Pizza lagi....

Friday, September 14, 2012




Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sejak akhir-akhir ni banyak jugak berita berkisar tentang perbalahan dikalangan ahli keluarga sehingga mencederakan sesama sendiri dan ada yang sampai terjadi pembunuhan ke atas isteri, anak, saudara dan sebagainya. Kalau difikirkan ngeri dan kadang-kadang hairan kerana yang menjadi sebab musabab tragedi  tu tak masuk akal langsung. Ada yang sebab adik yang tak mau repair motor lalu abangnya menetak si adik, suami nak tembak isteri sebab cemburu buta lalu tertembak anaknya sendiri, bergaduh disebabkan perebutan harta dan macam-macam lagi. Lalu saya kaitkan kisah-kisah ini dengan ceramah yang saya dengar dari Ustaz Kazim Elias di Radio Perak FM pagi semalam. Salah satu daripada sebabnya perkara-perkara sebegini berlaku kerana kurangnya kasih-sayang di kalangan umat manusia sedangkan Allah swt menggalakkan hambaNya berkasih-sayang antara satu sama lain. Kerana apa kasih sayang itu berkurangan? 

Antara sebabnya:-

1) Sifat hasad dengki dalam diri terhadap orang lain.
2) Sifat cemburu & dendam sesama manusia.
3) Sifat marah tanpa sebab munasabah.
4) Tiadanya sikap tolong-menolong dan saling nasihat-menasihati.
5) Tiada sikap hormat-menghormati.

Saya kaitkan sebab-sebab di atas dengan peristiwa yang berlaku. Kalau semua sifat di atas dibuang dan diganti dengan sikap-sikap yang positif dalam diri seperti tiada hasad dan dengki sebaliknya menghargai kejayaan serta kesenangan orang lain, tidak cemburu buta terhadap pasangan sebaliknya cuba memahami situasi terlebih dahulu  atau tidak berdendam sebaliknya menjadi seorang yang pemaaf, tidak marah tanpa sebab sebaliknya banyakkan bersabar, tidak pentingkan diri sebaliknya tolong-menolong serta mengambil berat hal ehwal orang lain dan saling hormat menghormati,  Insyaallah, dunia akan lebih aman dan peristiwa yang tak diingini dapat dielakkan...betul tak?

Sekian perkongsian halwa minda untuk Jumaat ini.


Saya mempizza lagi hari Sabtu lepas. Minggu sebelumnya pun saya buat jugak tapi tak post. Salah satu menu yang saya rajin buat sebab Kiki suka sesangat & gerenti boleh habis dengan kadar segera, disamping kalau buat sendiri....jimat...dengan RM20 hengget boleh buat 2 keping pizza yang yummy cam ni. Lagipun inilah salah satu caranya nak suruh Kiki makan sayur. Kalau pizza order tu dia akan order yang Paparoni yang  tak ada sayur.

Saya pernah share resepi pizza ni dulu tapi untuk yang ini saya terlebih rajin  lak hari ni jadi saya akan share lagi sekali di sini. Lagipun entri yang lepas saya C&P resepinya Di Sini dalam Bahasa Inggeris. Di bawah ni
saya terjemahkan semula ke Bahasa Malaysia pula. Resepi pizza ni ada dalam simpanan tapi tiada maklumat empunyanya.

  
Doh Pizza
Sumber : Rujukan sendiri

Bahan:

1 bungkus yis
1 cawan air suam
1 1/2 sudu teh gula
2 ¼  to 2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar minyak zaitun ( minyak masak/ minyak sayuran pun boleh )
1 sudu teh garam
  
Cara:

Masukkan yis ke dalam air suam dan masukkan gula sekali. Kacau sedikit dan biarkan hingga berbuih.
 
Campurkan tepung dan garam dalam mangkuk.Tuangkan minyak dan campuran yis tadi dan gaul hingga sebati dan sehingga membentuk doh. Teruskan menguli selama 5 minit sehingga doh tersebut mengenyal dan tidak melekat-lekat.

Tutup mangkuk yang berisi doh dengan tuala dan biarkan selama 30 minit. Bila doh naik sehingga 2x ganda saiz asal, tumbuk doh tersebut dan uli lagi selama 5 minit.

Bolehlah dibentukkan doh tersebut menjadi leper dan diisi dengan topping yang digemari.




Untuk sosnya, saya buat yang paling simple.

Pizza Sauce Recipe
Sumber : Rujukan sendiri

Bahan:

4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili
Sedikit perhan limau nipis
1 sudu test daun Oregano kering
Sedikit cayenne pepper

Cara:

Campurkan bahan kedua-dua sos.

Taburkan daun oregano dan cayenne pepper. Kacau rata.

Masukkan jus limau. Kacau lagi.

Sapukan pada doh pizza  sebelum meletakkan toppingnya.


Pizza Topping 
Sumber : Rujukan sendiri

Bahan:  

500 g daging ayam hancur
2 biji buah tomato – potong dadu
1 biji terung panjang – potong dadu
1 biji karot – potong dadu
1 bawang putih – cincang halus
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu the serbuk lada hitam
Mozarella cheese - sagat

Cara:

Panaskan minyak.

Tumis bawang putih hingga naik bau.

Masukkan ayam cincang. Kacau rata.

Bila ayam dah cukup masak, masukkan terung dan karot. Masak lagi.

Masukkan tomato.

Bila cukup empuk. Tutupkan api dan boleh lah ditabur atas pizza yang sudah diletak sos tadi. Taburkan pula cheese.

Bakar dalam oven pada suhu 170 Celcius selama 12-13 minit. 

Wassalam..

2 comments:

  1. tq share mesti sedap ni kan!

    ReplyDelete
  2. Salam marsita..terima kasih sudi follow blog mieza..mieza follow juga..terima kasih sudi berkenalan...sedapnya pizza ni...suka bila ditabur byk mozarela cheese :)

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS