Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Semasa kami ke kenduri kahwin di kampung suami baru-baru ni, tuan rumah membekalkan kami sebungkus Asam Pedas Daging + Tulang. Sedapnya...tak puas rasa makan. Terbayang-bayang sampai mengigau..cheh cheh, acah je, taklah teruk sampai tara tu. Jangan nak mombongak, koba orang kampung den.
Hari Selasa, bila bukak fridge nak tengok apa benda yang dok keras kat dalam tu maka yang terjojol hanyalah sebungkus daging ni. Nak buat kari, baru aje buat minggu lepas. Nak buat masak kicap, baru aje makan lauk telur masak kicap Ahad lepas. Teringat lak akan asam pedas yang dimakan tempoh hari. Bila semak pulak bahan-bahan yang perlu, ada semuanya. Bunga kantan pun ada, ambil kat kampung Isnin lepas.
Bercakap pasal bunga kantan ni...mak aii mahalnya bunga ni sekarang. Kat pasaraya, nak dekat RM3 baru dapat 2 kuntum, halus lak tu. Bila saya balik kampung Isnin lepas pun kakak ipar (Nyah) cerita yang sama, mahe bebeno kabonya. Sembang punya sembang...suaminya Cik Din terus capai motor gi ambil anak pokok kantan...suruh kami tanam. Memanglah, kami ni kekadang rasa macam Sang Kelembai pun ada. Kalau mintak ngan deme (kakak ipar & suaminya) ni mesti akan cuba mereka tunaikan. Kami sembang aje pasal Bunga Kantan mahal, terus dapat bunga kantan siap ngan anak-anak pokok dia sekali. Terimakasih ya Nyah.
Jadi, Asam Pedas Daging ni saya masak hari Selasa buat makan malam. Untuk ini saya telah memilih resepi dari Myresepi oleh Quinnie.
Asam Pedas Daging
Sumber: Myresepi
(Quinnie)
Bahan:
1 kilo daging tetel - direbus dlm 2 jam utk
empukkan daging - saya guna daging beku & guna Pressure Cooker untuk lembutkan daging.
1 bawang besar *
5- 6 bawang putih*
1 inci halia*
1 sudu kecil lada hitam biji*
1sudu besar ketumbar biji*
1 sudu besar jintan kasar*
1 sudu besar jintan halus*
1 inci lengkuas *
2 buah keras*
1 inci kunyit hidup* ( blend bahan*)
1 sudu besar belacan **
20-30 cili kering **- direbus dulu dan toskan ( blend
bahan** hingga lumat...isi sedikit minyak masak utk hancurkan biji cili kering)
8 batang serai - diketuk bagi hancur
2 sudu besar asam jawa - dicampur dgn air
minyak untuk menumis, garam dan gula
6 helai daun limau purut
2 biji tomato - dibelah 6- saya tak letak
2 biji terung panjang/ bulat - dipotong jgn dibuang kulitnya- saya tak letak
1 sudu besar kerisik
3 tangkai daun kesum - ambil daunnya saja - ini saya tambah
2 bunga kantan - belah dua - ini saya tambah
Cara:
Tumis minyak sedikit....agak-agak, jangan
banyak sangat...nanti berminyak kuah dia...tumiskan bahan blend * hingga naik bau dan
masukkan serai yang telah diketuk tadi...bila dah agak kering airnya tumisan
tadi...baru masukkan bahan blend **....masak sampai pecah minyak....macam masak
asam pedas biasa.....
Bila dah pecah minyak...masukkan
daging tetel yg telah direbus tadi bersama air rebusan daging....sebelum
masukkan daging buang dulu minyak yg dah beku kat permukaan air rebusan supaya
tak berminyak sangat nanti kuahnya....masak sampai kuah didih dan masukkan air
asam jawa.....tambah air kalau terasa kurang air.....masak lagi hingga daging
betul-betul dah lembut...kalau kurang air boleh tambah air lagi...
Bila dah empuk daging...masukkan
kerisik, buah tomato dan terung. Masak hingga terung tadi layu atau bertukar
warna ....kemudian masukkan daun limau purut yg dicarik...garam serta
gula.....rasa kuahnya...kalau o.k boleh tutup api.......siap untuk dihidangkan.
Saya tak letak apa-apa sayur dalam Asam Pedas ni. Rasa meriah sangatlah kalau letak. Sedap digandingkan dengan ikan masin dan masak lemak pucuk ubi. Nyesal lak tak ambik pucuk ubi yang ada kat atas meja rumah Nyah kalau tak boleh buat gulai, partner lauk asam pedas ni..hu..hu...
Asam Pedas ni buat cicah ngan lempeng pun sodap ni...
Asam Pedas ni buat cicah ngan lempeng pun sodap ni...
yang ini KA jamin mmg sgt2 sedap! hehehe
ReplyDeleteMemang...meh le nak rasa tapi dah habis lak...^_^
ReplyDeleteperghhh..ni mmg benar2 mengancam jiwa & raga woo!! baik lariiiiiiiiikk!!
ReplyDeleteDoktor nak lari mana tu...mai sini...
ReplyDeleteCili padi tu elok je dok tergolek ats pinggan, kalau tgigit perghhhh memang menyengat hihihi.... Apa2 pun asam pedas daging tu mmg menggiurkan :-) pe
ReplyDeleteSalam kak! jeng jeng jeng kita dah dtg bwk perut lapo ni kak hihihi... bestnya! kita suke lerr apa2 yg ada daging asal bukan daging kambing kerbau rusa n yg sewaktu dgnnya asal daging lembu mmg lerr teramat suke :D seronok kan makan daging tetel nii :D
ReplyDeleteheh heh,..ma kacih cemua...Ija..tapi tak leh makan banyak-banyak tetel sebab nanti kolestrol tinggi dik..
ReplyDeleteMas...betul tu..memang saja golekkan dia...bila ngap ngan nasi memang pergh...
amboiii x tahan tgok...daging tue..he ehe jadi kecurr btl:)
ReplyDeletehehe..ni baru betui orang kata bengkok siku makan...:)
ReplyDelete