Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Dua hari lepas, BW kat rumah rakan-rakan alamayaku sambil mencari-cari menu apa nak masak untuk makan malam. Ayam setengah ekor dah keluarkan dari freezer, defrost siap-siap. Tiba-tiba tup, nampak Mas posting menu ni...Ayam Perap Masak Kicap. Rasa teringin lah pulak. Susah betulll, nampak apapun teringin. Lalu tanpa berfikir panjang dah..(letih otak tau, hari-hari kena fikir apa nak masak) terus aje masak lauk ni untuk malam tu. Kalau perap semalaman tentu lebih mesra ayam ngan kicap ni, tapi saya perap 4 jam aje...tak sempat. Walaucamnepun, tetap maveles..
Ayam Perap Masak Kicap
Sumber: Mas (DapurMas)
Resepi Asal : Kak Fida@MyResepi.com
Bahan :
1 ekor ayam (1kilo) - potong kecil, saya buat setengah ekor je..so bahan kena adjust la ya..
6 ulas bawang putih *- ditumbuk halus
1/2 ibu jari halia * - ditumbuk halus
1 sudu besar cili giling * - lebihkan jika suka lebih pedas
1 sudu besar serbuk rempah
kari *
1 sudu kecil serbuk kunyit *
1/2 cawan kicap manis * - lebihkan jika suka, ikut selera
1 - 2 sudu besar air asam *
Garam dan gula secukup rasa
Bahan lain :
1 biji bawang besar - hiris bulat
2 biji kentang - potong baji
dan goreng
2 biji tomato - belah 4
1 biji cili merah dan 1 biji cili
hijau - dipotong serong
1 biji lada benggala merah (jika
suka) - potong kecil
Sedikit daun sop,daun bawang -
dihiris
Cara :
Bersihkan ayam dan toskan. Masukkan
ke dalam sebuah mangkuk dan campurkan ayam dengan bahan-bahan yang bertanda * . Gaul rata-rata hingga sebati.
Perapkan dan simpan dalam peti ais
untuk beberapa jam atau semalaman.
Panaskan sedikit minyak masak dalam
kuali @ periuk dan masukkan perapan ayam dan gaul hingga rata.
Tutup kuali @ periuk dan masak lauk
ayam hingga pekat atas api sederhana.
Buka penutup kuali @ periuk dan
kacau lagi rata-rata dan tambah sedikit air jika inginkan berkuah.
Tambah sedikit garam dan gula jika
perlu secukup rasa. Akhir sekali masukkan Bahan B dan gaul sebati dan
masak hingga lembut atas api kecil.
Siap
untuk dihidangkan. Tabur sedikit bawang goreng,dan tambahan hirisan daun sop
dan daun bawang jika suka.
Tak nampak hirisan bawang besar pun kat dalam tu kan? Sebenarnya terlupa nak letak...Tapi bila tiba waktu nak makan saya reheat, baru letak bawang besar. ^-^. Saya tak letak ubi kentang, lada dan cili tapi saya ganti dengan sebiji terung panjang (saiz sederhana) dan lobak merah yang dipotong kecil serta cili api.
Terimakasih lagi sekali Mas kerana berkongsi resepi mudah tapi sedapp ni.
Wassalam...
sedapnya bile pepagi gini tgk lauk kicap tu...nyum2
ReplyDeletesedap ngan nasik panas2...
Deletesaya mmg tengah lapar pg ni.mlm td tak lalu nk makan..pg ni tgk ayam kicap ni..alahai...telan air liur ni
ReplyDeleteolololo...pasal apa tak lalu makan lak...meh sini nak suap.
Deleteglup!terliurrrr.....
ReplyDeleteya ka...meh nak bagi rasa sikit...
DeleteOklah resepi ini sebab sekeluarga boleh makan. Kalau baut bekal jenjalan pun ok juga sebab tak banyak kuah dan tahan lama..
ReplyDeletemesti mantap diapunya rasa ni,coz diperap2 ayamnya..suka sangat menu ayam kicap,serasi..
ReplyDeleteemmm, kalau perap semalaman mesti lagi kow ni
Deletesedap tuh.. hehehe
ReplyDeletepada yang suka kicap memang sedap...
DeleteSalam kak!! waaaaaaa... apa2 yg ada kicap mmg kita sukeeeeeeee sgt2!!! lauk raya wajib masak ayam masak kicap ehehe.. kalau buat sambal goreng pun gitu jugak, ada kicapppppp sedappppp! :D
ReplyDeleteboleh lah geng nih...suka kicap.
Deletewah mmg sedap ni. TQ for yr concern kak. masih x 100% ok, but life harus diteruskan jugakan.. senyum tawa boleh menghilangkan sedikit duka kan!
ReplyDeleteok KA take care...
Deletesalam syg kak mar,
ReplyDeletesedapnya lauk2 yg ada kicap..wahh terliurnya kita..dah lama x buat masak2 kicap..yummy:)
Salam sayang Dik Zila, emm, hari ni akak tak brp sihat...demam sampai tersilap-silap entry...hari ni masak kicap telur mata je...dgn sop sayur...demam pun berselera gak makannya..
DeleteSedapnya....nampak pekat aje kuahnya.
ReplyDeleteSedaap jugak ni..kena Cuba Buat Nampak Gayanye ni.. :-)
ReplyDelete