Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Pertama kali dengar perkataan Pek Nga selepas baru kahwin, ehem ehem...Orang kampung belah suami panggil lempeng tu Pek Nga. Pertama kali bila dia orang tanya nak Pek Nga tak? Saya tanya ha....? Dengan kening naik sebelah cam Ziana Zain...:) Pek Nga namanya sebab kita tempek dia kat belanga atau kuali. Orang utara panggil kuali tu belanga.
Pek Nga ni ada yang panggil lempeng,
lempeng kelapa dan mungkin ada nama-nama lain lagi yang saya tak tahu. Tengahari Jumaat semalam, saya buat Pek Nga yang super easy, super simple dan super fulfilling. Saya buat dapat 5 keping yang mini-mini tapi makan 3 aje...balance tu petang saya cicah ngan gula lak....hiiiii mana nak diet cam ni.
Bahan nak buat Pek Nga aka Lempeng:
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula
Sedikit garam
1 1/2 cawan air atau air secukupnya (adunan tak terlalu pekat dan tak terlalu cair)
Sedikit garam
1 1/2 cawan air atau air secukupnya (adunan tak terlalu pekat dan tak terlalu cair)
Cara nak memPek Nga aka meLempeng:
Masukkan tepung, garam dan gula. Masukkan air dan sukatan air mengikut
tepung, jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.
Gunakan api
sederhana.
Panaskan kuali/pan dan letakkan
minyak dalam 2-4 sudu besar minyak. Kemudian ambil senduk dan tuangkan andunan
tadi ke dalam kuali dan ratakan bentuk seperti lempeng / pancake.
Kalau nak peknga/lempeng lagi sedap
gunakan segenggam kelapa parut campur kedalam adunan tadi sebelum menempeknya ke belanga.
Resepi ini untuk 2-3 keping
peknga/lempeng (mengikut saiz tempeknya).
Makan dengan sambal tumis ikan bilis. Saya selalunya makan dengan kuah kari balance lauk semalam.
Wassalam...
ngaaaa...mana pek nga ni x masuk pun lagi lam mulut...he he he
ReplyDeletekalau belah fiza pek nga ni kita letak kelapa @ nyok....ha ha ha...setengah org letak pisang ngan nyok....sedapnyer kalau makan time2 hujan...laju je nelannye....he he he
kedah panggil pek nga, penang panggil tempek :-)
ReplyDeleteFizah, betul tu kenalak ngan kopi panas2.
DeleteMala, tempek kat belanga.
Thanks Fuat, you too have a good weekend ahead...
ReplyDeleteakak panggil pekngan Mar sbb orang kedah tapi tempek pun panggil jugak heee layan sja lah no sedap ni
ReplyDeletelayanzzzz...sedap Kak.
DeleteCicah gulai ikan. Sedap
ReplyDelete