Apa khabar semuanya? Sihat hendaknya. Semoga hari ini dan seterusnya merupakan hari yang terus menceriakan anda sekeluarga.
Masak apa pulak hari ni? Yang ringkas ke atau yang renyah? Yang ringkas atau renyah pada hakikatnya kan walaupun kita masak makanan yang simple tapi dengan penuh
keikhlasan , niat masak untuk suami dan anak-anak serta memulakan dengan
Bismillah , alangkah banyaknya pahala yang boleh kita kumpulkan? Allahuakhbar!
Apatah lagi kalau sewaktu kita memasak tu kita tambah dengan amalan berselawat, zikir dan baca doa-doa tertentu, bukan setakat pahala je, malah akan ada ganjaran lain yang Allah berikan pada kita. Mungkin bila anak-anak dan suami kita makan makanan dari hasil air tangan kita, hubungan kekeluargaan tu akan lebih kukuh, anak dan suami lebih menghargai kita.
Ada banyak doa dan amalan yang boleh kita lakukan semasa penyediaan makanan antaranya doa nak masuk dapur, doa nak sukat beras, doa nak basuh beras, malah doa nak buka periuk pun ada...Allahuakhbar...(Sumber: Anamar Blog)
Yang tak pandai masak macam saya pun ada doanya supaya makanan tu sedap, Insyaallah..
Amalan untuk Sedapkan Makanan yang kita masak.
Selawat ke atas Nabi ( baca 3x ) - Allahummasyalliaalasyaidinamuhammad.
Istighfar ( baca 3x ) - Astagfirullah hal a'zimm.
Saya ada menonton sebuah program masakan di saluran Al-Hijrah. Saya cukup tertarik dengan chefnya yang berasal dari Lubnan. Dia tak berapa fasih berbahasa Melayu tapi program tu dalam BM. Jadi setiap kali dia tersilap sebut atau terlupa perkataannya dalam BM dia akan berselawat. Banyak kali jugak lah dia berselawat sepanjang setengah jam program tu disiarkan. Senyuman pun asyik terukir aje semasa dia memasak.

Bila Kiki balik dari sekolah Rabu lepas, dia terus beritahu;
" Mak, Kiki lupalah nak cakap, dah dekat seminggu dah Kiki jadi ni...," Dia pun tunjuk lencana sementara tertera, " Pengawas Percubaan ".
Saya senyum, " Tahniah ", kata saya, tapi Kiki balas balik, " Tapi Kiki lebih suka PRS lah mak."
"Apa pulak PRS tu?, tanya saya balik.
"Pembimbing Rakan Sebaya"
Baru saya ingat masa Darjah 6 tahun lepas dia pun jadi PRS jugak.
"Kenapa suka PRS pulak?", saya bertanya lagi.
"Sebab ada banyak lawatan, boleh pergi banyak tempat," jawabnya.
Pulak kata saya dalam hati.
"Terpulang pada Kiki lah," kata saya.

Dia pun terus capai Nasi Kandarnya yang saya beli untuk makan tengahari.
Mee Udang ni pun cerita hari Rabu lepas punya makan malam. Ini saya kira menu ringkas kalau saya rasa kami asyik makan nasi aje atau erti kata lain untuk saya kalau dah rasa maleh nak masak nasi dan lauk. Hi hi...itu yang sebenornya yong.
Lagipun kalau masak mee macam ni, boleh masak awal lepas tu perangat kuah aje bila nak makan. Bolehlah lepas masak tu kan kita rileks aje kat rumah sambil layan FB atau tengok drama yang dok hangat sekarang ni Adam & Hawa, hik hik...aje nye yer yong.
Saya kerap jugak buat mee udang ni tambahan lagi kalau bulan puasa. Tapi kali ni saya guna mee ala-ala Fettucine alah...yang orang Itali guna untuk buat Spaggeti tu ler. Tapi ini bukan original Fettucine tapi cuma mee nipis yang saya nampak kat Tesco hari tu terus je saya beli. Saja tukar selera dari mee kuning. Kuning telur tu nampak aje hodoh tapi kami memang suka yang 3/4 masak cam tu. Masa rebus, kulit telur tu meletup 'pop' , tu yang dalamnya pun tak berapa cun.
Saya pernah share resepi Mee Udang ni Di Sini dulu. Tapi kali ni saya tambah sikit dengan otak udang pada kuahnya. Saya share lagi sekali di sini resepinya ya.
Mee Udang ala Fettucine
Bahan:
1 kati mi nipis @ flat noodles
½ kati udang basah - bersaiz sederhana
10 tangkai cili kering - dikisar
2 biji bawang besar} kisar
2 ulas bawang putih} kisar
Sedikit belacan } kisar - saya guna udang kering kali ni
3 camca teh sos cili
3 camca teh sos tomato

1 camca teh otak udang - ini saya tambah
½ sudu teh gula pasir- saya guna brown sugar
½ sudu teh gula pasir- saya guna brown sugar
4 batang sawi
½ kati taugeh
2 pokok daun bawang - tak letak
2 tangkai daun sup - tak letak
5 biji tahu - goreng dan potong empat segi sederhana nipis - saya guna tahu yang siap di goreng
5 biji cili masak - saya letak cili api
Limau kasturi - tak letak
Sedikit bawang goreng- tak letak

Cara:
Rebus udang basah terlebih
dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi. Ambil kepala udang dan kisar.
Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.
Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan.
Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.
Masukkan sos cili/tomato, otak udang garam, gula dan serbuk perasa- kalau suka.
Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi.

Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.
Tambahan: Segala bahan-bahan tertakluk
kepada berapa orang yang hendak makan. Agak-agaklah. Saya tak letak banyak assessori macam bawang goreng dan daun sop/bawang sebab nak makan bertiga je... malas lak nak beria.
Wassalam...
salam dari oman marsita,
ReplyDeletefollower ke 52. have a nice day!
Salam, jauhnya....terimakasih...
ReplyDelete