Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Akak kata dah kalau mendung jangan snap, ko nak snap gak...kan dah blurrrrrr....Abaikan blur image ni, tapi Kari Kepala Ikan ni akak nak bagitahu memang tak yah risau, kalau buat gerenti habih. Bersilang-silang tangan kalau makan sampai tercekau tangan anak. Hik hik, melampau lah mombongak nya tu...
Buat kari ni bukan apa, terkenangkan Kari Kepala Ikan kat Restoren M.Salim. Fulamak, kuah kari dia, boleh hirup macam sop aje. Nak tahu kat mana? Ha kat Sini. Orang Johor pun datang makan. Kalau nak tahu mana lagi tempat-tempat makan yang menarik & sedap kat seluruh Malaysia amnya dan di Johor khasnya...silalah berkunjung ke blog ni...Jom Jalan2Makan2 bersama Papa-Ntiq. Ada banyak informasi dan pengalaman sendiri penulis ke tempat-tempat makan yang dikunjunginya. Kiranya entri saya kali ni adalah merangkap tribute kepada Papa-Ntiq di atas effort beliau berkongsi pengalaman samaada yang seronok dan tak seronok, yang sedap dan yang tak berapa nak sedap di tempat-tempat makan yang menarik di Malaysia. Macam duta pelancongan Malaysia pun ada sebab blog beliau juga dikunjungi oleh bloggers dari luar negara. Secara tak langsung menaikkan nama tempat-tempat menarik di Malaysia. Thumbs up to Papa-Ntiq.
Tapi sorry lah ye sebab kari ni tak berapa cantik gambonya sebab dua tiga hari ni mendung aje cuaca sebab jerebu.Jadi gambo pun ada jerebu gaklah...
Tapi sorry lah ye sebab kari ni tak berapa cantik gambonya sebab dua tiga hari ni mendung aje cuaca sebab jerebu.Jadi gambo pun ada jerebu gaklah...
Selalunya kalau kami makan di Restoran M.Salim ni kami cuma order Kari Kepala Ikan aje. Tu pun dah cukup mengenyangkan. Kiki pun suka ikan, nak nak kari kepala ikan. Tapi kalau nak try kari-kari yang lain kat Salim ni pun sedap jugak. Papa-Ntiq tentu setuju dan masih terkenang-kenangkan akan kelazatan kari kat sini & kekecohan yang dicipta oleh beliau bersama 22 orang lagi ahli keluarga yang dibawanya ke restoran tersebut. Walaupun agak mahal sikit tapi memang berbaloi makan kat sini. Betul tak Papa?
Jadi, tak berkesempatan nak ke Salim, saya buat sendirilah. Of course rasanya tak samalah macam kari kat Salim's tu tapi bolehlah nak lepaskan gian. Masa saya beli barang kat Mydin saya nampak mata ikan merah tu jeling-jeling aje kat saya. Dah lah kepala nya dah kena potong kan. Saya pun terus jatuh kasihan dan terus ambik. Satu aje yang ada pun. Nampak fresh lagi. Okay lah tu buat kari.
Saya C&P aje lah resepi dari Linapg ni sebab resepi ini yang paling dekat dengan kari yang saya selalu buat iaitu yang tak bersantan.
Kari Kepala Ikan Merah
Resepi Asal : Myresepi (Linapg)
Bahan: ( 4-5 orang )
2 ketul kepala ikan merah (dibelah dua)
2 paket kecil rempah kari ikan (jadikan pes)
1 sudu kecil serbuk kas-kas (tak letak pun tak apa)
1 sudu kecil halba campur
2-3 sudu makan cili giling
2 sudu makan gula merah
1 labu bawang besar (dihiris nipis )
6 ulas bawang merah ( tumbuk )
2 ulas bawang putih ( tumbuk )
1 cm halia ( tumbuk )
2 kuntum bunga kantan ( dibelah 4)
2 biji cili merah
Sedikit daun kesum
2 biji buah tomato dibelah empat- saya tak letak
Daun kari
Kacang bendi
Minyak
Air asam jawa
Garam dan perasa
Air secukupnya
Cara:
Tumiskan bawang besar, daun kari dan
hamba campur hingga sedikit layu dan wangi masukkan bahan tumbuk.Tumis hingga
garing.
Masukkan cili giling tumis
lagi.Masukkan rempah ikan tumis hingga pecah minyak
Masukkan air asam jawa. Kacau
sebentar.
Masukkan air ikut suka banyak
mana.Masukkan garam & perasa, reneh sehingga kuah kelihatan pekat.
Kemudian masukkan kepala ikan,daun
kesum dan bunga kantan.Simbah-simbahhkan kuah ke atas kepala ikan.Sesuaikan rasa.
Masukkan kacang bendi, cili merah
dan tomato.Kacau sekejap. Tutup api.
Wassalam...
Hi Marsita....TQ review entry saya kat sini. Saya memang peminat kari kepala ikan dan restoren2 arab so kalu gi mana2 sure hidu2 mana ada restoren nih hehe. Restoren M.Salim nih sempit tapi nasib laaaaa dapat muat semua famili sebab orang lain pun dah booking meja2 situ.
ReplyDeleteWahhh nampak kari yg Mas buat pun menyelerakan..berapa RM semangkuk tu haha...len kali cakap kat kite leh numpang rase :)
Jumpa lagi Mas...take care....jaga kesihatan...
Terimakasih, jumpa lagi...
ReplyDelete