Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Entah apa kena sejak dua tiga hari ni semua yang di buat macam serba tak kena. Buat roti Tortilla ni pun macam tak berapa menjadi. Terlebih marjerin kot, bila dah canai, lembut sangat sampai susah sangat nak lipat, nak pecah-pecah pulak rotinya. Akhirnya terpaksa potong dua, letak filling, lepas tu lekat dengan egg wash dan klimkan kelilingnya dengan garpu. Nasib baik roti tak keras dan masih boleh diselamatkan. Kalau tak kena cari alternatif lain buat iftar Kiki ngan abah dia. Saya terus jugak tanak nasi sebagai back up kalau-kalau depa tak suka Tortilla ni. Tapi alhamdullillah..., habis jugak. Alamak, nasi pulak berlebih...
Anyway, thanks Acik (Azizah), kakak saya yang kat US sebab share link untuk resepi nak buat roti Tortilla ni. Sebenarnya, dipping sauce from y'day's Tortillas ada balance lagi jadi daripada simpan dalam freeze tu lebih baik habiskan. Tu yang saya buat lagi Tortilla hari ni tapi letak filling instead of dipping sauce. Dipping sauce semalam tu saya tambah aje ayam & cendawan yang di goreng dengan bawang putih dan campur dengan cream cheese. Kalau dah tambah cheese, mesti lah sedap kan..tu yang Kiki suka sangat tu.
Di sini saya kongsikan resepinya yang saya dapat dari link tersebut iaitu dari AllRecipes by Ladonna.
Tortillas Flour
Sumber: All Recipes
Dari : Ladonna
Ingredients
1 teaspoon salt
2 teaspoons baking powder
2 tablespoons butter/shortening/margerin - resepi asal guna "lard" tapi ini non-halal material jadi saya ganti dengan butter/shortening/margerin
1 1/2 cups water
Directions
Preheat a large skillet over medium-high heat. Use a well-floured rolling pin to roll a dough ball into a thin, round tortilla. Place into the hot skillet, and cook until bubbly and golden; flip and continue cooking until golden on the other side. Place the cooked tortilla in a tortilla warmer; continue rolling and cooking the remaining dough.
Kepingan Tortilla mengikut resepi |
Roti Tortilla yang saya buat tu bukan kepingan kecil macam dalam resepi ini tapi saya buat macam yang dalam foto yang saya upload kat atas sekali tu...
Saya buat 3 keping roti pun masih ada balance filling...mungkin esok pizza lah kot dengan balance filing tu...hi hi..
Biasa lah sop mesti ada...tapi kali ni, sop lain sikit..ala-ala stew. Tapi Kiki ngan abah dia termasuk saya juga tak berapa suka lah sop jenis ni...bukan tak sedap tapi tak biasa makan sop cam ni. Saya skodeng resepi ni dari Mat Gebu yang sumbernya dari Chef Wan. " Sop Tulang Gaya Chef Wan " namanya. Lain kali kalau buat lagi kena makan dengan Roti Benggali baru sesuai...
Sop Tulang Gaya Chef Wan
Sumber: Mat Gebu
Bahan:
500 gram ekor lembu - saya guna tulang sum-sum lembu, 900g
2 camca besar serbuk ketumbar
1 camca besar serbuk jintan putih
1 camca besar serbuk jintan manis
1 1/2 camca besar tomato puree
Air secukupnya
1 batang lobak merah, kupas dan dadu
1 biji kentang, kupas dan dadu
2 batang saderi, didadu
Garam secukup rasa (mat tambah sedikit gula)
Lada hitam yang baru dikisar secukupnya
Hirisan daun ketumbar (mat guna daun sup/daun bawang)
Bawang goreng
Bahan kisar halus:
1 camca besar serbuk jintan manis
1 1/2 camca besar tomato puree
Air secukupnya
1 batang lobak merah, kupas dan dadu
1 biji kentang, kupas dan dadu
2 batang saderi, didadu
Garam secukup rasa (mat tambah sedikit gula)
Lada hitam yang baru dikisar secukupnya
Hirisan daun ketumbar (mat guna daun sup/daun bawang)
Bawang goreng
Bahan kisar halus:
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai, hiris
1 inci halia
Bahan tumis:
4 biji buah pelaga
2 batang kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
Cara:
Tulang lembut dicuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, goreng tulang lembu tadi hingga perang, angkat dan toskan. Dalam minyak yang sama, masukkan rempah tumis dan bahan kisar halus, goreng hingga naik bau.
Tambah serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih, kacau 3 - 4 minit hingga harum. Tambah tomato puree. Masak sekejap dan masukkan tulang lembu tadi, gaul rata dan tuang air secukupnya.
Renih kan hingga daging pada tulang tadi empuk (kurang lebih 2 jam). Tambah kentang, lobak merak dan saderi, masak lagi hingga kentang empuk. Tambah garam secukup rasa, sedikit gula dan lada hitam, kacau dan masak 2 - 3 minit lagi.
Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur hirisan daun ketumbar dan bawang goreng. Sedap dimakan begitu sahaja atau bersama roti. Jika kelihatan minyak agak banyak, boleh ceduk keluar..
Ha, ini tak taulah kali ke berapa buat bulan puasa ni. Tapi kami memang suka sangat mak yang gulanya mencair Di Sini.
Wassalam...
No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas komen yang segar