Ayam Masak Merah je....

Wednesday, October 17, 2012



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hari Rabu sudaa....Minggu ni memang minggu yang agak lemau, itu bagi sayalah....Mungkin sebab pengaruh cuaca gak. Nak kemas rumah pun malasssszzz.  Nak masak pun....aduss  mood ke laut. Masak seringkas yang boleh.

Lama gak tak buat lauk ni - Ayam Masak Merah. Kebetulan cili yang dah siap kisar ada lagi. Itu yang buat tu. Kalau tak...mungkin ayam ni ku goreng aje cam tu. Adoyaiiii, mood, di mana kau, sini mariii...kau lekas...!
 


Ayam Masak Merah

Bahan:

1/2 ekor ayam – potong kecil, basuh dan toskan
2 biji bawang besar- dipotong membulat
1 kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
1 batang serai-dititik
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 sudu teh gula perang
Garam secukup rasa

Bahan kisar:

10 biji cili kering – rebus dan toskan (anggaran dalam 3 sudu besar bila dah kisar)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia

Cara:

Ayam digaul dengan garam dan kunyit. Panaskan  minyak dan goreng ayam sehingga separuh masak.

Setelah selesai menggoreng, kurangkan minyak dan bolehlah tumiskan kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih sehingga terbit bau wangi kemudian masukkan bahan-bahan dikisar serta serai. Kacau semua bahan dan biarkan sampai sambal masak kemudian masukkan sos cili, sos tomato dan bawang besar serta kacau lagi . Seimbangkan rasa gula dan garam.  

Kemudian masukkan ayam ke dalam sambal dan gaul rata sampai mesra. Terus kacau selama 10-15 minit lagi. Matikan api. Sedia untuk dihidang.

Wassalam...

12 comments:

  1. sama la.....hehe..lauk kita semlm pun ayam msak merah gak....itu yg pling senang kan...:)

    ReplyDelete
  2. mmg sedap antara feverte KA & anak2

    ReplyDelete
  3. anak2 mmg suka masak merah ni Mar nampak cantk lah Mar punya ni

    ReplyDelete
  4. Asyifa, KA, menu senang dan sedap...

    ReplyDelete
  5. lauk favourite. kalau balik penang mmg suruh mak masak ni dgn nasi tomato.

    ReplyDelete
  6. masak merah pun sedap je kak...

    ReplyDelete
  7. dah lama tk masak ayam masak merah....lom ada permintaan...hehehe

    ReplyDelete
  8. dah lama tk masak ayam masak merah....lom ada permintaan...hehehe

    ReplyDelete
  9. salam syg kak,
    zila biasanya msk ayam merah nie time raya jew..klu hari biasa malas nk buat..h ehhee alasan kan:))

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS