Puding Roti Karamel lagiiii...

Monday, October 01, 2012



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Bertemu kembali di hari Isnin. Semoga ceria sentiasa di samping keluarga tersayang dan sentiasa berada di bawah limpahan rahmatNya.


Puding Roti ni saya  buat untuk minum petang merangkap pemanis mulut selepas makan malam hari Sabtu yang baru berlalu dua hari lepas. Cuaca pun agak suam-suam kuku Sabtu lepas, nak kata panas pun tak, nak kata sejuk nak hujan pun tak. Sebab tu lah jugak saya lena diulit mimpi petang tu dari 3-5 petang. Lama tak dapat tidur petang lama macam tu. Kata orang "beauty sleep" ni setengah jam aje...tapi kalau dah sampai 2 jam tak tahu lah apa nak panggil.


Bila bangun tidur mestilah lapar kan. Nasib baik puding ni ada sebagai penyelamat. Makan sikit pun dah kenyang. Lepas minum petang gi belakang sekejap, tengok Cik Abang tanam pokok limau yang kami beli paginya. Buat gardening lebih kurang, tup-tup dah pukul 6.30 petang...terus gi office lagi satu nak siapkan makan malam kami yang ringkas. Ayam goreng rempah, sop sayur sawi dan sambal belacan ulam bendi dan timun. Alhamdulillah...


Resepi Puding Roti Karamel ni ada dalam koleksi saya lama dah tapi tiada maklumat tuan punya resepinya.

Puding Roti Karamel  

Bahan dan Cara Membuat Gula Hangus:   

3 sudu besar gula dimasak di dalam kuali sehingga perang.  Masukkan 1 sudu besar air panas, kacau hingga gula larut. Tuang ke dalam loyang dan diketepikan. Kalau nak masak dalam loyang/acuan terus pun boleh.


Bahan Puding Roti:

4 keping roti gardenia  dicarik-carik
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
3 biji telur  dipukul sedikit
1 sudu teh esen vanilla

Nota:

Ada 2 kaedah untuk masak puding roti. Kaedah pertama dengan mengukus dan kaedah kedua secara "bain-marie". Sebelum kita meneruskan bahagian yang lain, didihkan dahulu air dalam pengukus atau masukkan air dalam loyang dan letak dalam oven pada 150 Celcius.

Cara:

Kisar roti , air suam, susu pekat dan susu cair hingga sebati

Dalam mangkuk lain kocakkan telur dan esen vanilla perlahan-lahan jangan sampai berbuih supaya puding nampak gebu dan licin.

Campurkan telur ke dalam bahan kisar tadi ( roti, airsuam, susu pekat dan susu cair) dan kacau perlahan-lahan hingga sebati. Bila sudah sebati tapiskan.

Tuang tapisan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi. Kukus lebih kurang 40 minit atau bakar dalam oven dengan kaedah "bain-marie" selama 50 minit pada suhu 150 Celcius.

Saya guna kaedah ke dua tapi saya bakar pada suhu 140 Celcius selama 50 minit (ikut kesesuaian oven masing-masing)

Bila puding betul-betul sejuk baru terbalikkan dan simpan dalam peti sejuk. Sedap dimakan sejuk-sejuk.

Wassalam.. 

13 comments:

  1. sedap ni Mar karamel ni akak pernah buat ssekali pastu terus diam tak buat lagi dah tengok ni mesti nak buat lagi lah pasti sedap kan

    ReplyDelete
  2. As'salam Marsita

    pernah juga buat sekali serupa macam Kak Noor lepas tu tak buat2 pun. Sedap bila makan sejuk2 aje ni :)

    oh ya beza setahun, okeylah CT tak kisah Mar nak panggil apa pun hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak Nor, sedap....makan sejuk-sejuk nyaman sgt.

      CT,
      terimakasih bebanyak sgt sebab sudi join...

      Delete
  3. Salam Marsita...
    pepagi lagi dah godain kite ngan puding karamel...nyaman banget...nanti bole cuba ni..

    ReplyDelete
  4. Mcm pudding caramel je tp pakai roti ae? Rase mcm ne ae?

    ReplyDelete
  5. rajinnyer, but mesti sedap ni kan!

    ReplyDelete
  6. Rahel, buat pun sebab ada roti lebih ...
    Moon, rasa creamy....dan nyaman...
    KA, oka lah utk dessert..

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Mala, mmg sedap makan sejuk je ni...sebab agak lemak manis dan berkrim...

      Delete
  8. salam kunjungan balas..
    sedapnya puding tu... lama tak buat..

    ReplyDelete
  9. Salam kak! minta maaf ya kak, beberapa hari ni kita stress sikit tak leh nak online atau blogwalking dgn sebab2 tak munasabah hihihi... bestnya puding yg ada karamel tp kita cerewet sikit bab2 puding yg ada letak telur :D tp kalau org bg kita makan ajerr :D nmpk sgt pemalas hihihi..

    ReplyDelete
  10. Salam adik manja,
    jangan stress2 yer...rileks....

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS