Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Selamat berhujung minggu. Apa rancangan hari ni? Mana yang anak-anaknya baru selesai menjalani peperiksaan UPSR Khamis lalu mungkin nak bawa mereka berjalan-jalan makan angin untuk melegakan fikiran atau nak melepaskan tekanan. Anak-anak sekarang bertuah tak macam kita dulu, mana ada tuition atau kelas tambahan. Harapkan tunjuk-ajar guru di sekolah serta ulangkaji dirumah sendiri atau dengan kawan-kawan sajalah. Latihan tubi, kem atau bengkel untuk strategi menjawab soalan memang tak adalah waktu tu. Semuanya atas daya usaha diri sendiri. Sekarang semua kemudahan ada. Beruntung anak-anak sekarang.
Hujung minggu ni kami tak ada perancangan tertentu cuma memenuhi undangan perkahwinan lagi nampaknya dan juga undangan rumah terbuka.
Menu yang terpampang ni sebenarnya menu makan malam kami hari Selasa minggu ni. Saya belum lagi ke pasaraya untuk membeli stok baru, jadi stok yang ada dalam fridge cuma ayam dan daging. Saya rasa daging ni kena postphone lagi sampai saya ada mood nak mengerjakannya. Tapi ayam ni nak masak ape erk?
Keluar masuk rumah orang, maka tup..terpampang kat laman Kak Ummi Zaihadi resepi yang mudah tapi dari bahan-bahnnya tau dah mesti mengancam punya. Dalam resepi Kak Ummi ada halia tapi saya tak ada lah pulak halia, nak ke kedai mamak depan tu aduyaiiii....malasssssnye..cuaca lak mendung je..rasa nak memerap je kat rumah..Jadi saya gantikan halia tu dengan serai. Dan pedasnya saya kurangkan sikit sebab nanti si anak bujang yang sorang tu asyik bersulam ngan air je bila makan. Oleh kerana saya tune resepi Kak Ummi ni ikut selera keluarga saya, kenalah tukar sikit namanya sebab pedasnya tak umph pun. Sorriiiii lah kak Ummi...jangan marah kalau Kak Ummi terbaca entry ni.
Bahan:
1/2 ekor ayam - potong sederhana besar
20 tangkai cili padi thai * ( saya kurangkan)
8 biji bawang merah *
4 ulas bawang putih *
1 inci halia * (tumbuk kesemua bahan bertanda * ) - saya ganti ngan serai sebab tak ada stok halia
sedikit gula/madu - saya guna brown sugar
garam secukup rasa
2 sudu besar kicap pekat
3 tangkai daun kari
minyak untuk menggoreng
sedikit serbuk kunyit
Cara
:
Ayam
dibersihkan, lumur dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga 3/4 masak.
Angkat dan ketepikan.
Dalam kuali
yang sama, keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 1/4 cawan. Tumis
bahan-bahan yang ditumbuk tadi hingga garing dan bau wangi.
Masukkan kicap
dan gula secukup rasa (*boleh juga tukar dgn madu).
Kacau sebentar,
masukkan daun kari yang telah disisihkan dari pelepahnya.
Akhir sekali
masukkan ayam, sedikit garam (jika ayam yg digoreng tadi dah masin, x letak
garam pun xpa) dan kacau gaul dalam bahan tadi biar bersalut.
Seimbangkan
rasa dan tutup api. Hidangkan dengan nasi putih.
Kami makan ngan nasi panas-panas...memang sedap. Habis sekelip mata chewah.
Wassalam...
Salam kak! Sedapppnyaaaa! kita dtg malam2 nii :D bestnya kalau dpt makan ini jam jugak perut dah lah tgh lapo ehehe... masuk list lah menu ayam nii, terliur betull dgn tajuknya sahaja :D Selamat hujung minggu kak! :-))
ReplyDeleteSalam dik.., kelakarlah adik ni...Selamat berhujung minggu...hujan hari ni...rasa nak tarik selimut aje.
ReplyDelete