Bazaar Ramadan 18 - Ala kadar aje...

Wednesday, August 08, 2012


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,



Apa khabar handai & taulan? Apa iftarnya semalam? Iftar kami ala kadar aje. Masa saya belek resepi yang saya C&P dari google saya ternampak gambar Tortilla dalam senarai resepi yang pernah saya C&P tapi tak saya catatkan sumbernya. Kali terakhir saya buat Tortillas ni 2 tahun lepas, tapi pakai roti "pasang siap" dan saya cuma buat filling saja. Bukan apa, masa tu geram tengok Tortilla yang dijual di sebuah fast food restaurant tu mahalnya walhal bukan grand sangat pun. Kat western mat saleh buat appetizer je. Tapi kat sini jadi main course lak sebab harga mahal. Geram punya pasal saya buatlah sendiri. Puas hati. Modal tak sampai RM15 dapat makan 3 orang. Kali ni saya buat sendiri roti Tortillanya tapi tak makan dengan filling cuma makan dengan dipping sauce aje. Nak buat Tortilla ni tak banyak kerenah cuma tepung gandum je.  Cuma dipping saucenya nak sedap, janji ada 3 rasa dan pedas macam acar buah tu kira okay lah. Kebetulan masih ada balance yogurt dan sedikit lagi mayo dalam fridge jadi boleh lah buat dipping saucenya. So, saya campurkan mayo, yogurt, sedikit cayenne pepper, garam, gula, buah tomato potong dadu, sedikit garam & gula. Siap!! Walaupun buka puasa tak perlu appetizer pun tapi semalam saja jer nak ubah selera.  Resepi kat bawah ni dapat dalam 10 keping Tortilla.



Roti Wheat Flour Tortilla 

Ingredients:

1 cup whole wheat flour
1/4 cup oil - for frying tortilla
1/2 cup water

Directions:

  1. Add a pinch of salt to the flour.
  2. Slowly add water a splash at a time to the flour and knead it into a dough
  3. Cover and let the dough sit for 30 minutes. The longer you let it sit the softer the roti will end up.
  4. Pull out a handful chunk from the dough and roll it into a ball. Depending on how large or small you want the tortilla to become, use more or less dough.
  5. With a rolling pin, roll each ball flat into a circle. Use extra flour to prevent things from sticking together.
  6. Heat a nonstick pan on medium high (use an iron skillet for best results).
  7. When it gets hot, place a tortilla on it.
  8. Sprinkle a teaspoon of oil on the tortilla.
  9. When you see bubbles begin to form, the other side should be slightly browning. Flip the tortilla over.
  10. When the bottom browns again, flip it over again.
  11. With a spatula gently push on the tortilla and turn it constantly. The tortilla will bubble even more so.
  12. When the bottom is covered with light and dark brown, turn it over and repeat the same step for the other side.
  13. Repeat until dough is used up.


Minggu ni memang minggu pelbagai resepi mihun nampaknya. Mulai dengan Mihun Nampla ni yang saya terjumpa resepinya dari Mesra Net Resepi sumbangan Puan Zuraini Zubir. Rasanya tak ada link Puan Zuraini dalam Mesra Net Recipe tu. Tapi saya copy aje lah resepinya, harap Puan Zuraini mendapat pahala juga sebab saya kongsikan pula di sini.

Mihun Nampla
Sumber: Puan Zuraini Zubir, Mesra Net Recipe

Bahan:

1 paket bihun (direndam),
½ cawan isi ayam dipotong kecil,
udang -terpulang banyak mana ( saya letak udang kering tumbuk ngan cili api )
Cendawan( tak kisah apa2 cendawan),
6 biji cili api (ditumbuk)
½-1 biji bawang besar (dipotong bulat2)
1-2 susu besar sos ikan,
1 sudu sos tiram,
sedikit air
sedikit garam,
sedikit kiub pati ayam (ikut citarasa)
Taugeh - saya tak letak
Kobis - saya guna kobis panjang
boleh letak rencah lain-daging, sotong,fishball dll.

Cara:
 
Panaskan minyak, masukkan cili api yang ditumbuk, isi ayam, udang,cendawan atau rencah lain dan sedikit air, kacau rata-rata dan masukkan sos ikan, sos tiram, garam, dan kiub pati ayam kacau hingga sebati baru masukkan bawang besar tadi. Tambah lagi sedikit air supaya bihun kelihatan basah atau lembab.Kemudian masukkan taugeh dan kobis, kacau lagi jika bihun kering tambah air. 

Cadangan Hidangan:
Enak dihidangkan bersama cili jeruk. Manakala daun sup, daun bawang sebagai hiasan.

 Masa menumis bahan-bahannya,  bau ciliapi dan udang keringnya mengancam betul. Memang sedap Mihun Nampla ni.  Saya buat juga sop untuk makan bersama mihun ni. Sop ekor lembu yang pernah saya buat sebelum ni Di Sini.

Wassalam...


No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS