Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Bertemu kembali di hari Isnin, orang nogori cakap hari Senayan. Diam tak diam, Syawal sudahpun melabuhkan tirainya. Kita dah pun berada di hari pertama Zulkaedah. Moga hari minggu yang baru berlalu lagi sekali merupakan hari yang bakal menggamit memori yang indah buat teman semua. Dan semoga hari ini dan hari yang mendatang adalah hari yang penuh kebahagiaan dan keberkatan. Kepada yang masih bercuti sempena Hari Malaysia semalam, semoga hari cuti anda dipenuhi dengan aktiviti yang menarik bersama keluarga tersayang.
Hari Rabu lepas saya buat "weekly stock take" kat dapur, adalah seciput (dalam 1 1/2 cawan) balance tepung pulut ni dalam pantri. Dalam kepala otak tak ada lainlah, saya nak buat Puteri Mandi untuk pemanis mulut selepas makan malam nanti. Selesai "stock take" dan menyenaraikan barang yang perlu dibeli, saya terus ke Hospital Ipoh Specialist untuk regular check-up. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Doktor kata penyakit SLE saya sudah beransur pulih, tapi masih perlu meneruskan ubat sehingga May tahun depan untuk mencukupkan tempoh ubatnya selama 2 tahun sejak saya di diagnosis mengidap SLE pada bulan May' 2011 yang lalu.
Selesai urusan di hospital saya terus ke Tesco untuk beli barang-barang dapur. Lama jugak tak ke Tesco untuk beli barang dapur, tapi sebab Kiki teringin nak makan Nasi Kandar kat Tesco dan saya pun ada sedikit urusan kat Pejabat Pos jadi kali ni saya ke Tesco aje lah. Lazimnya saya ke pasaraya Mydin yang berdekatan rumah. Selesai membeli barang dan tapau Nasi Kandar Pelita untuk Kiki dan saya, saya pun terus balik. Jam pun dah nak dekat 1.30pm. Kalau boleh saya nak sampai di rumah sebelum Kiki balik dari sekolah.
Okay, berbalik kepada sang Puteri Mandi ni, memang saya tak pernah buat...surprised....mungkin sebab saya sendiri pun kureng minat kot dengan kuih ni. Berbanding ngan Buah Melaka, saya lebih suka Buah Melaka.
Kiki tanya, "Mak ni kuih apa ni mak? Kenapa kuih ni ada lekuk kat tengah dia?"
Saya jawab " Ni lah namanya Puteri Mandi. Kuih orang tua-tua dulu. Itulah kelebihan orang tua-tua dulu. Walaupun tak sekolah tapi cerdik. Lekuk tu tujuannya supaya kuah dia bertakung di dalamnya dan bila kita makan, siap sekali ngan kuah dia."
"Ooooo", jawab Kiki pulak. Saya pun senyum. Entah betul entah tidak jawapan saya tu, saya tembak je.
Nasib baik dia tak tanya pulak kenapa nama dia Puteri Mandi. Laptop kat depan dia lebih menarik perhatian daripada nak tahu lebih lanjut pasal kuih ni gamaknya. Kalau dia tanya, apa lagilah yang saya nak goreng hik hik.
Tu lah, susah juga jadi mak ni. Dahlah penat bersilat kat dapur, lepas tu kena pulak jawab soalan-soalan dari anak yang sentiasa nak tahu apa yang dimasak oleh si ibu.
Saya main bubuh aje bahan-bahan semasa mengerjakan Puteri ni sebab bahannya terlalu sedikit. Janji boleh habiskan stok yang ada sebelum beli stok baru. Yang kaler-kaler tu sebab nak tarik perhatian Kiki supaya makan.
Puteri Mandi Kelapa Muda
Sumber: Majalah Wanita Disember 1999 (Keluaran Khas)
Sumber: Majalah Wanita Disember 1999 (Keluaran Khas)
Bahan:
250 gm tepung pulut
½ biji kelapa muda parut
3 ketul gula melaka 4 sudu besar gula pasir
Air secukupnya
2 helai daun pandan
½ biji kelapa muda parut
3 ketul gula melaka 4 sudu besar gula pasir
Air secukupnya
2 helai daun pandan
Cara:
Gaul tepung pulut bersama air sedikit demi sedikit hingga
tepung boleh diuli. Sementara itu didihkan air di dalam periuk. Bulat-bulatkan
adunan tepung pulut sebesar guli dan tekan di tengahnya. Masukkan ke dalam air
didihan. Buat hingga tepung habis. Untuk mengetahui kuih sudah masak, ia akan
timbul dan angkat dengan menggunakan tapisan teh. Ketepikan dahulu.
Masak gula melaka bersama gula pasir, kelapa muda, daun
pandan dan kira-kira dua cawan air didihan kuih tadi. Biar pekat baru masukkan
kuih tadi. Kacau-kacau seketika dan angkat.
Wassalam...
sedap ni!. KA doakan moga terus diberikan kesihatan yg baik ye
ReplyDeleteSalam KA, terimakasih atas doa KA.
ReplyDeleteSalam kak! haaaaa...yg ni belum pernah buat tp dah dpt bygkan sedapppppp mcm adik beradik badak berendam ehehe... kita mmg peminat tegarrrrrrrr kuih2 mcm ni :D
ReplyDeleteSalam kenal.
ReplyDeleteNampak sedap dan cantiknya color puteri mandi ni.....warna warni gitewww.
Salam kembali, saja letak kaler tu...anak baru tertarik menarik..
ReplyDelete