Cornflakes Rangup

Sunday, August 12, 2012



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, kita dah beberapa hari melepasi fasa ketiga Ramadan. Rasanya ramai juga yang menghitung hari untuk menyambut Minal Aidil Wa Faizin atau meraikan hari kemenangan sebulan berpuasa. Moga-moga puasa kita bukan puasa lapar dan dahaga semata-mata, tapi puasa yang penuh dengan keberkatan, kemenangan dan puasa yang berjaya mendidik hati & diri menjadi insan yang lebih baik dari tahun-tahun yang lepas, Insyaallah...

Emm, saya masih lagi nak kata sibuk tak, tapi berusaha untuk menyediakan juadah untuk raya, dengan ala kadar demi mengelakkan pembaziran, Insyaallah. Semasa sedang membakar cornflakes ni pun radio Ipoh sedang membicarakan tentang bagaimana nak mengawal belanjawan ketika puasa dan raya agar tidak termenung panjang selepas raya.  Panel jemputannya pun merupakan salah seorang penceramah yang saya minati iaitu Ustaz Kazim Elias (UKE). Sambil menceduk cornflakes ni ke mangkuk kertas, sambil tersenyum sorang-sorang mendengar celoteh UKE yang seringkali diselitkan dengan lawaknya yang menyegarkan. Sambil berlawak, banyak nasihat dan tips yang diberikan UKE untuk belanjawan berhemah.


Balik kepada cookies , Cornflakes Rangup ini turut menjadi pilihan untuk di letakkan di meja makan pada raya tahun ni, apabila saya melihat resepi ini di blog Azlita masammanis dua-tiga minggu lepas dan beliau merujuknya pula dari Yatie. Terimakasih kerana berkongsi resepi mudah ini. Izinkan saya share di ruangan terbatas saya pula ya...Terus saja ke resepinya...

Cornflakes Assembly line



Cornflakes Rangup
Rujukan : Yatie


Bahan A

125 gm butter
1/2 cwn brown sugar
1 cawan madu

Bahan B
 
1 kotak cornflakes Nestle (500gm)
1 cwn kismis
1 cwn badam/gajus panggang &  cincang

Hiasan

Mangkuk kertas kecil
Ceri merah dan ceri hijau diptng kecil

Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, tutup api dan masukkan bahan B, gaul rata.
Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan ceri hijau.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.
Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.


Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS