Donut

Friday, July 13, 2012


    
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
     Oleh kerana menu makan malam ni tak banyak kerenahnya maka ada lah sikit masa nak mendonut. Donut, salah satu kuih yang anak saya suka sesangat, nak-nak yang ada coklat topping tu. Resepi yang saya guna adalah yang paling simple tapi lemak & gebu come lote. Resepi ni dah lama dalam simpanan jadi maaflah yang empunyanya, kalau tak dapat nak sebut namanya di sini sebab saya tak catatkan dari mana pada masa tu. Terus saja ke bahan dan cara ya.

Bahan:
  • Tepung Gandum 1 kg
  • Ibu Roti Brand Mauripan 1 paket (11 gram)
  • Gula Pasir 7 sudu besar
  • Garam Halus 1 sudu kecil
  • Susu Tepung (Paling bagus yang jenis Full Cream) 1 cawan
  • Marjerin 1 cawan
  • Telur 2 biji
  • Serbuk Penaik / Baking Powder 1 sudu kecil
  • Air secukupnya
Cara:


1.      Isikan ¾ gelas air suam dicampur dengan 1 sudu kecil susu tepung penuh krim atau gula pasir (senang pakai gula pasir jer sebab gerenti jadi – susu tepung kadang ada jenis yang tak sesuai) dan 1 paket ibu roti Mauripan dan dikacau hingga rata. Biar 5 minit atau hingga buihnya mengembang naik ke bibir gelas.
2.      Masukkan tepung gandum, gula pasir, garam halus, susu tepung, marjerin, telur, serbuk penaik dan air ibu roti tadi ke dalam besen kecil.
3.      Aduk adunan tersebut dengan dituangkan air sedikit demi sedikit sambil menguli adunan hingga menjadi doh selama kira-kira 30~45 minit.
4.      Tanda adunan telah cukup diuli ialah apabila ia menjadi kurang / tidak melekat pada tangan anda.
5.      Apabila telah selesai menguli, tutup besen yang mengandungi besen kecil tadi dengan kain dan letakkan pada tempat yang hangat supaya ia dapat mengembang dengan cepat dan sempurna. Biar selama kira-kira 1 jam.
6.      Tanda doh telah mengembang dengan sempurna ialah apabila saiznya telah menjadi dua kali ganda dari bentuk asalnya.
7.      Ambil doh yang telah kembang tersebut dan uli sekali lagi kira-kira 30 minit.
8.      Leperkan doh kira-kira berketebalan 5 mm dan cetak dengan pencetak donut.
9.      Biarkan doh yang telah dicetak itu kira-kira 30~60 minit.
10. Doh yang telah sedia untuk digoreng akan kelihatan telah mengembang dari bentuk asalnya.
11. Goreng doh dengan minyak masak yang telah cukup panas. Minyak masak mestilah cukup banyak untuk membuatkan doh tenggelam walaupun nanti donut tu akan timbul. Goreng kira-kira 3~5 minit hingga warna bertukar jadi kuning kecoklatan. Paling bagus jika menggunakan deep fryer dengan setting suhu 375° Fahrenheit.
12. Toskan donut dengan menggunakan kertas tisu serap minyak dan biarkan ia sejuk selama 15~30 minit. Jangan sira kalau donut masih panas, nanti gula akan jadi bertepek-tepek basah.
13. Sira donut dengan gula icing atau dengan gula pasir yang dikisar atau dengan lain-lain topping yang anda suka.

    Bahan di atas boleh jamu satu kampung, jadi agak-agaklah ya…yang saya buat ni 2 cawan tepung gandum, dapat dalam 24 biji donut saiz bola golf. Sonang sekali ngap je…
     Oh ya, untuk coklat tu, saya masukkan aje dalam microwave selama 30-40 saat lepas tu keluarkan dan kacau. Coklat akan cair sendiri (tu kena penyakit "M" lah tu)...kalau tak kena buat double boil lah ye..eee malasnya. Separuh lagi saya sirakan dengan gula halus dan gula halus campur serbuk kayu manis...ada rasa "spicy bite" sikit sesuailah untuk orang dewasa.

Silakan…

 

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS