Mee Udang

Thursday, July 05, 2012

Assalamualaikum,
Selesai sudah hari ke-6 puasa. Semalam bila tanya suami nak makan apa hari ni. Dia kata malam ni ada majlis kesyukuran organize by the office sempena Nisfu Syaaban & menyambut Ramadhan sekali. Jadi saya kata..kalau macam tu kita masak mee udang je lah dan saya ingat nak buat kuih cara je untuk saya buka puasa.


Jadi, mee udanglah hari ni.. memang dalam kepala tu ingat nak buat mee udang pada salah satu hari pada minggu ni tapi dah hari ni tu bagus lah kan. Tak payah nak pening dah fikir apa nak masak. Masa beli barang untuk stok dapur semalam pun udang kat pasar tu nampak besar sikit and segar jadi saya pun angkutlah sikit.

Resepi mee udang ni saya kurang pasti dari mana saya dapat sebab dah agak lama dalam simpanan dan lupa pulak nak catat sumbernya.
Resepi yang ada pada saya seperti berikut...;


Bahan-Bahan:
1 kati mi kuning
½ kati udang basah - bersaiz sederhana
10 tangkai cili kering - dikisar
2 biji bawang besar} kisar
2 ulas bawang putih} kisar
Sedikit belacan } kisar
Sedikit udang kering } kisar, (yang ini saya tambah)
3 camca teh sos cili
3 camca teh sos tomato
½ sudu teh gula pasir (kalau tambah keledek untuk pekatkan kuah, gula tak nak letak pun tak apa)
4 batang sawi
½ kati taugeh
2 pokok daun bawang
( tak letak sebab tak ada stok)
2 tangkai daun sup ( tak letak sebab tak ada stok)
5 biji tahu - goreng dan potong empat segi sederhana nipis ( saya tak letak sebab tak ada stok)
5 biji cili masak ( tak letak sebab tak ada stok)
Limau kasturi ( saya guna hirisan limau nipis)
Sedikit bawang goreng ( saya tak berapa suka, jadi tak letak)
Saya suka kuahnya agak pekat tapi sebab saya tak dapat nak tambah bawang besar untuk memekatkan kuah (maklumlah anak bujang saya anti bawang), jadi saya ganti dengan ubi keledek merah @ 3 biji yang paling kecil. Rebus dan blendkan.


 Cara:
Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya & asingkan ke tepi. Ambil kepala udang dan kisar.
Jika anda gunakan keledek untuk pekatkan  kuah, anda boleh rebus keledeknya dulu dan gunakan air yang sama untuk rebus udang...kuah akan jadi lebih sedap & lemak...sebab gula dari keledek meresap keluar bila direbus.
Bukan itu saja, kan lebih mudah tak payah nak dua kali sediakan air rebusan. Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.

Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan & udang kering.

Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.

Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa (opt)

Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.

Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.
 Tambahan: Segala bahan-bahan tertakluk kepada berapa orang yang hendak makan. Agak-agaklah. Resepi ini cukup untuk 4-5 orang makan.




No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS