Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Pagi tadi cuaca macam nak hujan, tiba-tiba panas pulak yang menjelma. Panas betul hari ni. Cik Abang kat luar tu dok bertungkus-lumus menyiapkan pasang tiles nak tutup longkang kat keliling rumah. Kecian dia. Nasib baik tergerak nak buat puding ni lepas masak nasi lemak untuk makan tengahari. Boleh gak buat nyaman anak tekak tu.
Saya google resepi puding yang tak guna telur ni dan yang paling syiokkkk yang tak yah guna periuk wap tu. Ada banyak resepi dari rakan-rakan bloggers tapi saya tertarik nak copy yang satu ni iaitu dari bakal Doktor CardioSurgery ni yang come lote & kecik molek, kecik bukan sebarang kecik, tak lain tak bukan Dr Raihanna. Sejuk perut mak yang mengandungkan Rai ni, bukan saja pandai dalam akademik bahkan dalam dunia masakan dan juga perniagaan.
Saja saya nak buat yang tak guna telur ni sebab rasanya banyak sangat dah penggunaan telur dalam masakan sejak kebelakangan ni. Very high calorie wooo.
Dapat aje resepi ni dari laman Dr Rai, terus aje saya mengerjakannya dan Alhamdullillah...hasilnya memang tak mengecewakan. Nyamannnn....Terimakasih Dr Rai & doa akak semoga adik berjaya dalam apa saja bidang yang diceburi. Bolehlah masuk Masterchef 3 pulak. Kita dah ada champion dari profesion doktor jugak untuk season 1. Oh ya, izinkan akak share resepinya di sini untuk rujukan. Tapi nampaknya kena salin lah sebab banyak sangat gambar dalam blog Rai ni.
Puding Karamel tanpa Telur (dan tanpa Kukus)
3/4 cawan gula Pasir
3 sudu besar air
Bahan A:
1 bungkus agar-agar serbuk pastikan warna nya adalah CLEAR (7gm)
3 sudu besar air
Bahan A:
1 bungkus agar-agar serbuk pastikan warna nya adalah CLEAR (7gm)
4 cawan
air
130 gm gula pasir
130 gm gula pasir
Bahan B:
1 tin susu cair (lebih kurang 400gm)
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
1 tin susu cair (lebih kurang 400gm)
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
(campur
sebati semua bahan B dalam satu bekas)
Cara :
Untuk membuat karamel, hanguskan gula dalam kuali. Bila dah kesemua hampir larut/berwarna emas.. tuangkan sedikit air perlahan-lahan. (masa ni kena berhati-hati sebab sangat-sangat mudah meruap). Tuangkan ke dalam acuan. Dalam periuk didihkan bahan A.
(Saya terus guna acuan untuk buat karamel ni)
Dalam periuk didihkan bahan A. Kemudian kecilkan api, masukkan pula bahan B. Kacau lebih kurang 3
minit atau sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api.
Tuangkan
adunan tadi ke dalam acuan yang berisi karamel tadi.
Sejukkan
sebentar dan boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk dan bolehlah potong dan
dihidangkan... (lagi sejuk lagi nyaman….)
Wassalam..
sejak jumpa reespi tak guna telur ni terus berkenan dan mmg guna resepi ni la kalau nak buat puding karamel.
ReplyDeletebetul tu...sedap pulak tu..nyamannnnn
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletehyeee..
salam perkenalan dari rai..
thanx sebab sudi mencuba....
tapi rai pun ambil dr myresipi.com.. heee2..
nampak menarik dan meliurkan.... sedap makan waktu cuaca panaas...
rai singgah blog nie.. rajinnya!! nnti boleh la rai cuba resipi dalam nie juga.. ^_^
Salam adik manis Rai, terimakasih kerana sudi singgah. Pelajaran ok ke? Akak buat pun sbab Sabtu cuaca amat panas sekali. Lepas tu makan sampai tekak pun dah perit ni sebab sejuk sangat puding tu agaknya...ok jumpa lagi.
ReplyDelete