Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Hari ni selesai sudah aktiviti mengukis...fuhh, lega. Sekali buat dua jenis hari ni, esok tak yah hadap dah ngukis. Yeh! yeh! Lepas ni boleh fokus perkara yang lain pulak. Kereta pun dah naik berhabuk tu, macam memanggil-manggil untuk dimandikan. Kalaulah dia boleh berkata-kata, agaknya dia akan kata, " Eden pun nak rayo yo ". Nampaknya macam yang di rancang, Insyaallah esok nak kena mengadap kereta yang dah banyak berjasa ni. Kasi kilat sikit.
Ini biskut raya yang kedua akhir saya kukiskan.. Masih memilih bahan yang ada kena mengena dengan coklat. Resepi ini saya skodeng dari Dapur Ibundo. Insyaallah, saya akan postkan kukis yang last untuk raya tahun ni esok pulak.
Chocolate Chip Famous Amos
Sumber :Dapur Ibundo
Bahan Diayak:
280 gm ( 2 1/4 cawan ) tepung gandum
10 gm ( 3 tsp ) serbuk koko
2 tbsp tepung jagung
1/2 tsp baking soda
2 tbsp susu tepung
Secubit garam
Bahan Lain:
250 gm mentega
150 gm gula kastor
1/2 tsp asen vanilla
1 biji kuning telur
100 gm ( 1/2 cawan ) coklat chip - boleh ditambah atau dikurangkan mengikut
citarasa
100 gm sebarang kekacang ( saya letak badam dan gajus )
Kismis - Optional ( boleh ditambah
atau dikurangkan mengikut citarasa )- saya tak letak
Cara:
Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
Masukkan kuning telur dan pukul rata.
Masukkan bahan diayak dan kemudian kacau hingga sebati
dengan spatula atau tangan.
Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau
rata.
Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang dialas dengan
kertas minyak.
Boleh juga diuli menjadi bebola² kecil dengan
menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar.
PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT ANTARA SATU
SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES
PEMBAKARAN.
Bakar pada suhu 160°C selama
15 - 25 minit bergantung kepada saiz bebola adunan anda menggunakan api
atas dan bawah. (Saya bakar pada 150 celcius, 16 minit mengikut jenis oven)
No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas komen yang segar