Bersua lagi di hari Jumaat. Apa perancangan hujung minggu ni? Nak buat house keeping ke? Saya dah buat minggu sudah. Jadi cuma touch up aje lah mana yang berhabuk tu. Rumah ni memang cepat sangat berhabuk, sebab kawasan ni banyak angin.
Masa saya buat Kuih Tako , untuk adunan pertama, suami saya kata, "Kenapa sikit sangat sengkuangnya. Letaklah banyak-banyak." Emm okay, aduanan kedua bila saya letak banyak sengkuang, dia kata pulak, "Rasanya kalau buat ngan nenas dalam tin, ok gak kan?" Pulak, sabo je lah yong. Tapi kalau difikirkan.., betul jugak, tak salah kalau nak cuba sesuatu yang baru. Nak makan pun kami gak. Kita yang buat dia, bukan dia buat kita. Mana tahu kot betul sedap. Ada rasa masam-masam manis kan...
Saya sahut cadangan suami dan cuba le buat dua hari lepas. Kat pasaraya masa beli barang dapur, saya capai Tepung Hoen Kwe Kuning & nenas dalam tin. Saya buat untuk pemanis mulut selepas makan malam. Buat satu adunan dulu. Dapat 3 gelas. Saya makan satu dulu testing.....hah betul lah kata suami. Memang merangsang deria rasa betullah dengan masammasam manis nya. Anda berani? Cubalah.
Tako
Nenas
Lapisan
Bawah:
25
gm tepung hoen kwe kuning
Nenas
dalam tin – saya guna jenama Hosen
1
1/2 cawan air (setengah cawan air dari nenas
dalam tin + 1 cawan air biasa)
1/2 cawan gula - saya kurangkan sedikit sebab nenas dalam tin tu dah manis
2 keping nenas di potong kecil
1/2 cawan gula - saya kurangkan sedikit sebab nenas dalam tin tu dah manis
2 keping nenas di potong kecil
Lapisan Atas:
25 gm tepung hoen kwe - putih
2 cawan sartan - 1/2 cawan santan + 1 1/2 cawan air
Secubit garam
Cara:
Susun kotak pandan atas tray - saya guna gelas kecil je.
Aturkan potongan nenas dalam kotak
pandan/mangkuk/gelas tadi.
Campurkan semua bahan untuk lapisan bawah kecuali
nenas dalam periuk dan masak atas api sederhana sambil mengacau hingga dia
meletup - letup dan pekat terus tutup api dan masukkan dalam kotak pandan tadi.
Kemudian kita ketepikan, dan buat
pula untuk lapisan atas.
Satukan semua bahan untuk lapisan atas dalam
periuk dan masak atas api sederhana sambil dikacau. Sama seperti proses memasak
lapisan bawah. Bila ia meletup-letup kecil terus tutup api.
Pastikan lapisan yang bawah tadi dah
mengeras baru dituang lapisan atas.
Tuang dari bahagian tepi dulu supaya
dia tak bolos ke lapisan bawah. Tuang perlahan-lahan.
Tunggu sejuk dan kemudian boleh disimpan dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk, nyamannya...
Memang nyaman pun...Cuba, jangan tak cuba tau...
" Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah
memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan
fikiran ." Sumber : Koleksi Kata-kata Hikmah
terasa sejuk nyaman kat tekak .. :)
ReplyDeleteSalam kak! i likeeeeeeee pineapple!! sedapppppp! pelik tp kompem sedap, mkn sejuk2 bestnya tp sini tgh mendung jerr nak buat2 dessert kena stop dulu ehehe.. nanti dah panas boleh cuba insyaAllah! :-))
ReplyDeletesedapnyaa..ada nenas lg..
ReplyDeletebias amkn tako yg gitew2 jew he heee..nnt nk ubah hala pulak la..nk try yg camginie:)
heh heh sukenyer bila ada yang appreciate...Cuba jgn tak cuba..memang nyaman gitu...
ReplyDelete