Moist Chocolate Muffin

Sunday, September 30, 2012



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Selamat berhujung minggu. Sihat ke? Sarapan apa pagi ni?  Sarapan yang ringkas ke atau yang berat? Samada berat atau ringan, sarapan adalah "the most important meal of the day", selepas tidak makan apa-apa pada waktu malam yang panjang. Sesiapa yang tidak mengambil sarapan selalunya akan merasa penat, tidak ada upaya dan tidak selesa. Sebab apa, salah satu sebabnya paras glukos dalam badan berkurangan, bila berkurangan  otak kita yang sangat sensitif pada paras glukos tidak dapat berfungsi dengan baik disebabkan kurangnya glukos dalam fungsi dan sistem tubuh badan. Saya juga pernah terbaca bahawa kerap tidak mengambil sarapan boleh mengecutkan saiz otak dan tentulah ini akan menjejaskan prestasi mental seseorang. 

Jadi, jangan tak sarapan walau macamana sibuk sekalipun kita bekerja, okay.


Muffin ni saya buat beberapa hari lepas. Kalau dah namanya chocolate, dah tentu tak adalah kedapatannya lagi kat rumah ni. Sesuai jugak kalau nak dibuat kudapan untuk sarapan pagi. Tapi saya tak pernahlah jamu muffin sebagai sarapan setakat ni.


Resepi muffin ni ada pada file resepi yang saya kumpulkan tapi tak ada nama tuanpunya resepinya jadi tak dapatlah saya nak nyatakan disini.


Moist Chocolate Muffin
Sumber: Koleksi sendiri


Bahan:

1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu cair @ susu sejat ideal
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan gula (kalau tak suka manis, boleh kurangkan) - saya guna brown sugar
1/2 cawan minyak masak
1 sudu besar mentega yang dilembutkan pada suhu bilik
1/2 cawan tepung gandum *
1/2 sudu teh soda bikarbonat *
1/2 sudu teh baking powder * (bahan * diayak bersama)
2 biji telor - blend hingga halus

Cara:

Campurkan dalam periuk serbuk koko, susu cair, susu pekat manis, gula, minyak masak dan mentega. Panaskan pada api sederhana dan kacau rata cukup hingga semua bahan larut.

Masukkan telor yang telah diblend ke dalam adunan coklat dan kacau lagi hingga sebati.

Kemudian masukkan tepung yang telah diayak dan kacau dengan senduk atau spatula. Kacau hingga sebati semuanya.

Sendukkan ke dalam cawan kertas sehingga separuh penuh dan bolehlah diletak topping yang disukai. Bakar pada 170 Celcius selama 20 minit @ ikut kesesuaian oven masing-masing (saya bakar pada 150 Celcius selama 20 minit). 

Saya letak adunan tu lebih sikit dalam cawan kertas/cup, tu sebab dia gembo-gembo cam tu. Saya suka yang gembo cam tu, melainkan kalau nak letak aising baru letak separuh cup aje.



Wassalam...

5 comments:

  1. nampak sedap je muffin tu Mar coklat lagi papagi gini mesti sedap tu ...

    ReplyDelete
  2. Sedapnya Mar....anak2 sis mmg suka kalau cup cake atau muffin yg bercoklat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Noor, Hany, coklat ni mmg anak suka...tu yang rajin nak buat.

      Delete
  3. Salam kenal dari kak rose ... baru ni berkesempatan nak bw kat cni... tq singgah rumah kak rose ya.

    ReplyDelete
  4. feveret anak2 KA ni!, tq share resepi yek

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS