Ayam Masak Kicap Berempah Briyani

Sunday, September 23, 2012



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dah sarapan ke? Atau ada yang mengambil kesempatan di hari Ahad ni menyediakan "brunch" saja. Boleh lah lepas tu nak mengadap TV atau sembang-santai bersama keluarga tersayang sambil menjamu selera kan?

"Brunch" atau gabungan dari perkataan breakfast & lunch ni adalah untuk makanan yang disediakan dan dimakan di antara waktu sarapan dan waktu makan tengahari. Selalunya di hujung minggulah yang paling sesuai kalau ada plan nak buat "brunch". Dek kerana waktu makannya lambat sikit jadi saya tak pernah buat brunch ni. Mana tahan yong, saya dah biasa sarapan pagi-pagi. Mana tahan nak sarapan dekat tengahari lak.

Dan Ayam Masak Kicap Berempah Briyani  ni bukanlah menu brunch saya. Bior beno. Ini saya masak untuk makan malam Khamis lalu.

Resepi ni saya perolehi dari blog Chah, malangnya bila saya nak backlink terus ke resepinya page tersebut dah tak ada. Mungkin Chah terdelete kot. Wallahualam. Chah ni kalau diukur dari cara penyampaiannya di blog memang lawak orangnya. Kalau tengah makan biskut, saya nasihatkan berhenti dulu dari membaca blog beliau, takut tersedak hik hik. Tapi dalam kelakar tu memang kreatif orangnya samada dalam hal masakan mahupun cara penyampaiannya di blog. Suka sangat. Tabik spring buat Chah. Paling suka yang kat atas homepage dia...tang yang dia kata "Selalunya saya ke dapur sebab nak ratah Milo, jarang sebab nak masak", tak ke lawak tu. Tapi, tup yang keluar dari blognya, resepi  berserta foto-foto mengancam yang bisa mengecurkan air liur sesiapa yang melihat dan membacanya.

Ayam Masak Kicap Berempah Briyani ni pun salah satu resepi kreatif Chah lah ni. Sesuai sesangatlah kalau kita nak sedikit kelainan atau yang penting kita nak clearkan rempah briyani sebelum sampai tempoh "matang" ^_^. Ibundo pun ada tiru, siap derhaka sekali. Tapi saya budak baik saya tiru habih. Oops....cuma adjust sikit-sikit jer..sebab nak perabih bahan-bahan yang ada.

Ikutilah resepi gempaq  ni ye yong eh, dagho kato oghang kampung den....


 Ayam Masak Kicap Berempah Briyani
Sumber: Chah

Bahan:

4 ketul ayam (lumur dengan sedikit garam dan kunyit) - saya buat setengah ekor
2 sudu besar cili kisar - saya letak 3 sudu
2 ulas bawang putih - saya letak 4 ulas
2-3 ulas bawang merah - saya letak 5 ulas
1/2 inci halia - letak le lebih sikit
1 batang serai - dititik - tak letak
1 sudu besar rempah beriani - saya letak 2 sudu
Kicap lemak manis secukupnya -  guna cap kipas udang yang den ghoma tu
Sedikit sos cili 
Sebiji tomato - tak letak 
2 biji ubi kentang - potong wedges  & goreng dulu cam Bundo tu
1 sudu besar kerisik - ini saya tambah 
1 sudu besar jus limau nipis - ini saya tambah sebab tak letak tomato

Cara:

Gorengkan ayam dan ketepikan. Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan anggaran cukup untuk menumis.

Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia. Tumiskan bahan tumbuk tadi menggunakan minyak menggoreng ayam tadi. Tumis hingga naik bau.

Masukkan cili kisar dan halia. Tumis lagi hingga pecah minyak.

Masukkan rempah beriani yang telah dicampur dengan sedikit air. Masak hingga naik minyak. Masukkan kerisik. Masukkan kicap dan sos. Terus kacau. Tambah air jika kuah terlalu pekat.

Masukkan ayam dan ubi kentang. Seimbangkan rasa. Masukkan jus limau. Kacau sebentar dan tutup api.


Lepas makan ni konpem tersandar kat kerusi. Ya lah, penat kan masak hik hik...Ish, tak baik merungut tau, nanti elok-elok nak dapat pahala, langsung letih aje yang dapat. Akak gurau je tu.

Wassalam... 

6 comments:

  1. Betul2 menggoda....kena cuba juga resepi ni.

    ReplyDelete
  2. Terimakasih Hany sayang..., mesti cuba...gerenti sedap. Anak saya ratah ayamnya sambil nonton tv sampai kami tak sedar tengok2 dah habis. Ingat nak simpan sikit 2-3 ketul makan ngan pulut tanak utk pagi Jumaat, last-last cuma tinggal serdak aje...sedrak aje lah buat cicah pulut tu sudahnya.

    ReplyDelete
  3. Salam kak, sedapppnyaaaaaa!!! tgk dia punyer kuah tu mesti sedap kalau mkn dengan pulut :D mkn dgn nasi himpit lagi ler nikmatnya ehehe... akak sihat? kita weken2 tak leh nak online bz golek2 jerr hihihi..

    ReplyDelete
  4. Salam, akak sihat...terimakasih dik. Akak on9 weekend kalau tak gi mana2 je...kalau balik kg ke atau gi outing tak on9 lah nampaknya...

    ReplyDelete
  5. Hahaha kak marsita...eh assalamualaikum...akak ni, bukan lawak la kak... lawa...hehehe terima kasih akak sbb sudi cuba siap ada blog review lagi... tp versi akak tu mmg terbaik sebab lagi pekat & patut la abis kena ratah..:)

    ReplyDelete
  6. Salam Chah... Chah memang lawa hik hik

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS