Kejap2 tidur..kejap jaga.
Haizen ngan mak/abah dia datang pun tak sembang sbb letih sangat.
Malam tu nak dekat 10pm baru rasa nak kencing. Khalid bawak gi toilet..macam nak jatuh rasanya. Macam nak muntah tapi tak keluar apa2. Apa nak keluar..dari pagi tak makan..keluar angin je lah.
Jam 10.30pm baru nurse bagi milo secawan. Sendawa byk kali tapi tak muntah.
Kul 12 lebih baru Kiki ngan abah dia balik.Sian Kiki, terlena kat sofa.
Malam pun tak berapa lena sbb setiap setengah jam nurse lak datang ambil suhu badan ngan tekanan darah. Tapi so far okay.
Hari kedua...6 pg nurse tu lap2 badan. Breakfast 8 pg, quaker oat ngan milo. Licin Acu makan...lapar. Tak lama lepas tu ada amoi anto buah2an dari Carsem Management.
Doktor Suresh dtg jam 9.45am..tanya perkembangan..Marsita...macamana, tangan sekarang dah boleh lurus betul ke?
Boleh doktor..cuma tpt luka tu masih sakit..
Okay, mesti exercise ye ( dia tunjuk lah apa exercise yang acu boleh buat)..dan mesti jalan2 sikit. Baru rasa segar.
Baik doktor.
Marsita duduk sehari lagi, bagi rileks, hari Jumaat baru discaj ye.
Baik doktor.
Lepas tu Doktor suruh nurse bukak tiub darah dari luka tu & buat dressing.
Kiki and abah dia sampai 10 pg.
Tak lama lepas tu nurse datang buat dressing and buka tiub dari tpt luka tu.
Lunch makan nasi, ayam kicap, sayou & sop.
Lepas tu tak de apa2 dah. Khalid suruh acu mandi dalam jam 4 pm. Baru rasa segar sikit.
5.30pm Doktor datang tengok dah buat dressing ke belum..and tanya sakit lagi ke tak.
Lepas to confirm Jumaat pg boleh balik.
Malam menu lebih kurang jer.
Khalid g beli pizza Domino. Makan 2 keping.
Malam tak de apa2...tidur je. Nurse pun tak payah ambik suhu ngan pressure setengah jam sekali tapi 4 jam sekali jer. Barulah boleh lena.

Pagi Jumaat, nurse datang cucuk ubat jam 6 pg. Pas tu tidur balik sampai 7.30pg.
8 pg, Acu mandi dengan semangat nya. Pas tu breakfast roti & scramble egg. Sambil tunggu doktor, acu snap2 gambar.

Kiki ngan abah dia sampai nak kul 10pg. Kiki complain sebab pagi ni breakfast sekeping je roti canai sbb kat kedai mamak ramai orang.
Acu duduk tgk tv sambil tunggu doktor datang.
Bila doktor datang..dia senyum & cakap .."wah, Marsita dah siap2 nak balik. Macamana okay? Ada buat exercise? Sakit lagi?
Acu sengih2. Okay, dah tak berapa sakit, dah boleh lurus dan bengkok betul dah.
D: Okay, nanti boleh discaj, hari Isnin datang balik, kita tgk luka ya.
A: Okay doktor.

Pas tu tunggu je nurse panggil utk discaj. Jam 11.20 nurse panggil untuk discaj.
11.30....FREE....!!!!

Wassalam..

3 comments:

  1. doktor ada bagi CD rakaman operation. Nanti kita tgk sama2 ek.

    ReplyDelete
  2. sian acu, mcm kt gurun lak mintak air yer...
    ok c sama2..cd tu

    ReplyDelete
  3. hehehe,acu mintak air tu acu sedar ke tak?..pengalaman ekk..boleh jadi kenangan tu

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS