Biskut Rangup Pawarna

Thursday, August 16, 2012




Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, seperti yang saya beritahu, semalam selesailah sudah aktiviti mengukis. Saya rasa diluar sana pun ramai yang dah mula selesai mengukis dan beralih ke aktiviti yang lain pulak seperti mengemas dalam rumah, mengemas luar rumah untuk yang mempunyai halaman yang luas atau mungkin ada yang harus ke asrama untuk menjemput anak-anak pulang. Maklumlah walaupun nak beraya dikampung, rumah pun harus ditinggalkan dalam keadaan yang bersih dan kemas supaya bila balik dari kampung nanti tak adalah bertambah kepenatan. 

 Ini merupakan biskut yang terakhir yang saya kukiskan untuk raya tahun ni. Sebab dia yang terakhir maka saya cuba olah sendiri resepinya berdasarkan bahan-bahan yang masih ada lagi. Alhamdullillah menjadi dan sedap pulak.



Biskut Rangup Pawarna
Resepi Olahan :  MYMintroom

Bahan:

250 gm mentega – pada suhu bilik
6 sudu besar gm gula aising
2 biji kuning telur gred A
1 st essen vanilla
2 cwn tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar susu tepung
1 st baking powder
4 cawan cornflakes – blender halus

Hiasan:

Kuning telur
Manik warna-warni

Cara :

Ayak bersama tepung gandum, tepung jagung, susu tepung dan baking powder; ketepikan dahulu.

Pukul mentega dan gula aising hingga kembang dan putih. Masukkan kuning telur satu persatu pukul lagi. Masukkan essen vanilla. Pukul hingga sebati.

Masukkan bahan  yang diayak tadi dan selang selikan dengan cornflakes dan uli perlahan hingga jadi doh yang lembut. Rehatkan adunan 10-15 minit.

Canai doh atas dua lapik plastik setebal 1/4 inci. Terap dengan acuan pilihan.
Sapukan kuning telur dan taburkan manik berwarna-warni. Tekan sikit supaya manik tersebut melekat di atas kuning telur.

Susun dalam dulang yang dilapaik kertas minyak dan jarakkan kukis di antara satu sama lain. Bakar pada suhu 150 Celcius selama 12 minit (suhu dan masa bergantung pada jenis oven dan juga saiz kukis).



Wassalam...



No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS